Apa Mommy???

Farah Waheda Wahid
5
 

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru

Anje angattt angattt nih... Anje lahhh angattt angattt anak manja Mommy ni. The one and only Iman Firash, kesayangan, intan payung berlian Mommy yang tiada galang gantinya. Ahaksss... Over sangattt tau Mommy! Ate dah itu jer satu-satunya buah hati pengarang jantung yang teman ade... Nak buat macam mana kannn? Fokus ke dia jerlah... Dia pun memang hek Mommy, hokk Mommy... Mana nak berenggang dengan Mommy dia pun... Dah kata BFF, semua pun dikongsi dan dilakukan bersama-sama... Dunia Farah pun berkitaran dengan dia jer... 

Pergi kerja, balik kerja, dengan Ash... Pergi kerja, balik kerja, dengan Ash... Eloklah tu kan? Anak pun makin lama makin membesar, memang sepatutnya fokus kepada perkembangan semasa dan juga perkembangan pendidikan dia walaupun belum lagi bersekolah. In Shaa Allah, kalau semua ok bergantung pada perkembangan dia juga... Kalau semua ok, tahun 2017 ke sekolahlah dia... Kalau tak, kita tunda kepada setahun lagi. Bila anak dah sekolah, maknya pun semakin sibuklah dan semakin kena betul-betul fokus pada perkembangan dia. 

Bila dah semakin membesar, semakin mula memahami rasa, mula memahami kehendak, mula memahami persekitaran. Ni yang nak cerita ni... Kisahnya si Iman Firash sejak minggu lepas... Menurut laporan Nek Ma dia... Sekarang dah pandai menjangka waktu Farah sampai rumah dahhh... Dia macam agak-agak di antara pukul sekian-sekian petang ke pukul sekian-sekian malam... Dia akan ke sliding door dan selak langsir... 

Tujuan??? Nak intai sama ada kereta Mommy dia ada di porch atau pun tidak... Ha ha ha... Selagi tak sampai ke rumah, selagi tulah dia akan selak... Sehingga di akhir-akhirnya bila dia dah bosan menyelak langsir sliding door tu... Tiba-tiba terpacul soalan dari bibir mungil itu... "Apa Mommyyy???"... Yang sebenarnya membawa maksud Mana Mommy??? Dan soalan itu akan diulang sebanyak 2 - 3 kali. Yang hujung-hujung soalan tu dah mula tercebik-cebik... Bila dah tercebik-cebik tu saat tulah tidak beberapa lama ketika selepas itu telefon Mommy akan berdering... Nek Ma dialah yang telefon... Tanya Mommy ada kat mana dah? 

Sebab tu kalau terpaksa stayback untuk siapkan tugasan hakiki sesuap nasi tu atau ada apa-apa hal lain, Farah lebih senang maklumkan terlebih dahulu pada Nek Ma Ash. Supaya Nek Ma Ash senang nak deal dengan dia. Haippp balik lewat ada hadiah tambahan untuk Nek Ma dia tau... Bukan free-free jer dan sesedap rasa jer... Walaupun ibunda sendiri, takkan nak ambil kesempatan pula kan? Masih ada akal fikiran yang waras lagi...dan masih boleh berfikir lurus lagi walaupun di jalan yang sangat berkabus kabut seadanya. 

Saat kereta memasuki porch, cahaya lampu kereta menerangi kawasan porch, boleh nampak bayang dia mengintai di balik sliding door. Memang di situ biasanya mata Farah akan pandang bila kereta dah masuk ke dalam porch. Yang menanti di rumah dan yang ternanti-nanti di rumah. Sama-sama merindui di antara satu sama lain. Macam sepasang pasangan kekasih yang saling cinta-mencintai sesama sendiri sangat-sangat. Ibarat mandi tak basah, tidur tak lena dua-dua orang ni kan selagi tak nampak muka masing-masing? Walaupun baru berpisah selama beberapa jam... Iyalah kami berdua beranak jer kan? Jika dulu Mommy sorang kemamun... Tapi kini kemamun itu diubati dengan adanya dia. Alhamdulillah... Terima kasih Allah SWT kerana bagi peneman yang tidak ternilai ini. 

"Mommy!"... Berlari dia sambut Mommy dia yang buka pintu... Nampak keceriaan di wajah dia... Jelasss sangattt kot? Bila tengok dia ceria macam tu, hati pun berbunga-bunga dan ceria... Hilang penat, hilang fikir sana fikir sini, hilang segalanya... Nampak dia senyum jer cukup, nampak dia ceria pun dah cukup... Dipeluknya peha Mommy sambil pipi melekap pada peha Mommy. Macam tulah keadaannya hari-hari kami... 

Dulu cuma mencari... Kini dah pandai mencari beserta pertanyaan... Makin besar makin lainlah dan semakin matanglah dia kan? :-)... Besar dah anak Mommy kan? Sekejap jer waktu tu berlalu kan? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak lama lagi Firash cakap mommy i miss you..

    ReplyDelete
  2. anak kan...apa jer anak buat walau kita penat macam mana pun tetap menghiburkan hati..ye kan???

    ReplyDelete
  3. Seronok Ash bila mommy balik kerja. Mommy pun hilang penat lepas tengok anak setia menanti tu kan. Heee :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !