The Simple 37th Birthday Celebration

Farah Waheda Wahid
0
 

Bermula dengan penghantaran mesej ucapan Selamat Hari Lahir yang ke 37 bagi tahun 2016 ini tepat pada pukul 12.00 pagi. Tradisi yang tercipta dan dicipta sejak dari awal perkenalan tu, memang tak pernah "miss" walau sekalipun... Buah butir mesej, tak perlulah nak dipaparkan di sini kan? Ermmm boleh sahaja kalau nak dipaparkan, tapi rasanya tidak perlulah kot? Cukup sekadar kami berdua sahaja yang mengetahui apakah isinya. :-). 

Memang tak ada apa-apa perancangan pun pada awalnya sebenarnya... Seperti pada tahun-tahun sebelum ini, keraian secara sederhana tu memang tetap akan diadakan. Sederhana cukuplah kan? "It's the thoughts that count...". Itu yang penting sebenarnya. Dan memang dari kecil Farah nak ajar Iman Firash supaya ingat setiap tarikh penting di dalam keluarga supaya menjadi kebiasaan untuk dia sehingga bila-bila dan supaya pendamping dia akan datang akan sentiasa tersenyum bila Firash ingat setiap tarikh penting. "See"... Bakal menantu? Ha ha ha... Mommy ni "prepare" Ash sedari kecil ok? "So you should be thankful to me..."... Ha ha ha... 

Hantar mesej jer... Memang saja tak "call" dan tak beritahu sama ada nak berjumpa atau tidak pun. Paginya, bawa Iman Firash bermain di "indoor playground" sampai habis berpeluh-peluh dan sewaktu tu lah... Abah Ash telefon dan bertanya sama ada kami akan berjumpa dengan dia atau tidak. Jawabnya In Shaa Allah jer. :-)... Ngee... Konon "surprise" lettew kan? Buat acuh tak acuh...

Biar Ash puas bermain dulu, kemudiannya balik, mandikan Ash dan bersiap-siap untuk keluar. Semasa dalam perjalanan tu... Singgah sekejap beli sepotong kek... Sepotong cukuplah...Tanda ingatan... Asalkan simbolik sambutan itu tetap ada.. 

 

Chocolate Brulee menjadi pilihan hati... Dan perjalanan diteruskan dengan kunjungan kejutan oleh kami berdua beranak ke pejabat Abah Ash. Memang tahun ni "plan" nak buat begitu... Setiap tahun, kita ubah-ubah sikit supaya ada kelainan katanya... Sampai-sampai, Abah pergi buat lesen di JPJ. Jadi sementara tunggu Abah dia, lepak sekejap di pejabat Abah dia sambil Aunty Aspa bagi coklat Kit Kat pada Ash, Ash main dengan Aunty-Aunty, Atuk Mail... Jumpa Uncle Islah...:-)... Macam tulah dia kalau dah masuk ke pejabat Babah dia... Jumpa Mama Rozi dia... Rindu sangat dah dengan Mama Rozi dia tu... Lama tak berjumpa... 

Bila Abah dah selesai urusan di JPJ... Terus kami ke destinasi yang seterusnya... Acara? Menghabiskan masa sekeluarga bersama dan makan-makan... 

 

Ash macam biasa dengan kegemaran dia French Fries... 

 

Ini menu Abah ler siapa lagi? Besar juga "portion"nya... Sepinggan boleh makan berdua... Kongsi-kongsi... 

 

Hearty Stew Beef with Mashed Potatoes menjadi pilihan hati ini. Memang sangat sederhana. Yang penting saling ingat mengingati. Makan dan makan dan makan... Hadiah? Hadiah nan hado... Makan jer... Dan "dessert" serta kemuncak sambutan adalah... Sepotong kek tadilah... 


Macam biasa... Bila lilin dinyalakan, ada yang sibuk nak tiup lilin... Konon-konon hari lahir dia... :-)... Tiup-tiup tak terpadam, tiup-tiup tak terpadam... Akhirnya tuan punya kek dan sambutan yang padamkan juga... Farah buat ni semua bukan untuk diri Farah... Tetapi untuk Ash... Semata untuk dia... Supaya dia takkan pernah lupa untuk menyambut hari lahir Abah dia... Walaupun selalunya berjauhan... Tu jer... Seronok bila tengok dia "enjoy" dan bergembira... 




Penutupnya seperti tahun-tahun yang lalu... Semestinya bergambar bersama walaupun kategori "wefie" kannn? Untuk memori dan untuk kenangan Ash...Supaya dia ingat serta rasa perasaan menyambut hari lahir setiap dari kami di dalam keluarga kecil ini bersama-sama... Supaya dia diajar menghargai ahli keluarga semenjak dari kecil... 

Begitulah sambutan secara sederhana keluarga kecil kami yang biasa serta ala kadar sahaja seadanya... Apa pun...  We have passed so many years, but it seems it’s only yesterday when we first met each other. Happy 37th Birthday to you Sayang a.k.a. Babah...  

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !