
Sebenarnya dah hampir sebulan lebih dah Farah bertukar kepada pelembut kain Downy Fusion dan melupakan pelembut kain yang lain. Ahaksss... Tak tau kenapa tetapi sangat suka dengan pelembut kain Downy Fusion berbanding dengan pelembut-pelembut kain lain yang pernah Farah gunakan sebelum ini. Nek Ma Ash pun suka dengan Downy Fusion. Bila kami berdua dah bersetuju dan sama-sama suka, memang itulah yang menjadi pilihan kannn?
Anda rasa ini review berbayar ke? Ha ha ha... Taklah, ini review dari diri sendiri disebabkan suka sangat dengan Downy Fusion ni. Takkan bila ada review berbayar atau dapat produk jer baru nak review? Ate teman tak boleh kongsi ke apa yang teman suka dan apa yang teman tak suka? Ha ha ha... Sesekali kita berkongsilah sedikit dari apa yang ada di sekitar kita yer tak? Sambil-sambil tu bolehlah anda kenal serba sedikit empunya Bubblynotes.Com ni taste-nya bagaimana? Mungkin taste kita sama dan serupa... Mungkin juga berbeza dan tidak sama, sama sekali.
Bau dia unik dan memang wangi. Range produk Downy sememangnya datang dengan bau yang menarik dan sedap hidung! Ada juga yang Farah tak berapa suka, tetapi dalam banyak-banyak bau memang paling suka yang ini. Kekal pula tu walau seharian di luar dan berpeluh. Haruman pewangi Downy Fusion ni untuk pakaian kami sekeluarga memang tahan sepanjang hari. Nak-nak lagi kalau cuci comforter... Lepas dah angkat dari jemuran atau lepas dah hantar ke self-service laundry untuk proses pengeringan... Perghhh... Syok jer bila hidu bau dia.
Farah memang suka bau yang wangi-wangi dan memang nak sekitar Farah wangi-wangi jer. Ngeee... Buat masa sekarang memang inilah pilihan hati untuk penggunaan pencucian pakaian... Akan datang tak taulah kalau beralih arah pada yang lain pula kannn?
downy mmg wangi n pekat!
ReplyDeleteoh wangi yeh?
ReplyDeleteelya biasa pakai yg biru ...:)
Masa Downy mula2 dikeluarkan, rasa macam eksaited dengan Downy ni... Tak payah pakai minyak wangi dah...
ReplyDeleteboleh cuba nanti ya
ReplyDelete