Mommy… Aeroplane!!!

Farah Waheda Wahid
2

Tak adalah sebutannya “perfect” berbunyi “aeroplane”… Tergulung dan langgar sebutan ikut sesuka hati dia tu masih lagi ada. Bunyinya lebih kurang “apein”…. Ha macam tu lah… “If only I could record the moment he said that” kannn? Setiap kali nampak kapal terbang melintas di atas awan, atau setiap kali dengar bunyi kapal terbang… Memang becok dan bising mulut dia menyebut… “apein…apein…”… Memang tambah seronok nak bercerita kalau dapat rekod “moment” itu… Ha ha ha… Tak kira siang tak kira malam…

Al-maklumlah, rumah kami berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang yang lama tu… Hampir jer…Nak kata dekat sangat tu tidaklah…Makanya, bila ada kapal terbang yang melintas memang boleh nampak dan kadang-kadang memang boleh dengar bunyinya… Bukanlah “all the time” boleh dengar bunyinya… Tu menipu sangat tu… Ha ha ha… Tambah pula sekarang ni dia giat melayan “SuperWings” di Saluran Astro CERIA… Lagilah kesukaan dia menyebut “apein…apein…”…

Errr, jangan dia minta nak naik kapal terbang dah lah… Nak ke mana kita naik kapal terbang Firash? Cuba cakap nak ke mana? Tapi sebagai mak-mak yang tak berhenti nak berfikir itu ini…Bila anak sudah mula menunjukkan reaksi sebegitu dan maklumbalas sebegitu…Makanya, tidak mustahil satu hari nanti akan terkeluar permintaan dari dia nak naik kapal terbang nih! Tidak mustahil…Bukannya semestinya tentu-tentu akan ada permintaan itu… Bergantung kepada pemikiran dia dan apa yang dia inginkan lah kannn???

Farah nak bagi ke dia peluang menaiki kapal terbang? Kalaulah kata dia minta? In Shaa Allah… Bagi kot… Tapi sekadar yang dekat-dekat, yang domestik jer lah kot? In Shaa Allah, kalau ada rezeki lebih dan keizinan dari Allah SWT apa salahnya menggembirakan hati anak kan? Jika ada rezeki… Tak kata semestinya yer?

Pernah jugalah dengar-dengar cerita yang bawa anak kecil naik kapal terbang ni bukannya mudah dan sebenarnya ada tips dan cara-caranya kan? Kalau tak silap Farahlah dulu Farah pernah berkongsi tentang menaiki kapal terbang sewaktu hamil ke apa entah… Lebih kurang macam tulah… Tapi, tak jumpa pula entri tersebut…Ha ha ha…Dah banyak sangat…Gali punya gali, tak jumpa-jumpa juga. Hurmmm… Tak apa kita sambung tentang tips membawa anak kecil menaiki kapal terbang yang pernah Farah baca di SINI

Usia Minima 3 Bulan
Walaupun, walaupun, rata-rata syarikat penerbangan membenarkan usia minimum bayi adalah 2 minggu (bahkan ada juga yang membenarkan seawal usia 2 hari)… Ketahuilah bahawasanya usia 3 bulan itu akan lebih menyenangkan. Pada usia 3 bulan, daya tahan bayi sudah lebih kuat, termasuk menghadapi perubahan suhu udara. Jadi ibu bapa sekalian, termasuk diri ini…sila “take note”, jika tidak ada hal penting, lebih baik tunggu bayi anda berusia 3 bulan ke atas sekiranya merancang ingin bercuti.

Perhatikan Waktu Tidur Bayi / Anak Kecil Anda
Adalah lebih bijak jika anda memilih waktu penerbangan yang bersesuaian dengan waktu tidur bayi / anak kecil anda. Bila bayi / anak kecil anda terlelap di dalam penerbangan, ini adalah merupakan satu bonus untuk anda!

Menempah Kerusi Tambahan Di Dalam Penerbangan
Memanglah, kalau diikut-ikutkan kenapa nak membazir duit menempah kerusi tambahan yang tidak diduduki oleh sesiapa pun… Walaupun, memang kemungkinan besar anak kecil anda akan duduk di pangkuan anda, sebenarnya lebih baik menempah kerusi tambahan untuk anak kecil anda. Kerusi ini dapat anda gunakan untuk meletakkan kelengkapan bayi. Ruang yang lebih juga akan membuatkan anda dan bayi anda lebih selesa. Usahakan untuk menempah tempat duduk di bahagian hadapan pesawat (bulkhead seat). Selain lebih luas,

Fasiliti Bassinet Atau Skycots
Untuk penerbangan jarak jauh, beberapa syarikat penerbangan ada menyediakan fasiliti bassinet atau skycots. Bassinet adalah tempat tidur lipat berbentuk kotak yang dapat dilekatkan di bahagian depan tempat duduk, menghadap kerusi penumpang. Akan tetapi ada peraturan ketat di dalam penggunaannya. Bassinet hanya dapat digunakan oleh bayi berusia sehingga 24 bulan sahaja dengan berat maksimum 10-13 kilogram. Sewaktu take off dan landing, bassinet tidak boleh digunakan. Begitu juga pada waktu terjadinya “turbulence” dan lampu penanda menyala, bayi atau anak kecil harus diangkat dari bassinet, penyediaan bassinet juga sangat terhad, oleh itu, kena tempah awal-awal.

Sementara itu, untuk penerbangan jarak dekat, anda boleh memangku bayi anda, atau menggunakan kerusi bayi khusus yang diletakkan di kerusi pesawat dan diikat dengan tali pinggang kerusi pesawat (aircraft single lap strap). Anda juga boleh menggunakan “car seat” bila bayi anda belum boleh duduk.

Datang Lebih Awal Di Lapangan Terbang Untuk Proses Check In Dan Pemeriksaan Imigresen
Ianya akan melelahkan bila anda tergesa-gesa menolak “stroller” atau mendukung anak kecil sambil berlari-lari. Sambil menunggu “boarding” bolehlah bermain-main dulu dengan anak kannn? Main jer sampai dia letih dan kemungkinan tertidur di dalam pesawat itu ada. He he he… Perhatikan: Jika anda membawa “stroller”, maka “stroller” harus dilipat setiap kali melalui “security scan”. Perlu diingat juga bahawa “stroller” tidak dapat dibawa masuk ke kabin dan akan “diperlakukan” sebagai bagasi. Anda masih dapat menggunakan “stroller” anda sehingga “boarding gate”. Kemudian ketika “boarding”, “stroller” akan diberi tanda “limited release tag” oleh petugas dan dimasukkan ke “compartment” bagasi pesawat.

Susukan Bayi Dan Anak Kecil Anda Pada Waktu Pesawat Akan Berlepas Dan Mendarat
Hal ini untuk mencegah telinga mereka sakit akibat perubahan tekanan udara. Untuk anak kecil yang sudah tidak menyusu, anda boleh memberikan mereka sesuatu untuk dikunyah atau hisap selama pesawat berlepas dan mendarat.

Jangan Lupa Pakaikan Baju Sejuk, Stokin Dan Topi Pada Anak Kecil / Bayi Anda
Suhu kabin adalah sejuk. Sebab tu jangan lupa pakaian baju sejuk, stoking dan topi pada anak kecil / bayi anda supaya mereka merasa selesa sepanjang penerbangan. Juga lebih baik menggunakan selimut mereka sendiri dibandingkan dengan selimut yang disediakan di dalam pesawat.

Susu Dan Makanan Bayi / Anak Kecil
Peraturan syarikat penerbangan umumnya membolehkan anda untuk membawa makanan dan susu bayi ke dalam kabin pesawat, termasuk susu ibu yang telah diperah ke dalam botol dan air panas untuk membuat susu. Tak perlu khuatir dengan peraturan syarikat penerbangan bahawa anda tidak boleh membawa cairan lebih dari 100ml ke dalam kabin pesawat. Makanan bayi mendapat pengecualian di dalam hal ini.

Jangan Lupa Untuk Membawa Lampin Dan Pakaian Ganti Di Dalam Beg Tangan Anda. Juga Tisu Basah
Ini sebagai persiapan seandainya anak kecil / bayi anda membuang air di dalam pesawat ataupun tidak sengaja muntah ataupun tidak sengaja menumpahkan makanan / minuman. Anda tidak mahu kan bayi atau anak kecil anda mengeluarkan bau yang tidak sedap bila dia tiba-tiba poop dan anda tidak bersedia dengan lampin gentian di kabin? Ada baiknya juga bila anda bersedia dengan gantian ini untuk anda berjaga-jaga.

Jangan Lupa Untuk Membawa Snek dan Permainan Untuk Si Kecil. Jangan Lupa Untuk Mengisi Bateri Gajet Anda Sehingga Penuh.
Snek dan permainan (termasuk “games” dan muzik di gajet), dapat membuat anak anda leka selama penerbangan. “At least for some time” kannn? Untuk minuman, lebih baik anda membawa minuman dalam botol supaya boleh ditutup kembali.

Nak kata ada pengalaman tu belum lagi… Akan tetapi itulah apa yang digarispandukan untuk dibaca… Satu yang Farah fikirkan…Kalau ada kemampuan apa salahnya membawa…Kalau ada keperluan apa salahnya membawa dan kalau ada permintaan apa salahnya cuba dipenuhi sekiranya ada ruang dan peluang… Selama ada kesempatan, ambil waktu sesekali untuk bersama anak-anak dan mengembirakan mereka. Anak-anak tidak akan kecil selamanya. Enjoy every moment with your kids, and have a quality time with your family. J 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam cik farah ^_^

    thanks kongsi info..
    tringat dulu kecik2 bila dgr bnyi kpal terbang je, dri sdri rase excited..haha

    ReplyDelete
  2. In sha Allah ada rezeki boleh mommy bawa firash naik aeroplane yey...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !