
Berpinar-pinar dah mata ni dah melihat warna oren merata... Sana oren, sini oren, sinun oren... Apa sahaja kalau boleh nak warna oren... Dari sesi menyusun bongkah kadbod sampailah sesi mewarna sampailah ke sesi bermain tablet... Jika diberikan pilihan warna, dia tetap memilih oren... Pendek kata oren segalalah hai... Kalau ikut Mommy semestinya merah jambu lah kannn? Tapi dia tidak mengikut... Takkan semua nak ikut kan? Ha ha ha... Kenalah ada identiti yang tersendiri juga...

Memang nampak sangat kecenderungan tu... Hurmmm... Buat masa sekarang, masa akan datang mungkin berubah yer tak? Lelaki dan warna... Anak lelaki dan warna... :-)... Menurut sumber di SINI, tetapi Farah tak suruh percaya yer? Sekadar bahan bacaan ringan...
Bagi seorang lelaki yang meminati warna oren, gabungan warna antara merah dan kuning ini, mempunyai sifatnya yang tersendiri. Dianggap garang dan terang, ia tidak selalunya menjadi pilihan jejaka. Bagi yang menggemari warna ini, disebutkan si dia bijak dan pandai dari segi pembelajaran. Mudah menerima kritikan orang lain terhadapnya tetapi kadangkala dikategorikan pelik dari segi perwatakan.
Itu satu sumber, melalui satu sumber lagi di SINI...
Warna oren dikaitkan dengan kegembiraan, kreativiti, keyakinan, kesukanan, gemar kepada aktiviti sosial serta alam kanak-kanak. Sikap positif pada warna oren dapat membantu mengurangkan perasaan rendah diri, kasihan pada diri sendiri, mengurangkan kedukaan dan sifat enggan memaafkan.
Penggemar warna oren ini juga mampu menjadi sahabat atau pasangan yang baik, menarik dan suka menolong orang lain yang berada di dalam kesusahan.
Macam tulah ceritanya... Sekadar suka-suka jer ni...:-)... Tapi tang minat oren tu
SINGGAH PAGI http://jmbelog.blogspot.my/search/label/RADIO%20ONLINE
ReplyDelete