Home »
fatherhood
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting info
,
parenting knowlegde
,
parenting sharing
,
parenting tips
» Mommy… Aeroplane!!!
Mommy… Aeroplane!!!
Tak
adalah sebutannya “perfect” berbunyi “aeroplane”… Tergulung dan langgar sebutan
ikut sesuka hati dia tu masih lagi ada. Bunyinya lebih kurang “apein”…. Ha
macam tu lah… “If only I could record the moment he said that” kannn? Setiap
kali nampak kapal terbang melintas di atas awan, atau setiap kali dengar bunyi
kapal terbang… Memang becok dan bising mulut dia menyebut… “apein…apein…”…
Memang tambah seronok nak bercerita kalau dapat rekod “moment” itu… Ha ha ha… Tak
kira siang tak kira malam…
Al-maklumlah,
rumah kami berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang yang lama tu… Hampir jer…Nak
kata dekat sangat tu tidaklah…Makanya, bila ada kapal terbang yang melintas
memang boleh nampak dan kadang-kadang memang boleh dengar bunyinya… Bukanlah “all
the time” boleh dengar bunyinya… Tu menipu sangat tu… Ha ha ha… Tambah pula
sekarang ni dia giat melayan “SuperWings” di Saluran Astro CERIA… Lagilah
kesukaan dia menyebut “apein…apein…”…
Errr,
jangan dia minta nak naik kapal terbang dah lah… Nak ke mana kita naik kapal
terbang Firash? Cuba cakap nak ke mana? Tapi sebagai mak-mak yang tak berhenti
nak berfikir itu ini…Bila anak sudah mula menunjukkan reaksi sebegitu dan
maklumbalas sebegitu…Makanya, tidak mustahil satu hari nanti akan terkeluar
permintaan dari dia nak naik kapal terbang nih! Tidak mustahil…Bukannya
semestinya tentu-tentu akan ada permintaan itu… Bergantung kepada pemikiran dia
dan apa yang dia inginkan lah kannn???
Farah
nak bagi ke dia peluang menaiki kapal terbang? Kalaulah kata dia minta? In Shaa
Allah… Bagi kot… Tapi sekadar yang dekat-dekat, yang domestik jer lah kot? In
Shaa Allah, kalau ada rezeki lebih dan keizinan dari Allah SWT apa salahnya
menggembirakan hati anak kan? Jika ada rezeki… Tak kata semestinya yer?
Pernah
jugalah dengar-dengar cerita yang bawa anak kecil naik kapal terbang ni bukannya
mudah dan sebenarnya ada tips dan cara-caranya kan? Kalau tak silap Farahlah
dulu Farah pernah berkongsi tentang menaiki kapal terbang sewaktu hamil ke apa
entah… Lebih kurang macam tulah… Tapi, tak jumpa pula entri tersebut…Ha ha ha…Dah
banyak sangat…Gali punya gali, tak jumpa-jumpa juga. Hurmmm… Tak apa kita
sambung tentang tips membawa anak kecil menaiki kapal terbang yang pernah Farah
baca di SINI
Usia Minima 3 Bulan
Walaupun,
walaupun, rata-rata syarikat penerbangan membenarkan usia minimum bayi adalah 2
minggu (bahkan ada juga yang membenarkan seawal usia 2 hari)… Ketahuilah
bahawasanya usia 3 bulan itu akan lebih menyenangkan. Pada usia 3 bulan, daya
tahan bayi sudah lebih kuat, termasuk menghadapi perubahan suhu udara. Jadi ibu
bapa sekalian, termasuk diri ini…sila “take note”, jika tidak ada hal penting,
lebih baik tunggu bayi anda berusia 3 bulan ke atas sekiranya merancang ingin
bercuti.
Perhatikan Waktu Tidur Bayi
/ Anak Kecil Anda
Adalah
lebih bijak jika anda memilih waktu penerbangan yang bersesuaian dengan waktu
tidur bayi / anak kecil anda. Bila bayi / anak kecil anda terlelap di dalam
penerbangan, ini adalah merupakan satu bonus untuk anda!
Menempah Kerusi Tambahan Di
Dalam Penerbangan
Memanglah,
kalau diikut-ikutkan kenapa nak membazir duit menempah kerusi tambahan yang
tidak diduduki oleh sesiapa pun… Walaupun, memang kemungkinan besar anak kecil
anda akan duduk di pangkuan anda, sebenarnya lebih baik menempah kerusi
tambahan untuk anak kecil anda. Kerusi ini dapat anda gunakan untuk meletakkan
kelengkapan bayi. Ruang yang lebih juga akan membuatkan anda dan bayi anda
lebih selesa. Usahakan untuk menempah tempat duduk di bahagian hadapan pesawat
(bulkhead seat). Selain lebih luas,
Fasiliti Bassinet Atau Skycots
Untuk
penerbangan jarak jauh, beberapa syarikat penerbangan ada menyediakan fasiliti bassinet atau skycots. Bassinet adalah tempat tidur lipat berbentuk kotak yang
dapat dilekatkan di bahagian depan tempat duduk, menghadap kerusi penumpang.
