Particular & Details...

Farah Waheda Wahid
3

Nampak jer baru berusia 2 tahun 4 bulan ni, tetapi dia punya "particular" dan "details" nya dia atas satu-satu perkara tu, dah nampak dah dari awal. Nak label anak sendiri "fussy", macam terlalu awal pula yer tak? Tapiii... hanya jauhari yang mengenal manikam, dan hanya ibu bapa sendiri yang benar-benar faham tentang sisi luar dan dalam anak-anak masing-masing. Orang luar melihat apa yang dilihat sahaja, tetapi mereka tidak akan pernah tahu bagaimana perwatakan dan sikap anak kita yang sebenarnya. Jadinya, jika ada mulut-mulut yang sememangnya tak berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu... Tak perlu nak sentap, dan tak perlu nak ambil pusing. Bukan mereka pun yang hidup dengan anak kita? Yer tak? Bukan mereka pun yang menghadap, membesarkan dan memberi makan kepada anak kita.... Haippp! Tetapi jika guru anak-anak memberitahu anda sesuatu tentang anak-anak anda janganlah pula tak nak terima...Terima dengan positif dan hati yang terbuka ok? Mungkin di nurseri atau sekolah lain pula perwatakan serta sikapnya di saat ketidakhadiran kita. 

Kenapa Farah katakan Firash sebagai sangat "particular" dan "details"... Iya, sangat-sangat...Bagi Farah lah sebagai ibu... Ciri-ciri tu dah nampak... Oooppsss sebelum tu, entri ni bukanlah nak puji melambung anak sendiri ataupun mengangkat-angkat anak sendiri supaya kelihatannya seperti bagus ok? 

Makanan Beli
Dari segi makanan yang dibeli dari restoran atau restoran makanan segera... Kalau kitalah kannn? Kita ni, bila ada mana-mana ahli keluarga membeli dan membawa pulang ke rumah... Wahhh...Dah besar dah hati kita ni... Ada makanan sedap! :-)...Ngeee...Nak nak lagi kalau KFC ke? Apa ke kan? Tanpa banyak soal kita akan bawa ke dapur, hidangkan dan makan beramai-ramai sesama ahli keluarga. Kongsi sama-sama. 

Iman Firash? Hu hu hu... Selain dari Mommy, kalau Atuk dia bawa balik makanan, dia memang akan kata "no" sambil kepala tergeleng-geleng... Selain dari Mommy... Dengan Mommy pun, kadang-kadang ada angin dia tak nak makan. Walhal, yang dibungkuskan tu adalah makanan kegemaran dia! Memang payah sikit dia nak makan. Kadang-kadang memang langsung tak berusik. Sampaikan Atuk dah patah hati nak beli apa-apa lagi dah...Ha ha ha... Atuk bagi duit jer suruh Mommy bawa dia pergi beli. 

Sebab dia tak sentuh langsung? Sebabnya, tak beli depan mata dia sendiri...Tak bawa dia...Dia nak makan bersungguh-sungguh kalau kita bawa dia bersama dan pergi beli... Haaa...yang itu memang dia makan bersungguh-sungguh. Kalau orang belikan dan dia tak nampak, memang susahlah nak memujuk dia makan. Nampak tak? Kemain kannn??? "Demand"... Nek Ma dia kata, berhati-hati...Ha ha ha... 

Makanan Masak Di Rumah
Nak dia makan boleh... Tak ada masalah, akan tetapi "you" kena masak depan dia...Kalau "you" masak sewaktu dia tidur...Dia tak nampak...Memang dia tak nak makan...Hua hua hua...Esok-esok dah dewasan nanti teruklah siapa-siapa yang jadi pasangan dia nih...Ko tak boleh nak auta, ko beli makanan dari kedai, lepas tu acah-acah masuk dalam periuk macam konon-konon ko masak...Dia nak tengok dengan mata kepala dia sendiri kita yang masak makanan tu sendiri. Hu hu hu... Sampai macam tu sekali ok? Selepas itu... baru dia buka mulut nak makan...

Dan sewaktu kita masak tu pun, dia akan minta kita tolakkan kerusi supaya dia boleh berdiri dan tengok isi perut dalam kuali atau periuk tu apa yang kita masak. Dia nak tengok proses tu.... Tak pun, dia akan minta kita dukung dia...Sebelah tangan mengacau kuah atau menyudip masakan, sebelah tangan lagi dukung dia... Ha ha ha... Ko mampu??? Mak-mak semua mesti mampu... Alah bisa tegal biasa... Mak-mak yang kaki masak, kalau dalam sesetengah keadaan terpaksa memang terpaksa buat kerja sebelah tangan. Tak ada apa yang nak dihairkankan sangat pun... Perkara biasa nih dalam perjalanan "motherhood".... 

Kalau tak, memang penat jer lah masak...Memang bila kita bawa pinggan berisi makanan dia tolak terus... Pujuklah macam mana sekalipun... 

Pakaian
Dari segi pakaian pula, bab ni memang sangat-sangat cerewet. Dia boleh kenal mana baju yang dah digosok dan ada "side"...Mana baju-baju dia yang tidak digosok. Hua hua hua... Gigih Mommy ko ni menggosok baju-baju ko nak... Ekekeke... Baju tidur dia pun bergosok...Pernah cuba sekali... Pernah...Acah-acah malas menggosok baju dia, lepas cuci, angkat dari ampaian terus lipat... Menangis-nangis sebut "no"...sambil tergeleng-geleng kepala...Puas memujuk... Hu hu hu... Tak nak juga dia pakai... Sampai Nek Ma, Atuk pujuk pun dia tetap menangis-nangis tak nak... Phewww... Lap peluh dingin sikit...Siapalah yang dia ikut ni??? Mommy rasa nak pengsan... 

Yang kedua tentang pakaian... Kalau kita padankan satu-satu pakaian tu, dia rasa dia tak berkenan dan dia tak nak pakai... Memang drama akan berlaku juga...Menangis juga... Perkataan "no" juga yang keluar dari mulut dia... Sedih sampai tersedu-sedu... Kalau kita tetap pakaikan juga... Dia akan cuba menarik-narik baju tu untuk cuba membuka... Selagi kita tak tukar, selagi tu dia akan buat macam-macam supaya dia dapat pakai baju yang dia nak... Termasuklah tarik tangan kita dan suruh kita mengikut dia ke arah almari pakaian dia...Untuk kita tukarkan dia baju... Anak oh anak... Mommy memang memilih bab pakaian... Tapi tak lah sampai macam tu.... Terjangkit lain macam nih! Ha ha ha.... 

Air Minuman
Dia kan suka minum air masak... Memang salah satu botol susu akan diisikan dengan air masak... Cuma sewaktu mula-mula diisikan dengan air rendaman saffron dulu.... Air rendaman saffron itu warnanya kuning... Tidak jernih seperti air masak... Dia akan lihat air dalam botol susu itu banyak kali sebelum dia minum dan mengoncang-goncang botol... Bebola mata Mommy berpusing 360 darjah sambil tangan lap peluh kat dahi... Ashhhh.... Mengadanya!!! Ha ha ha.... 

Susunan Alat Permainan
Bila bermain, dia suka main susun-susun alat permainan juga... Kalau dia suruh kita susun sama-sama dia, kalau tak kena pada pandangan mata dia... Bersiap-sedialah yer? Amukan dari dia... Hu hu hu... Kena ikut macam mana yang dia nak permainan tu disusun, kena ikut citarasa dia... Kadang-kadang tu, bila tak kuasa nak layan, buat macam tak dengar jer...Biarlah menangis kat situ, lama-lama nanti diamlah dia tu.... Selalu dah macam tu.... Ha ha ha...

Ataupun, kalau dia sendiri buat tetapi dia tak dapat buat apa yang dia nak setelah berkali-kali mencuba... Memang insiden biasalah tu... Baling... Campak... Hu hu hu... Yang mana sedang cuba dilatih supaya tidak menjadi kebiasaan di kemudian hari.... "Best thing, when he is doing his thing..." biarkan jer, jangan masuk campur... Dia tak suka orang masuk campur urusan dia .... Ini tau sangat dah mengikut siapa nih... :-P.... 

Dari kecil, sebenarnya kita boleh "anticipate" perwatakan anak-anak, sikap dan apa yang mereka suka dan mereka tidak suka... Tetapi itu bukanlah jaminan mereka selamanya begitu... Mungkin mereka juga akan berubah... Ada anak-anak kecilnya begini, besarnya begitu... Tetapi sedikit-sebanyak sebenarnya kita boleh tahu bagaimanakah sikap mereka dan menyusun atur bagaimana untuk merubah perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada keadaan yang lebih baik... Jika ada yang tidak berapa kena, dari rebung ni lah....Kita nak corakkan... Anak-anak kan ibarat kain putih? Kita memainkan peranan yang besar untuk mencorakkan mereka.... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. amboi particular betul budak ash ne hehehe

    ReplyDelete
  2. Ikut maknye kot... Haha.. Anak sulung saya macam ni.. Adoii..poning den..

    ReplyDelete
  3. memang detail membacanya..hihi...cerewet sikit ni ash ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !