Khas Buat Lelaki: Cara Berdepan Perempuan Jenis Heboh Masalah Di Media Sosial

Farah Waheda Wahid
0

Ini bukan nak mengata sesiapa, tetapi teringat pada diri sendiri dan nak mengingatkan diri sendiri, kalau-kalau diri sendiri terlupa. Manusia kan tidak sempurna? Pasti ada melakukan kesilapan. Mana ada manusia yang "perfect" segala-galanya kan? Sambil-sambil tu, berkongsi dengan pembaca serba sedikit tips yang mungkin bermanfaat. Manalah tau, kalau-kalau ada yang sedang mengalami kan? Masalah orang lain mana kita nak tau? Melainkan kalau orang itu sendiri yang bercerita yer tak? 

Artikel menarik yang dipetik dan dikongsikan dari sumber di SINI untuk kita semua termasuk diri ini. :-).

Lelaki biasanya tidak suka menunjukkan perasaan mereka. Apatah lagi, meluahkan apa yang mereka rasa. Tidak kiralah kepada rakan rapat, adik beradik, mahupun sesiapa jua. Mereka lebih bersikap memendam dan melupakan sahaja. Yang lebih suka bercerita, meluah rasa hati adalah perempuan.

Paling dahsyat mereka ini tanpa segan silu memberitahu satu dunia mengenai emosi mereka terhadap pasangan di status Facebook. Beratus "like" dan berpuluh komen yang diterima. Lelaki? Diam dan terus mendiam. Adakah itu jalan terbaik apabila berdepan dengan pasangan kaki "up" status di laman Facebook? Duhai lelaki, lakukan ini andai anda berdepan dengan pasangan begini: 

Beri Respon
Jangan mendiamkan diri, sebabnya apabila anda berdiam ia lebih menimbulkan rasa marah dan sentap pada hati pasangan. Sekurang-kurangnya beri sedikit respons kepada mereka. Sungguhpun tidak mahu komen di status yang dimuat naik itu, komen di dalam kamar ketika anda berdua dengannya. Itu lebih matang dan lebih menyentuh hati. Jika anda komen di status yang dimuat naik dan andainya status itu menyentuh perasaan tidak puas hatinya ia lebih menimbulkan rasa kecik hati dan rasa marah. Jalan terbaik berdepan dan selesaikan dengan cara yang matang.

Tegur Dengan Berhemah
Wanita ini sebenarnya lebih banyak menggunakan emosi apabila mahu selesaikan percanggahan yang berlaku. Hakikatnya, lelaki sebenarnya lebih rasional. Disebabkan itulah wanita lebih suka meluahkan perasaannya dan sebolehnya dia mahu satu dunia tahu dia sedang bersedih, jadi medium terhebat adalah di Facebook. Wahai lelaki jangan terikut beremosi dan terus melenting. Tegur si dia dengan penuh hemah. Beritahu kepadanya walaupun satu hari kamu tidak ungkapkan "I LOVE YOU" itu tidak bermakna cinta kamu sudah pudar. Kamu mahu ia menjadi satu perkataan yang sangat eksklusif dan tidak perlu diucapkan setiap hari. Percayakah anda, terlupa ungkapan perkataan ini ketika mahu ke pejabat boleh mengundang perang dunia ketiga. Jadi waspada lelaki. 

Komen Nakal
Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang...'sindir-sindir manja'. Mungkin ia menampakkan anda adalah suami atau pasangan yang "sweet". 

Jangan Ambil Kisah
Lelaki, anda perlu sedia maklum itu sebenarnya salah satu cara terapi wanita hilangkan stres dan kebosanan mereka. Jadi sebagai kaum yang kuat dengan prinsip ini usah ambil kisah sangat. Anggaplah itu hanyalah permainan daripada isteri untuk menambah keceriaan dalam dirinya. Jangan pula anda yang stres.

Tenangkan Diri 
Jangan mudah melentung. Sebelum anda berbicara mengenai tabiatnya itu, anda perlu tenangkan diri terlebih dahulu. Agar perbincangan jadi lebih rasional dan bukannya saling memarahi atau menyalahkan. Belajarlah jadi lelaki matang.

Tiba-tiba nak audit balik diri sendiri dan terfikir-fikir ada tak? Hu hu hu... Kalau ada tu, elok sangat bawa-bawa berubah dan kawal. ;-)

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !