 |
Sumber diubahsuai dari Google |
Zaman dulu-dulu, zaman nenek moyang kita dulu, tak ada mesin basuh tak ada hal yer tak? He he he... Bermula generasi nenek-nenek kita (mungkin ada) dan zaman mak-mak kita, sehinggalah ke zaman kita, kalau mesin basuh tak ada tu, hurmmm... memang agak menyusahkan bagi kita. Betul kan? Betul kan? Sila mengaku cepat! Walaupun setiap pakaian putih berwarna putih dan setiap pakaian Firash, Farah rendam dan berus dahulu sebelum bagi mesin basuh buat kerja. Tetap mesin basuh tu penting! Ho ho ho... Oklah oklah... Kalau mesin basuh rosak memang akan jadi haru biru kot? Terasa amat susahnya hidup... Owhhh, tapi mungkin tak juga berapa nak susah... Sekarang ni kan banyak dobi layan diri? Hua hua hua... Sediakan rimau jer lah yer tak?
Alhamdulillah, setakat ini mesin basuh di rumah tu, telah bertahan dari zaman-zaman Farah masih menuntut di universiti dulu sehinggalah sekarang. Salah satu barang yang penting dan sangat membantu pekerjaan rumah adalah mesin basuh. Sangat berguna untuk membantu meringankan pekerjaan mencuci pakaian dengan lebih mudah dan cepat, jadi kenalah ambil tahu macam mana nak jaga mesin basuh yer tak? Nak mengganti yang baru??? Boleh jer kalau anda rasa anda tak tahu mana lagi nak campak duit anda tu... sebab dah berkepok-kepok sangat kannn? He he he... Tetapi kalau boleh biarlah sesuatu yang kita gunakan tu tahan lama yer tak? Rasa berbaloi beli mahal-mahal kan? Kalau pakai sekejap dan asyik rosak jer... Rasa macam rugi pula bayar mahal-mahal.
Terbacalah satu artikel di
SINI, yang mana selama ini, Farah tak pernah buat pun dan baru jer tahu hari ni...Ekekekeke... Tergerak hati nak berkongsi sama supaya kita semua sama-sama dapat menjaga mesin basuh kita di rumah tu agar tahan lama!
Apa yang penting, anda kena sediakan beberapa bahan ini dulu:
- 2 gelas cuka.
- 50 gram soda bikarbonat.
- 50 ml air.
- Span.
Cara Membersihkan:
1. Campur soda bikarbonat dan air dalam bekas kecil.
2. Tuang cuka di dalam bekas yang berasingan.
3. Tuangkan larutan soda bikarbonat di bahagian sabun.
4. Kemudian masukkan cuka.
5. Tutup mesin cuci dan hidupkan sebentar.
6. Soda bikarbonat dan cuka akan membantu menghilangkan semua kotoran yang tertinggal dalam mesin.
Jangan lupa untuk selalu membersihkan mesin cuci secara teratur, paling tidak sebulan sekali. Ini akan membuatkan mesin basuh tetap bersih dan boleh digunakan secara efektif lebih lama.
kalo takde mesin basuh memang kusut sangat nak manually wash pakai hands huhu...
ReplyDelete