Firash's Toothbrushing Chart

Farah Waheda Wahid
3

Bab menggosok gigi ni, Iman Firash sebenarnya ikut mood dia juga, ada hari tu tak adalah bergelut mana pun bila nak gosokkan gigi dia. Ada hari tu memang bergelut nak menggosok gigi dia, siap tambah dengan tangisan yang sungguh nyaring kedengaran desibelnya. Ha ha ha... Bayangkanlah bagaimana? Dalam bilik air yang biasanya bergaung memang suara yang nyaring bertambah nyaring jadinya. Ibarat  kita menyanyi dalam bilik air yang memang ada echo... Macam tulah... Ha ha ha... Nampak sangat biasa menyanyi dalam bilik air... Ooopsss tapi tu dulu... Masa zaman-zaman sekolah menengah dulu... Lepas sekolah menengah dah stop dah semua tu. 

Makanya, memang nak kena pandai pujuk supaya dia nak menggosok gigi. Kalau kena hari mood dia ok dan dia memang nak menggosok gigi, tak perlu suruh pun dia sendiri yang akan minta untuk gosok gigi. Kalau kena hari mood dia tak ok... Memanglah, menangis-nangis, tergeleng-geleng kepala sambil tangan tertepis-tepis dan mulut mengatakan no, no, no. Cumanya, setakat ini memang tak pernah miss sekalipun sejak dia bergigi, gosok gigi pagi dan malam. Dia nak ke tak nak ke, bagi Farah kena latih dan pujuk dia juga untuk gosok gigi dan jaga kebersihan serta kesihatan gigi sedari kecil. Nak nak lagi kalau dia makan coklat... 

Memang macam-macam projek memikat anak sejak akhir-akhir ni... Yerlah bila anak semakin membesar semakin panjang akal, Mommy dia pun turut sama kena panjang akal juga. Kena bergerak seiring dengan perkembangan anak serta kehendak dan keperluan semasa anak. Kena faham anak-anak sekarang macam mana, kita dulu-dulu macam mana. Banyak bezanya membesarkan anak-anak sewaktu zaman-zaman kita dulu oleh ibu bapa kita, dan anak-anak Gen Y ni... #ehhh Gen Z dah gamaknya sekarang... Ekekekeke... 

Cara memujuk dan memikat dia untuk menggosok gigi bermula dari hari Sabtu yang baru lepas ni sehinggalah ke hari ini adalah dengan menggunakan carta menggosok gigi yang dibuat khas untuk dia. :-). Untuk permulaan ni, Farah cuma gunakan carta menggosok gigi ataupun Toothbrushing Chart yang Farah dapat dari event Buds Oral Care tempoh hari. Owhhh kena catat ni, event Buds belum cerita lagi... Uhuksss agak lama juga tu... Nak buat macam mana? Sibuk sejak kebelakangan ni... 

Ok sambungannya... Inilah carta menggosok gigi yang Farah gunakan pada peringkat permulaan ni yang mana juga Farah jadikan ia sebagai template. 


Dalam nak menggalakkan dia menggosok gigi, sambil-sambil tu kita bagi dia berseronok untuk mewarna. Setiap kali selepas dia elok behaviour-nya dan berjaya menggosok gigi. Farah akan suruh dia mewarna sendiri carta tersebut. Sebab tu comot momot. Ha ha ha... Nak bagi cantikkan Mommy tolong warna sekali. Fahamkan dia fungsi carta tu perlahan-lahan. Dan beritahu dia, kalau tak gosok gigi tak boleh warna carta tu. Setakat latihan 2 hari tu sehingga hari ini, nampaknya berjaya. 

Bagaimana nak terus menarik minat dia? :-)... Mommy nak pikat dia dengan watak kartun kegemaran dia iaitu Thomas and Friends. 

 

 

Tak susah pun nak mencari bahan-bahan atau medium-medium sebegini untuk anak-anak. Google jer... Banyak free printable items yang boleh digunakan oleh ibu bapa di dalam medium melatih dan mendidik anak-anak kecil. Kena rajin mencari bahan jerlah bagi ibu bapa zaman sekarang ni. 

Alhamdulillah, menjadi cara ni untuk memastikan dia menggosok gigi dengan cara yang aman berbanding mengikut mood dia. Dalam-dalam tu Mommy dia dah berjanji nak bagi dia surprise kalau carta tu penuh. Sama ada dia faham ke tak faham ke... Yang penting walaupun anak tu faham ke tak faham ke... Bila dah berjanji tunaikanlah seadanya mengikut kemampuan... Tapi Mommy tak cerita kan? Mommy dia janji apa? Ha ha ha... Itu rahsia kami berdua beranaklah... Mana boleh story pada orang luar... Ekekekeke... Dah jadi nanti barulah boleh cerita... 

Bagi yang mungkin menghadapi masalah ini, jika anda rasakan cara ini praktikal bolehlah mencuba sama juga... Jika tidak praktikal pada anda, tak usahlah diikut yer? ;-)... Ini sekadar perkongsian mengenai perjalanan Farah melatih dan mendidik Iman Firash sahaja... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ohh baru tau kewujudan chart ni. hehehe . anak I asyik dok telan ubat gigi je -_-

    ReplyDelete
  2. Sebab takde anak, tak pernah amik tau pasal toobrushing chart ni... zaman kita dulu ada ke takde ni?? Rasa macam baru tau je mamikkk...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !