Nak Elak Anak Dari Obes???

Farah Waheda Wahid
0

Kusss semangat... Gerammm tengok pipi yang benar-benar labuh dan memang sedap peluk nih! :-)... Dulu kannn... Masa hamilkan Firash, terfikir-fikir juga semangat tak tubuh badan Firash bila lahir nanti dan sewaktu dalam proses tumbesaran? Kalau ikut genetik Mommy dia memang semangatlah. Ha ha ha... Puas diet masa zaman "single" demi nak jaga badan ko... Errr sekarang tak diet ke? Jawapan mudah... Sekarang ni lebih pada ikut "flow"... Kalau ko nak kurus-kuruslah... Tak ada nak paksa-paksa sangat tapi asalkan sedang-sedang elok tu dah cun dah tu... Kalau nak tembun pun jangan melampau sampai cepat mengah, cepat letih dan semua baju tak muat! Errr... Ha ha ha... Kalau ikut Abah dia... Tinggi lampai dan "maintain"... :-).

Bila lahir-lahir jer keluar seketul melalui tingkap, nah hamil Iman Firash 2.86kg jerrr... Alhamdulillah...Walaupun 2.86kg... Janji sempurna dan sihat segalanya... Syukur pada Allah... Memang kelahiran Ash tu penuh dengan kebimbangan di kotak pemikiran dan dada Mommy dia nih! Yerlah kami kan berdua berisiko atas komplikasi... Tak habis-habis cerita komplikasi yer tak? Dah 3 tahun berlalu... Mana mungkin lupa oiii... Setiap detik, setiap insiden, setiap apa yang berlaku tak pernah sesaat pun lupa sehingga ke hari ini... Ingat tetap ingat... Doa jerlah supaya kalaulah kalau terdetik hati nak tambah lagi sorang... Dipermudahkan urusan oleh Allah SWT... Kalau jer tapi terus-terang tak ada perancangan langsung... Bukan menafikan rezeki Allah... Ayat ulang-ulang... Allah dan diri ini lebih tahu mengapa... 

Ternyata, "as Ash developing and progressing" berat dia "maintain" mengikut carta berat bayi dan kanak-kanak, apa yang sepatutnya... Tidak melebih-lebih, tidak terlalu kurang... Atas pagar dan sedang cantik elok jer... Alhamdulillah, asalkan sihat tubuh badan, luar dalam. Tak kisah pun sebenarnya kalau dia debab. He he he... 

Menurut apa yang Farah baca melalui artikel di SINI mengenai apa yang perlu dijaga untuk mengelakkan kanak-kanak obes adalah... 

Kanak-kanak yang comel biasanya di kalangan mereka yang tembam dan debab. Bila kecil memang mereka nampak comel tetapi ia bukan sesuatu yang baik sebaliknya mereka tergolong kategori kanak-kanak obesiti. Obesiti adalah disebabkan oleh pengambilan kalori yang berlebihan daripada maknan dan juga kurang aktiviti fizikal. Memiliki berat badan berlebihan atau obes juga memberikan kanak-kanak imej badan yang kurang baik dan kurang keyakinan diri. 

MASALAH BERKAITAN OBESITI
Ia berhubungkait dengan pelbagai penyakit utama yang dialami oleh orang dewasa seperti: 
  • Masalh jantung. 
  • Tekanan darah tinggi.
  • Strok. 
  • Kencing manis. 
  • Kanser. 
BERAT YANG BETUL MENGIKUT KETINGGIAN
Cara yang mudah, praktikl tetapi berkesan untuk memastikan anak anda membesar dengan sihat adalah dengan selalu memantau berat dan tingginya. 

Mengukur berat dan tunggi dan mengira IJT (Indeks Jisim Tubuh)

Langkah 1 (Menimbang Berat)
  • Timbang pada waktu sama setiap hari. 
  • Pastikan jarum petunjuk berada di kedudukan kosong sebelum penimbangan. 
  • Pakai pakaian ringan.
  • Tanggalkan kasut dan keluarkan barangan dari poket. 
Langkah 2 (Mengukur Ketinggian)
  • Buka alas kaki. 
  • Berdiri tegak dan bahu diparaskan. 
  • Tangan berada di sisi. 
  • Pandang ke hadapan.
  • Badan disandarkan pada papan pengukur. 
  • Pita ukur diletakkan rapat di atas kepala. 

Langkah 3 (Mengira IJT)
Setelah mendapat ukuran berat dan tinggi yang betul, berikut adalah cara mengira IJT:
IJT (kg/m)=      Berat (kg)
                              Tinggi (m)x Tinggi (m)

MENU SARAPAN SIHAT & SNEK BERKHASIAT
  •  Bijirin sarapan atau oat dengan susu.
  • Roti/biskut dengan keju/marjerin/jem
  • Telur hancur dan roti
  • Kacang panggang, omelet dan roti
  •  Sandwic tuna/telur/sardin
  • Bubur ayam/ikan dengan sayur-sayuran
  • Idli /tosai dengan kuah dal
  • Pau daging/ayam/kacang merah
  • Apam kukus/apam balik.
Campurkan roti putih dan roti gandum penuh untuk mencapai nutriai dan serat yang lebih tinggi. 
SAJIAN UTAMA
Nasi dan sayur-sayuran dihidangkan bersama:
  • Ayam/ikan/daging dimasak dengan sedikit kicap
  • Kurma ayam
  • Sup ayam/daging dengan lobak dan kentang
  • Ikan masak masam manis/stim
  • Tofu dimasak stim dengan daging cincang
  • Bebola ikan digoreng dengan sayur menggunakan minyak yang sedikit
Sebahagian cara masakan yang sihat adalah stim, rebus, bakar, gelombang mikro dan menggoreng dengan sedikit minyak.
SNEK SIHAT
  • Biskut kurang manis.
  • Tau foo fah dengan sedikit larutan gula Melaka.
  • Muffin/kek span.
  • Popia basah.
Kadang tu ada juga teringin nak tengok dia debab... Ha ha ha... "The only time" dia debab pada waktu ini: 



Tak apalah janji sentiasa sihat semua yer Ash? In Shaa Allah... Amin... 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !