There's This Scammer...

Farah Waheda Wahid
1

Tak taulah orang lain panggil apa kan? Akan tetapi bagi istilah pemahaman kakak, ini adalah satu bentuk "scam". "Social network scammer"... Haaa gittew ko kakak bagi nama. Bukan sebab geram, bukan sebab marah pun kakak menaip entri ni. Tetapi nak ceritalah apa yang sebenarnya berlaku di dalam dunia maya ni supaya orang lain yang belum terkena atau orang lain yang belum dikenakan tahu hakikatnya yang perkara ini memang benar-benar berlaku dan tidak mustahil untuk berlaku. 

Kisahnya begini, hari Selasa ni tadi, sewaktu "scrolling" Facebook, terjumpa satu "posting" di dalam salah satu "group" atau "page" yang mengiklankan tentang memerlukan khidmat blogger untuk "review" produk. Tengok-tengok, baca-baca ramai juga para blogger yang meninggalkan maklumat masing-masing. Iyalah, blogger ni pun bekerja mencari rezeki yer tak? Bila ada ruang, peluang untuk menambah pendapatan tu, apa salahnya mencuba yer tak? Tak salah tak dosa pun? Mungkin ada yang beranggapan blogger ni sangap sangat duit sampai sanggup buat semua tu. Hurmmm... Adaaaa orang yang mengatakan blogger sangap duit... Blogger pun cari rezeki maaa... Internet nak kena bayar, tenaga nak kena bayar, duit minyak nak kena bayar... Takkan semedang nak PERCUMA jer yer tak? Kalau PERCUMA tetapi berbaloi dan ada token berbentuk sesuatu yang berguna tak ada salahnya kan? Taklah kata blogger tak terima "review" PERCUMA langsung kan? Ada... Tapi agak-agak juga kot kalau nak manipulasi blogger? Yer tak? Lebih kurang, tolak ansur, faham memahami antara satu sama lain... Taulah blog adalah medium pengiklanan melalui enjin carian yang paling murah berbanding iklan komersial. 

Selagi blogger tak padamkan entri tersebut, selagi tulah akan ada di enjin carian. "Lifetime" oooo... Tak rugi pun beriklan dengan blogger yang benarnya... Tapi janganlah sampai ambil kesempatan melampau-lampau sangat yer tak? Kalau blogger dah boleh lebih kurang, para pengiklan atau klien pun kenalah belajar untuk lebih kurang dan duduk di kasut seorang blogger yer tak? Uhuksss... Korang ingat petik jari jer iklan dah siap? Masa, tenaga, idea, kreativiti, tu semua kena ambil kira juga oooo... Hu hu hu... 

Berbalik kepada "posting" di "group" atau "page" Facebook tu tadi, ha ha ha... Kakak tengok ramai yang tinggalkan maklumat mengenai blog dan media sosial masing-masing. Bila dah tengok ramai blogger-blogger yang meninggalkan maklumat masing-masing... Diri ini pun terjebak juga sekali! Hantarlah mesej sepertimana yang diarahkan kepada individu terbabit. Jawapan yang diterima... Akan "review" dan tengok semua maklumat yang telah diberikan "and get back soon". Ayat "standard" mana-mana PR pun... Tetapi tak adalah suspek ada yang tak kena. 

Alih-alih, semalam dapat balasan mesej melalui What's App... Dia punya penerangan, haaa tu diaaa, panjang lebar aihhh... Sebab asalnya katanya untuk "review" produk anti-penuaan. Haaa... Mana-mana blogger yang ada terbaca "posting" ni dan tinggalkan maklumat tu pasti tau yang mana satu nih. Mengikut "posting" awal, akan diberikan produk anti-penuaan yang terbukti berkesan yang bernilai RM750.00 tak silap kakak kot? Tu diaaa... Kira macam "non monetary review" lah ni... Ha nampak tak permainannya di situ? Bukanlah blogger ni sanggap duit sangat oiii... Ko dah bagi sesuatu yang berbaloi pun dah kira ok dah... Tak dinafikan kalau berbentuk "monetary" itu lebih menarik. Siapa tak nak yer tak? :-). 

Baca punya baca dia punya What's App... Kalau ko hadam betul-betul, memang nampak menarik... Tapi kalau ko faham betul-betul... "Bullseye!"... Sila bagi maklumat seperti nama penuh, maklumat kad pengenalan, no telefon, alamat, bla bla bla... Untuk daftarkan ko sebagai "downline"... Faham kan maksud "downline"? Sesuatu yang berbentuk MLM atau nama lainnya... "Multi Level Marketing"... Siap nyatakan bonus kalau ko kenalkan orang segala bagai. Memang figura nombor tu nampak lumayan ler oiii... Siap kata nak tolong ko sampai dapat ke Disneyland Hong Kong untuk 2 orang. Hua hua hua... 

Terus kakak senyap. MLM ni bukan nak kata apa, kakak agak kurang berminat untuk terlibat sangat. Malas pun yer... Ha ha ha... Nak percaya tak percaya pun ya... Memang ada yang dah berjaya jadi jutawan tapi tak semua MLM boleh dipercayai. Tahniah pada yang telah berjaya bergelar jutawan dan duit dah berkepok-kepok... Kakak tumpang gembira... Tak ada niat nak dengki aihhh... Lepas tu tak cukup tu, siap dia What's App gambar-gambar sijil perniagaan berdaftar. 

Ni nak kira cam mana ek? Kakak bukan nak kata dia penipu dalam perniagaan dia atau apa yang dia usahakan. Takkkk... Jangan salah sangka. Dia pun nak cari rezeki juga. Kita patut puji usaha dan kesungguhan dia tu. Cumanya, yang terkeluar perkataan "scammer" tu adalah... Ko janganlah buat "posting" di media sosial kata ada "review" produk untuk tarik atau alih perhatian blogger yang betul-betul nak menjana pendapatan sampai begitu sekali. Mati-mati blogger yang berminat ingatkan ada "review" produk noksss... Cer ko bagi maklumat seperti yang ko bagi dalam What's App tu? 

Elok-elok blogger semangat nak "review" produk, selera jadi tumpul dik, tumpul. Ha ha ha... Rupanya bukan kakak sorang jer terkena, ada juga blogger yang terkena dan siap "up" status kat Facebook. Kakak pun tumpang komen juga. Kami tak pertikaikan anda mencari atau nak menjana pendapatan... Mungkin bila mengetahui perkara sebenar ada blogger yang mungkin berminat. Tetapi kesianlah pada blogger yang berminat nak buat "review" alih-alih dapat tau perkara lain pula yang sebenarnya. Benar mungkin itu strategi pemasaran anda nak mencari "downline" supaya berjaya. Tapi kalau tak buat macam tu tak boleh ke? 

Entahlah... Bahagian yang kakak kata "scammer" tu... Kata "review" produk dan bagi barangan... Tapi disebaliknya nampak seperti anda lebih berminat nak mencari "downline"... Tapi memang mengajar kakak sesuatu jugalah dari peristiwa ini. Nak kata tak hati-hati, sebenarnya sebelum ni tak pernah terkena lagi perkara sebegini... Inilah kali pertama dan pengajaran. Nasib dah hadam betul-betul terlebih dahulu sebelum terlibat lebih jauh yer tak? Sebab kalau kakak kata kakak kurang berminat tu, memang kakak terus "block" jer lah. Senang cerita tak perlu pusing-pusing kepala. 

Pung pang pung pang menaip pepanjang bukan nak jatuhkan dia ataupun malukan dia, cuma nak blogger lain tau yang keadaan sebegini ada. Yang tak kisah tu tak apalah, tapi kakak kisah. Mungkin kakak jer kot rasa begini. Mungkin orang lain kata, tak apalah... Bab cari rezeki tu kakak tak ada isu... Tapi janganlah kata ada "review" produk untuk pancing blogger yer tak? Semoga yang dikongsi ni menjadikan yang lain tak terperanjat kalau "review" yang anda sangkakan jadi lain. 

Mohon jangan ada pihak yang buat macam ni lagi. Kalau iya ianya adalah sebenarnya anda berminat nak cari "downline" atau "affiliates" nyatakan sajalah terus terang, jadi bagi yang tak berminat ni, taklah rasa tertipu ok? Sekian, terima kasih. Maaf kalau menyinggung... "Just my two cents"... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !