![]() |
Sumber dari Google |
Rezeki
seseorang tu berbeza… Periuk ni tak sama dengan periuk tu… Apatah lagi rezeki
bilangan anak yang dikurniakan oleh Allah SWT yer tak? Ada orang yang memang
meriah rumahnya dengan kehadiran cahaya mata yang ramai. Ada orang rezekinya,
mungkin cuma seorang jer terkontang-kanting…He he he…Macam kakak ni… Buat masa
dan ketika ini rezekinya masih seorang anak teruna dan tidak ada keinginan lagi
untuk menambah walaupun ada permintaan sebegitu dianjurkan dan
diangin-anginkan. Jawapan mudah… Biarlah dulu… Tunggu Iman Firash dah sekolah
ke? Bukan serik, bukan takut, bukan menolak rezeki dari Allah SWT… Ada sebab-musabab
yang tersendiri yang tidak perlu diolah kepada sesiapa pun…
Anak
tu adalah rezeki daripada Allah SWT. Kehadirannya ke dalam sesebuah keluarga
pasti akan membawa kebahagiaan. Tetapi macam mana jika anak yang dikurniakan
itu jaraknya agak dekat? Ahaaaa…. Teringat pada sahabat karib Farah yang
seorang tu… Hujung tahun baru sahaja melahirkan, kemudiannya bulan Februari dah
lekat lagi sorang. Alhamdulillah rezeki dia, Farah tumpang gembira. Yang kedua
tu sebaya Ash. Jawapan paling “win” dari dia… “Senang wak…Saya beranak sekali
banyak lepas tu biar diaorang membesar sama-sama…Sekali harung jer…”… Memang
yer pun… Penampakkannya dah macam kembar jer dah… Ha ha ha…Comel sangat abang
dengan adik tu.
Bagi
yang berada di dalam situasi jarak usia anak dekat tu, jangan mengeluh. Setiap
anak ada rezeki masing-masing yer tak? Menurut satu artikel di SINI
yang bagi Farah menarik untuk dikongsikan… Ibu bapa boleh ikut panduan yang
disenaraikan untuk mengawal kerenah anak yang berderet-deret…
Jangan Pilih Kasih
Setiap
anak adalah manusia yang mempunyai perasaan. Mereka tahu jika anda pilih kasih.
Nasihatkan kepada suami supaya turut sama jangan pilih kasih. Sayangi anak yang
ramai itu sama rata.
Jika
anak A dimarah kerana menyepahkan kasut, marahkan juga jika anak B melakukan
perkara yang serupa. Jika anda tidak marah perkara yang serupa, maka anak anda
akan berasa tidak puas hati. Mungkin tak disuarakan, tetapi boleh jadi makan
dalam. Simpan dalam hati dan rasa kecil hati.
Ajar Berdikari
Anda
harus mengajar anak berdikari. Jika tidak memang letihlah anda hendak menguruskan
satu demi satu keperluan anak anda itu. Ajar mereka untuk mengemas bilik,
menyusun permainan dan meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di
sinki.
Ajar
juga anak-anak mengemas buku sekolah dan menyediakan pakaian sendiri. Hal ini
akan memudahkan urusan anda setiap pagi. Bagi anak yang kecil, ajar anak anda
supaya tidak selalu menunjuk perasaan jika anda tidak sempat menguruskannya
seperti biasa.
Buat Jadual
Wajib
buat jadual dengan teliti. Misalnya, mana satu anak yang hendak ke sekolah
waktu pagi. Mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu petang, mana satu
yang hendak ke kelas mengaji dan sebagainya. Jadual yang tersusun akan
memudahkan anda menguruskan rutin harian. Anak yang berderet atau rapat
sememangnya agak sukar untuk diuruskan apatah lagi jika usia mereka hampir
sebaya. Namun hasilnya amat memuaskan hati apabila mereka dewasa kelak.
Disiplin
Setiap
anak perlu diterapkan dengan disiplin yang ketat. Biar mereka tahu waktu untuk
mereka mandi, makan, solat, buat kerja sekolah dan tidur. Disiplin memudahkan
anda untuk mengawal anak yang berderet. Nak terap disiplin dalam diri anak
perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi. Disiplin juga boleh diterapkan melalui
teladan. Tetapi anda perlu disiplinkan diri anda terlebih dahulu supaya
anak-anak boleh melihat contoh terbaik daripada ibu bapa.
Ini
sebahagian jer ni Farah rasa, bagi ibu bapa yang berpengalaman… dan sedang
berada di dalam situasi ini…”I believe, there is more to it” kan kan kan?
Walaupun Ash cuma seorang di rumah akan tetapi tak salah juga jika Farah ingin
ambil ilmu pengetahuan…He he he… Alaaa…kecik-kecik ni memang renyeh sikit…Nanti
dah besar senang dah kan? Mungkin tak terkejar-kejar seperti waktu anak-anak
masih kecik-kecik lagi masing-masing… Dah besar lebih mudah diuruskan di rumah
dan kadang-kala boleh jadi pembantu yang terbaik kan? Ringan sikit tugasan di
rumah…Gittew… Ash? Ha ha ha…”You have no choice…either you like it or not…you
got to help Mommy with all the errands yeah? You are the only one!” ;-)…wink!
*Anak ramai ni meriah masa kenduri-kendara dan musim perayaan wehhh...Ha ha ha...Bila anak-anak dah besar-besar...bila masing-masing balik ke rumah...Tu yang rasa seronok berkumpul ramai-ramai tu kannn??? Nak nak lagi kalau bermenantu dan bercucu.... Wahhh... "Happening!"... Alhamdulillah... :-)...
hii..tauuu sebab dulu pernah utarakan soalan & farah pon dah jawab sebab musababnya kenapa.. insyaa Allah, mudahan berezeki lagi .. cepat @ lambat, yang di atas tu punya kuasa... yoorin pon rasa,walaupon irine nak masuk 3 tahun, tapi macam dekat pulak jaraknya dengan si adik..adehh..risau pulak dia kurang kasih sayang
ReplyDelete