Hari Jumaat malam Sabtu, seawal pukul 9.30 malam dah tutup segala bagai lampu dan televisyen demi nak memastikan Firash tidur awal dan boleh bangun awal di hari Sabtu. Iyalah acara bermula pada jam 10.00 pagi, takkan nak lewat sampai pula kan? Kenalah tepat pada waktunya...:-)...Ngeee... Semangat Mommy berkobar-kobar tu...
Sebenarnya, pukul 10.00 pagi tu bermulanya pendaftaran dan aktiviti-aktiviti "art & crafts"... Lewat sedikit pun tak mengapa sebenarnya...Cumanya, mungkin "follow by the book" lah kot kami ni...Ha ha ha..."Follow by the book" sangattt... Memang pukul 9.50 pagi macam tu kami dah terpacak di Marmalade Cafe, Bangsar Village II tu... Dan untuk permulaan... kami telah menyibukkan diri kami di sesi "arts & crafts" sementara majlis bermula kan?
Nampak tu??? Sibuk masing-masing dengan aktiviti "arts & crafts" termasuklah ibu bapa yang gigih... :-)... Ash buat juga ke?
Pegang gunting pun tak pandai lagi, nak buat apa? Mommy-lah yang lebih ber "arts & crafts session" nya... Bha ha ha... Mommy jadi tukang gunting untuk Iman Firash, dan Mommy jadi tukang siapkan topeng tu untuk Firash.
Gigih betul-lah Mommy dia siapkan topeng ni untuk dia kan? Alih-alih dah siap, tak mau pakai pulak dia...Tak apa, simpan...Belum lagi masa dia nak pakai tu... Nanti bila dah kemaruk nak pakai...Tengoklah, tanggal pun tak mau... Phewww...Ikut angin dialah kannn??? Biasalah, Ash ni memang berangin sedikit...Ha ha ha... Ikut siapalah tu? Teettt....
Memang angin dia masa permulaan tu tak berapa nak elok... Orang lain tampal pelekat nama di hadapan, dia? Mommy tampalkan pelekat nama di belakang. Kalau tampal di hadapan...Memang dia akan cabut sambil sebut "no...no...no...". Tampal belakang baju tu habis cerita... Hilang "no no no..." dia...Muahahaha... Mommy ko kan senang jer buat kesimpulan... Dia tak bising...kerja pun selesai...
Selain gunting menggunting ada aktiviti mewarna juga bagi sesiapa yang nak mewarna lah... Boleh jer nak bagi Iman Firash mewarna sebab memang salah satu kegemaran dia...Cumanya, Mommy malas nak keluarkan dia dari "buggy" sebab dah tau dah apa "intention" dia...Ha ha ha... Sekejap jer tu dia nak mewarna, kemudian tak sampai 5 minit nanti, dia akan sibuk nak berlegar berlari keliling Marmalade Cafe tu... Memang taklah nak bagi lepas sementara Abah dia sampai kan? Duduk diam-diam dalam "buggy" tu... Ha ha ha.... Itu yang jadi "moody" sikit dia tu... Bertabahlah yer Ash?
Ini dinamakan "The Lion Guard Roar Challenge"... Kakak-kakak dengan abang-abang yang dah besar lerrr yang masuk cabaran ni punnn... Ash nak masuk? Boleh jer kalau nak bagi dia mencuba, tetapi tak payahlah...Ha ha ha... Lembut sangat bunyi singa tu jadi nantinya...Biar jer... Bagi peluang kepada yang lain-lain...Lagipun ramai kanak-kanak... Dahulukan apa yang perlu didahulukan...
Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun memang menarik-menarik dan comel-comel... Tahniah kepada semua yang dapat hadiah pada hari Sabtu semalam yer? :-). Aunty ni tumpang gembira dan seronok.
Inilah anak bujang kita... Dah besar dah... Dah 2 tahun 4 bulan dah pun... Kemain Mommy kan? Sibuk pakai "shawl" harimau bintang tu... Ha ha ha....Konon-konon ikut tema majlis lah tu kononnya... Sebenarnya tak pun... Pakai sebab tergerak nak pakai jer... #ehhh tersimpang pula cerita tentang #ootd yer tak? Ok berbalik kepada landasan cerita ini....
Mommy kemain sengih sampai ke telinga... Yang anak buat tak kisah jer sebenarnya... Ha ha ha... Sebab perhatian tertumpu kepada perkara lain tu sebenarnya. Gunting menggunting sudah, bergambar sudah, tibalah masa untuk "premiere screening" ataupun tayangan perdana Disney: The Lion Guard... Meh-meh kongsi "teaser" sedikit meh...
Dan reaksi Ash?
hai kak farahhhh
ReplyDeletesinga yang comel
ReplyDelete