Arrr...

Farah Waheda Wahid
4

"Firashhh... What is this?"... Soal mak kepada anaknya... Sambil menunjukkan permainan aiskrim di hadapan muka dia... "Aishkringgg" ~ Icecream... #ehhh betul ke tak telinga mak dia dengar ni? Ke salah pendengaran??? Ha ha ha... Suruh sebut lagi sekali... Hu hu hu... Tak layan... Jenisnya tanya sekali sahaja, jawab sekali sahaja... 

Kemudian tidak berapa lama selepas itu... Saja tunjukkan permainan huruf span dan saja lentikkan jari telunjuk ni kannn? Kepada huruf R... Tanya dia lagi sekali... Sebab nak pastikan... "Firashhh... What letter is this?"... "Arrr"... Ha ha ha... Ini memang soheh ni, sebutan R dia ala-ala pelakon wanita kiut miut Lisa Surihani. Anakku sebut R macam tu rupanya. Hu hu hu... 

Dahulu, Farah pernah kongsikan sedikit ilmu mengenai pelat R. Mujurlah dah buat sedikit research awal-awal. Makanya tak adalah nak terkujat, nak jadi tak boleh terima kenyataan ataupun nak jadi tak terima dengan apa yang Allah dah beri. Orang ramai kata secara umumnya pelat R. Tapi berdasarkan entri yang pernah Farah kongsikan dahulu bertajuk Macam Mana Nak Hilangkan Pelat Huruf "R"??? Mari kita refresh kembali apa yang telah dikongsikan di dalam entri tersebut... 

Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan pelat disebabkan oleh lidah yang pendek atau tebal. Sebenarnya, tiada istilah lidah pendek ataupun tebal, hal ini kerana panjang lidah seseorang tidaklah terlalu berbeza. 

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan "frenulum linguae", yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat. Huruf seperti R, S, F dan banyak lagi... 

"Frenulum Linguae" dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek "frenulum linguae" inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan. 

Penyelesaian???
  1. Menjalani terapi pertuturan (speech theraphy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang dihadapi ini.
  2. Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut.
  3. Boleh juga dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan.
Menurut satu sumber lain di SINI pula... 

Jika anda bermasalah menyebut R, artikel ini untuk anda tetapi sekiranya anda tidak bermasalah R maka artikel ini untuk memahamkan anda betapa sukarnya melalui hidup tanpa R. 

Tidak sesukar mana pun.. Mungkin anda telah banyak berusaha untuk menggetarkan lidah. Tahukah anda bahawa lidah ini jika tidak dibiasakan dengan sesuatu sebutan sejak dari kecil, maka sukar untuk anda melatihnya apabila anda dah besar. Itulah ramai yang cakap pelat atau dalam Bahasa Indonesianya cadel walaupun dah besar.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya salah ibubapa yang membiarkan anak-anak menyebut perkataan yang salah semasa kecil. Bukanlah salah ibubapa pun, mungkin tiada kesedaran terhadap pentingnya pembelajaran sebutan semasa kanak-kanak menyebabkan anak-anak cakap pelat sampai dewasa. Kadang-kadang ibubapa pun ikut pelat anak bila bercakap, jadi anak pun ingat sebutan dia betul. Selain tu, dialek atau loghat juga yang menyebabkan ramai rakan-rakan kita yang tidak boleh menyebut R. Seperti orang Cina, ramai yang sebut "ar" jd "al". Orang jd Olang.

Jadi, peranan ibubapa sangat penting untuk mencorak anak. Disebabkan kelalaian atau ketidaksedaran kita mengenai pendidikan kanak-kanak menyebabkan anak-anak kita nanti bila dah dewasa mengalami masalah dalam pertuturan. Contohnya dalam menyebut bunyi R. 

Sebutan R memerlukan lidah untuk bergetar. Udara diperlukan untuk menggetarkan hujung lidah dan pita suara dibunyikan. Menurut kajian berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, bunyi R biasanya akan dapat disebut kanak-kanak dalam usia 6,7 atau 8 tahun. Tetapi itu hanya anggaran yang umum, ramai juga yang dapat menyebut dalam usia yang lebih awal dan ramai juga bila dah besar Sekolah Menengah baru dapat betulkan sebutan. Akan tetapi usia yang baik untuk melatih menggetarkan lidah pada peringkat kanak-kanak kerana keadaan lidah yang masih lembut dan mudah dilentur menyebut apa-apa jenis sebutan. Jadi pelajarannya, kalau dah ada anak tu, ajarlah menyebut perkataan yang mudah bagi mereka pada usia yang muda (kanak-kanak). 