Akan tetapi ada peraturan ketat di dalam penggunaannya. Bassinet hanya dapat digunakan oleh bayi berusia sehingga 24 bulan
sahaja dengan berat maksimum 10-13 kilogram. Sewaktu take off dan landing, bassinet tidak boleh digunakan. Begitu
juga pada waktu terjadinya “turbulence” dan
lampu penanda menyala, bayi atau anak kecil harus diangkat dari bassinet, penyediaan bassinet juga sangat terhad, oleh itu,
kena tempah awal-awal.
Sementara
itu, untuk penerbangan jarak dekat, anda boleh memangku bayi anda, atau
menggunakan kerusi bayi khusus yang diletakkan di kerusi pesawat dan diikat
dengan tali pinggang kerusi pesawat (aircraft single lap strap). Anda juga
boleh menggunakan “car seat” bila bayi anda belum boleh duduk.
Datang Lebih Awal Di
Lapangan Terbang Untuk Proses Check In Dan
Pemeriksaan Imigresen
Ianya
akan melelahkan bila anda tergesa-gesa menolak “stroller” atau mendukung anak
kecil sambil berlari-lari. Sambil menunggu “boarding”
bolehlah bermain-main dulu dengan anak kannn? Main jer sampai dia letih dan
kemungkinan tertidur di dalam pesawat itu ada. He he he… Perhatikan: Jika anda
membawa “stroller”, maka “stroller” harus dilipat setiap kali melalui “security
scan”. Perlu diingat juga bahawa “stroller” tidak dapat dibawa masuk ke kabin
dan akan “diperlakukan” sebagai bagasi. Anda masih dapat menggunakan “stroller”
anda sehingga “boarding gate”. Kemudian ketika “boarding”, “stroller” akan
diberi tanda “limited release tag” oleh petugas dan dimasukkan ke “compartment”
bagasi pesawat.
Susukan Bayi Dan Anak Kecil
Anda Pada Waktu Pesawat Akan Berlepas Dan Mendarat
Hal
ini untuk mencegah telinga mereka sakit akibat perubahan tekanan udara. Untuk
anak kecil yang sudah tidak menyusu, anda boleh memberikan mereka sesuatu untuk
dikunyah atau hisap selama pesawat berlepas dan mendarat.
Jangan Lupa Pakaikan Baju
Sejuk, Stokin Dan Topi Pada Anak Kecil / Bayi Anda
Suhu
kabin adalah sejuk. Sebab tu jangan lupa pakaian baju sejuk, stoking dan topi
pada anak kecil / bayi anda supaya mereka merasa selesa sepanjang penerbangan. Juga
lebih baik menggunakan selimut mereka sendiri dibandingkan dengan selimut yang
disediakan di dalam pesawat.
Susu Dan Makanan Bayi / Anak
Kecil
Peraturan
syarikat penerbangan umumnya membolehkan anda untuk membawa makanan dan susu
bayi ke dalam kabin pesawat, termasuk susu ibu yang telah diperah ke dalam
botol dan air panas untuk membuat susu. Tak perlu khuatir dengan peraturan
syarikat penerbangan bahawa anda tidak boleh membawa cairan lebih dari 100ml ke
dalam kabin pesawat. Makanan bayi mendapat pengecualian di dalam hal ini.
Jangan Lupa Untuk Membawa
Lampin Dan Pakaian Ganti Di Dalam Beg Tangan Anda. Juga Tisu Basah
Ini
sebagai persiapan seandainya anak kecil / bayi anda membuang air di dalam
pesawat ataupun tidak sengaja muntah ataupun tidak sengaja menumpahkan makanan
/ minuman. Anda tidak mahu kan bayi atau anak kecil anda mengeluarkan bau yang
tidak sedap bila dia tiba-tiba poop dan anda tidak bersedia dengan lampin gentian
di kabin? Ada baiknya juga bila anda bersedia dengan gantian ini untuk anda
berjaga-jaga.
Jangan Lupa Untuk Membawa
Snek dan Permainan Untuk Si Kecil. Jangan Lupa Untuk Mengisi Bateri Gajet Anda
Sehingga Penuh.
Snek dan permainan
(termasuk “games” dan muzik di gajet), dapat membuat anak anda leka selama
penerbangan. “At least for some time” kannn? Untuk minuman, lebih baik anda
membawa minuman dalam botol supaya boleh ditutup kembali.
Nak
kata ada pengalaman tu belum lagi… Akan tetapi itulah apa yang digarispandukan
untuk dibaca… Satu yang Farah fikirkan…Kalau ada kemampuan apa salahnya membawa…Kalau
ada keperluan apa salahnya membawa dan kalau ada permintaan apa salahnya cuba
dipenuhi sekiranya ada ruang dan peluang… Selama ada kesempatan, ambil waktu
sesekali untuk bersama anak-anak dan mengembirakan mereka. Anak-anak tidak akan
kecil selamanya. Enjoy every moment with
your kids, and have a quality time with your family. J
Terimakasih telah membaca artikel Mommy… Aeroplane!!! . Jangan lupa share ya
Share
2 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
salam cik farah ^_^
ReplyDeletethanks kongsi info..
tringat dulu kecik2 bila dgr bnyi kpal terbang je, dri sdri rase excited..haha
In sha Allah ada rezeki boleh mommy bawa firash naik aeroplane yey...
ReplyDelete