
Disangkakan berpeluh kerana sihat tubuh badan, akan tetapi di sebaliknya mungkin ada kemungkinan yang lain mengenai kesihatan anak. Allahuakbar... Bukan ingin menakut-nakutkan para ibu bapa di luar sana... Buat apa? Tak ada faedahnya kepada Farah pun sebab Farah sendiri jadi "freak out" bila terbaca tajuk ini. Hu hu hu... Perkongsian yang dilakukan agar menjadi manfaat buat kita semua, agar menjai satu ilmu dan agar kita sama-sama tahu.
Berdasarkan sumber di SINI...
SOALAN
Anak saya berumur setahun enam bulan. Kepala anak saya kerap berpeluh sehingga basah rambut dan menyebabkan bau masam. Saya terpaksa syampu rambutnya setiap hari. Apakah ia tidak normal dan apa cara mengatasinya?
Aziey Bairy
Jawapan:
Untuk pengetahuan puan, jika anda bimbang tentang bayi yang sentiasa berpeluh, ia adalah proses normal tumbesaran seorang bayi. Ia akan berakhir sehingga dia berusia 4 tahun.
Berpeluh di kepala, terutamanya semasa tidur adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Berpeluh di tapak tangan dan tapak kaki juga perkara biasa semasa berada dalam keadaan tertekan atau dalam persekitaran yang tertutup dan panas.
Berpeluh di ketiak biasanya disebabkan oleh persekitaran panas dan perasaan bimbang. Jika anda perasan bayi kadang kala akan menjadi berpeluh, bertenang dan tukar pakaiannya jika perlu. Elakkan bayi terlalu panas dan memakaikannya pakaian terlalu tebal ketika tidur.
Peluh berlebihan di kalangan sesetengah kanak-kanak boleh menjadi tanda sesuatu yang lebih serius. Jika anak anda berpeluh secara berlebihan semasa aktiviti biasa penyusuan, hubungi doktor pediatrik anda tentang hal tersebut.
Ia mungkin menjadi tanda masalah hantung kongenital, terutama sekiranya warna kulitnya kelihatan agak gelap semasa menangis atau menyusu, dan sekiranya dia kurang meningkat berat badan.
Bayi yang mempunyai penyakit jantung sentiasa berpeluh kerana jantung mereka perlu bekerja keras untuk mengepam darah dengan baik. Berpeluh secara berlebihanjuga mungkin disebabkan oleh gangguan dalam sistem saraf, masalh pernafasan, kelenjar tiroid terlalu aktif atau gangguan genetik. Walaupun keadaan ini bukan normal, jika anda bimbang sebaiknya berundinglah dengan doktor bayi anda.
Soalan berikut dijawab oleh Dr. Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.
ohh tq for the info ;)
ReplyDeleteanak buah aida sorang, kat cheras, berpeluh ya Allah.
ReplyDeletebasuh rambut dia. pantang aktif skit, memang berpeluh.
as for ijat, ok ok la. kalu dia melompat2 bergolek2 dlm umah, confirm berpeluh.
pastu aida mandikan before tido. if not, nanti mlm merengek.
badan miang kot.
tq share..cik farah =)
ReplyDelete