Bagi anda yang dah sukar menggetarkan lidah menyebut R disebabkan lidah yang sudah keras, anda kena berusaha lebih untuk menggetarkan lidah. Lidah anda kena aktif selalu dengan getaran barulah mudah untuk anda menyebut R. Tapi memang sukar untuk menggetarkan lidah yang dah keras ni. Kena paksa lidah anda untuk bergetar. Mungkin cuba cari petua dari mereka yang berjaya menyebut R dan banyakkan bertanya dengan orang lain. Tetapi panduan yang terbaik untuk anda, adalah disyorkan panduan untuk menggetarkan lidah menyebut bunyi R. Panduan hasil dari pengalaman penulis untuk mengubati sebutan R.

Haa macam tulah cerita... Tak mengapa... Masih di usia muda lagi... Masih belum terlewat untuk memperbetulkan sebutan R Ash. Lidah masih lembut lagi dan masih boleh dibentuk lagi. Ha ha ha... Apa pun dalam hidup ni kenalah sentiasa positif kan? Selagi ada ruang dan cara, tak salah pun berusaha untuk memperbaiki. Mungkin pada peringkat awal ni, memang begitu sebutannya, siapa tahu akan datang sebut R stail Mommy pula. Rrrrr... Gittew... 

Akan tetapi? Andainya memang begitu sebutannya, tidak mengapa pun... Macam mana pun sebutan Ash, Mommy tetap sayang Ash banyak-banyak-banyak... sehingga bila-bila... Of course-lah anak manja Mommy kannn? Sebut macam mana pun R tu... Bukan penghalang untuk berjaya di dunia dan juga akhirat kan? Sebutan R bukannya ukuran menentukan kejayaan seseorang... Contoh paling senang lihat, Lisa Surihani pun cukuplah... Pelajar lulusan undang-undang, pelakon wanita comel yang disukai ramai dan berjaya di dalam karier dan juga kehidupan. :-)... Arrr pun arrr lah nak oiii, dah kenal, dah boleh baca, dah boleh sebut huruf hijaiyah, roman dan nombor di usia 2 tahun 6 bulan ni pun dah cukup baik dah bagi Mommy. (Bukan nak kata anak bijak pandai, tapi memang betul-betul dia dah boleh baca dan mengenal huruf serta nombor... Tak ada niat pun nak show off perkembangan kebolehan Ash sehingga setakat ini... sekadar perkongsian jer supaya ramai yang berfikir positif bahawasanya bagaimanapun sebutan R atau huruf-huruf lain, itu bukanlah satu kayu pengukur kemajuan perkembangan anak dan bukanlah satu kecacatan). 

Ikutkan memang tak pernah ajar dia sebutan yang tidak betul dan sentiasa jer menumpukan perhatian ke atas apa yang dia sebut dan ucapkan... Dan tak pernah ajar serta galakkan dia bercakap pelat sekali pun... Perlahan-lahan kita kayuh yer Ash untuk perbetulkan sebutan R tu sebaik mungkin... Tak salah kita berusaha kan? He he he... Relakslah Mommy, baru semalam jer dengar dia sebut R macam tu... 2 kali baru... Bertenang-bertenang... Ekekeke... Memang tenang pun... Taklah nak sedih ke atau nak apa... Ok jer sebenarnya... Tapi bila ingat-ingat balik macam comel juga dengan sebutan R dia... Tak per... Kalau perlu jumpa pakar pertuturan pun tak ada salah apa-apa atau salah di sisi undang-undang pun kan? ;-). Masih ada ruang serta peluang untuk memperbaiki kannnn? 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Anak saya pun masih tak reti lagi nak sebut huruf R, mmg sentiasa dilatih lagi..

    ReplyDelete
  2. Dulu sy bagi budak-budak nyanyi alif ba taa..Alhamdulillah. semua pergerakkan lidah ada di situ.

    ReplyDelete
  3. saya sampai sekolah menengah baru boleh sebut R dengan betul
    itupun sebab tak mahu berterusan malu
    hari-hari practice tu...huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !