
Orang kata ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi kannn??? Kalau boleh semua benda nak sempurna, semua benda nak seperti yang diinginkan. Ini memang betul-betul fotostat perangai Mommy dia nih. Iya, Farah ni ada masa-masanya boleh dikategorikan sebagai perfectionist. Akan tetapi please bear in your mind, not all the time ok? Ha ha ha... Ada certain-certain keadaan macam tu.
La ni, semakin dia membesar, semakin dia berkembang, ciri-ciri fotostat tu dah mula kelihatan dah. Siapa lagi kalau bukan Iman Firash. Kakak ada anak kandung lain ke selain dari Iman Firash? Tak ada kan? Ash seorang ajer kan? Jadi dah semestinya cerita tentang dia. :-). Semakin lama semakin terserlah pula ciri-ciri yang boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang perfectionist pada dia.
Kenapa tiba-tiba rasa nak pusingkan bebola mata 360 darjah ni? Ha ha ha... Tu laaa... Baru tau rasanya kan? Baru tau rasanya bagaimana perasaan orang lain bila berhadapan dengan kerenah orang yang dikatakan perfectionist. Wakakakaka...
Cerita terbaru? Cerita basi cerita lama yang tak berapa lama? Oklah, haruslah dimulakan dengan cerita terbaru dulu. Hari Ahad malam Isnin, yang mana baru sahaja berlaku... Uhuksss... Alas tempat tidur pun boleh dijadikan isu dia ni. Huh... Al-kisahnya, seperti biasa atas tilam, Mommy akan alaskan lagi satu lapisan alas untuk dia. Isu dia ringkas jer... Lapisan alas yang di atas tilam tu tak lurus sedikit dan sedikit "crooked"... Juga agak kusut sedikit. Baru nak betulkan sebenarnya...
Tiba-tiba, dia cuba meluruskan dan kemas sendiri. Bila dah cuba dan cuba tapi tak berkenan juga di hati serta mengikut apa yang diingini, akhirnya mulalah episod tantrum. Tantrum yang boleh dikatakan agak dahsyat juga. Bila pujuk secara perlahan-lahan, peluk dia, belai-belai sikit dan cium cot sana cot sini... Kemudian, Mommy betulkan sebaik mungkin barulah dia ok... Isunya, nak tempat tidur dia betul-betul kemas. Bantal kalau tak betul-betul susun kemas pun, bising mulut dia. Hu hu hu...
Cerita lama yang berulang-ulang... He he he... Kalau bermain susun atau atur permainan tidak mengikut kehendak dan keinginan hati... Adegan tantrum mula juga...biasanya Mommy dia ni biarkan ajer dia melayan perasaan dia tu, sendiri yang buat, sendiri yang tak berkenan, lepas tu hamuk... Hu hu hu...
Bab pakaian pun samaaa... Pernah cerita dulu... Bab makanan pun sama...takkan nak ulang lagi kan? Boleh baca di entri Particular & Details. Sekarang sewaktu kecil pun dah nampak jelas apatah lagi bila besar nanti. Akan tetapi perkembangan anak ni berubah-ubah... Kalau tidak berapa dominan ciri itu mungkin beruahlah nanti...:-). Jawapan untuk Mommy? Terima dengan hati terbuka dan hadapi dengan cara yang paling bijak! :-). Setiap manusia kan ada sifatnya yang tersendiri. ;-)
Haha... Anak sulung saya mengikut perangai perfectionis ni.. Mujur maknye simple orgnya...
ReplyDelete