Kelakuan Sewaktu Hamil, Pengaruhi Sikap Anak???

Farah Waheda Wahid
2
Pernah terdengar cakap-cakap orang sekeliling, terbaca di media sosial dan mak sendiri pun pernah pesan... Masa hamil jaga tingkah laku, jaga perangai, jaga lisan, jaga perbuatan, jaga perasaan dan jaga apa yang ada dalam hati. Kalau tak jaga serba-serbi, takut-takut nanti kesannya kepada anak yang bakal dilahirkan. Mempengaruhi sikap anak yang bakal dilahirkan. Sejauh mana kebenaran teori ini? Sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini? Farah tidak nafikan ada kebenarannya juga. 

Yang dok bercerita dan membebel tentang ni dah kenapa? :-)... Ngeee... Iman Firash lahhh! Dah lama dah dok perati sikap dan perangai dia. Ha ha ha... Dan jauh di dalam sudut hati, memang Farah akui, ada kebenarannya juga perkara yang sering diingatkan dan jadi cakap-cakap ni. Bila fikir-fikirkan balik, memang macam tu pun keadaannya sewaktu hamilkan dia dulu. Dan kini, ha ha ha... Menurun ke anak ok? Apa tu yang Farah dapat perhatikan dan Farah akui memang ikut kelakuan serta sikap Mommy dia sewaktu hamil? 

"SELFIE"
Minat bergambar! Farah ni hamil ke tak hamil ke, bila timbul perasaan, perasan dan syok sendiri tu memang gemar "selfie". Ha ha ha... Dari duluuu lagi memang suka "selfie".... Sebelum "selfie" jadi "trending" lagi... :-P... Sampailah dah jadi fenomena "selfie"... Memang suka bergambar... Bila Ash dah semakin membesar, boleh nampak yang dia tak pernah menolak bila diajak "selfie" atau dipaksa "selfie"... Dan kadang-kadang tu, dia sendiri minta bukakan aplikasi kamera dan bergaya di hadapan lensa syok sendiri... Sendiri-sendiri... 

KURANG GEMAR NASI DAN SUKA MAKANAN BARAT DAN SEGERA
Baratlahhh sangattt kannn? Hanya mereka yang menyaksikan dan hanya mereka-mereka yang rapat sahaja akan mengakui hakikat ini. Pernah kot? Farah kongsi di dalam Bubblynotes.Com sendiri yang mana, sewaktu hamilkan Ash memang Farah alah kepada nasi. Bila nampak nasi jer tekak meloya. Rasa nak muntah segala bagai. 

Bila nampak atau fikirkan makanan barat atau makanan segera bukan main besar lagi selera ok? Ha ha ha... Itu ajerlah yang ditalanya sepanjang tempoh kehamilan... Cuma yang di saat-saat akhir tu, suka sangat dengan Sup Tulang! 

Bila dikaitkan? Benar! Ash kurang gemar kepada nasi dan kadang-kadang tu bila kita bawa pinggan nasi... "No no no"... Sambil cuba menepis-nepis dan menolak-nolak. Protes tak nak makan nasi tu boleh jadi "mild" ataupun "severe", bergantung kepada angin dia. Hu hu hu... Bila kita masak makanan kebaratan ataupun beli makanan segera... Berdesup datang dan tiba-tiba selera terbuka. Kadang-kadang, Mommy dia "confuse" jap... Ash ingat kita tinggal di negara Barat ke? Ha ha ha... Melawak jer... 

Nasi? Akan memainkan peranan bila kita masakkan dia Sup Tulang. Sup Tulang yer? Bukan Sup Daging. Sup Daging dia tak layan dan tak pandang sebelah mata pun. Aiyooo... "Over demanding" tau Ash! Ada orang kata, alaaa bukan budak tu tau pun sekalipun ko masak Sup Daging... Jujurnya Ash entah macam mana boleh tahu perbezaannya... "No chance if playing trick with him"... 

:-P, Mommy dia masak Nasi Ayam dan letak dalam bekas KFC pun dia boleh tau bezanya... Inikan lagi Sup Tulang dan Sup Daging... Hu hu hu... 

KUAT MINUM AIR MASAK
Ni satu lagi persamaan... Dari dia duduk dalam perut, memang Farah sentiasa dahaga sahaja dan banyak sangat minum air masak. Sekejap-sekejap minum, sekejap-sekejap minum. Ash memang kuat minum! Terutama air masak sejak usia 7 bulan. 2 kali "refill" botol susu tu pun dia boleh habis. Selamba jer... Kadang-kadang awak pula yang risau yer tak? Takut sakit perut ke apa ke? Tapi dia relaks dan "chill" jer... Kuat minum budak nih! 

BERJAGA MALAM
Jadi burung pungguk! Mommy dia toksah cerita, malam-malam memang gemar berjaga dari sewaktu sebelum hamilkan dia sampailah sepanjang tempoh kehamilan. Kemaskini blog katanya... Buat draf katanya... Padan muka! Anak lahir-lahir... Bulan-bulan awal sampai pukul 3-4 pagi dia ajak berborak. Jenuh juga nak latih dia tidur malam dan "adjust" waktu tidur antarabangsa dia tu. Makan masa juga nak melatih waktu tidur dia. Sampai Abah dia sendiri kata... "Kenapa ni Firash... Anak-anak orang lain semua dah tidur tau... Firash jer tak tidur lagi..."... Bha ha ha... 

Alhamdulillah, lepas tu berjaya melatih dia untuk tidur dengan normal. Cuma akhir-akhir ni dah mula dah dia nak lewat tidur kembali. Pukul 12.30 malam, 1.30 pagi baru nak tidur. Pendekatan nak latih tidur dia semula? Tutup segala sat ni ke lampu dan televisyen. Biarkan bergelap. Kemudian, tidurlah dia. Mommy dia pula kena "set alarm" untuk bangun semula sebab nak draf entri. :-P. Kadang terbangun, kadang tu terus hanyut juga. Badan dah penat kan? Faktor usia pun yer juga tu... Tak macam dulu dah. Ha ha ha... Mampu tak tidur pun tak apa. Dulu lain, sekarang lain. Yang penting esok pagi kena bangun dengan rasa "fresh" dan cukup tidur. 

KUAT MENANGIS
Dulu masa hamilkan dia, BFF Farah selalu pesan, jangan sedih-sedih selalu nanti anak jadi penyedih. Ha ha ha... Kadang-kadang tu, "I just can't help it!"... Dah rasa nak nangis, nangis jer lah. Tahan-tahan lagi nak buat apa? Ha ha ha... Kalau tak sebak dan sesak kat dada. Bila dah menangis lega oiii! Turun ke Iman Firash pula dah! Sikit jer nangis! Sikit jer nangis! Mudah sangat cembeng! Ha ha ha... Agak penyedih jugalah orangnya... Adoiii... Jangan sampai dah sekolah nanti dahlah Ash! Awak lelaki! Haippp jangan nak pandai-pandai label Ash lembik ok? Walaupun mudah menangis tetapi dia ni kasar orangnya... Tak percaya, cubalah... Kalau dia "rumble" Mommy dia boleh jadi sakit segala urat dan tulang belikat ni oiii! Gurau kasar ni Iman Firash nih! 

BALING BARANG APABILA TERLALU MARAH
Ohoiiii... "The dark side of me!"... Farah ni memang perangai bila marah tak ada nak bebel-bebel pada orang lain. Simpan dan pendam dalam hati. Ooopsss... Tapi sampai satu tahap bila dah terlalu marah... Akan tiba keadaan apa saja yang ada di tangan akan dibaling. Haippp, masa baling tu tak adalah depan umum... Dalam bilik seorang diri. Kunci pintu bilik rapat-rapat, lepas tu apa ada kat tangan baling jer sekuat hati. Hu hu hu... Kadang-kadang boleh jadi jahanam benda yang dibaling tu. Lepas tu? Barulah nak istighfar dan tenangkan diri. Sebab tu kalau "I is" marah biarkan jer... Jangan banyak tanya... Tu dulu yer dulu, sekarang umur dah meningkat matang dah... Tak macam tu lagi... Rasanya memang dah lama tinggalkan dah... Alhamdulillah, berjaya tinggalkan tabiat buruk tu... Yang nak kikis, memandu laju-laju jer lagi ni ha kalau marah sangat... Hu hu hu... Bahayakan diri sendiri! Jangan ikut! Errr tapi jarang dah marah-marah sejak jadi ibu ni... Ekekeke... Dah tak "bother" dah nak marah-marah, takut darah tinggi pula... "Why bother" kannn? 

Menurun ke Ash! Kalau dia marah, habis dilesingnya apa yang ada di tangan... Atau yang terdekat dengannya... Hu hu hu... Harap-harap masa kecil ni jerlah... Jangan terbawa-bawa sampai besar... In Shaa Allah...Amin... 

MINAT DENGAR ALUNAN ZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN
Suka sangat! Suka sangat dengar alunan bacaan zikir dan Al-Quran. Alhamdulillah, Ash suka dan kadang-kadang ikut sama. Ha ha ha... "This is a good side"... 

TAK BOLEH KOTOR
Iya... Nak bersih jer serba serbi... Tak boleh kotor sikit... Geli katanya... Turun ke Ash... Tangan kena minyak kentang goreng pun walaupun belum habis makan dah suruh basuh atau lap dengan "wet tissue"... Dush dush dush... 

Begitulah ceritanya... Untuk orang lain, tak taulah setakat mana kebenarannya tu... Tapi ini yang Farah alami sendiri dan Farah perhatikan pada Ash... Memang ada kelakuan kita sewaktu hamil yang mempengaruhi sikap anak yang kita lahirkan... Melalui apa yang Farah lalui lah... Jadi yang bercadang nak hamil tu, yang sedang hamil tu, jagalah serba-serbi yer? ;-)... Wink! Esok-esok turun kat anak, sendiri boleh tahu dari mana puncanya... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !