Lagi perkongsian mengenai aktiviti ringkas dan mudah untuk disediakan oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil anda di rumah. Semakin hari semakin seronok Farah mencari idea di mana-mana sumber yang berkenaan serta relevan dan menyediakan aktiviti tersebut untuk Firash. Alhamdulillah, dia seronok melakukan aktiviti yang Farah sediakan dan dia tidak jemu untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut selama berulang kali.
Ini adalah perkongsian idea yang Farah dapat dari seorang ibu melalui sumber di
SINI Mungkin anda juga boleh turut mencuba. Sediakan nombor-nombor dengan menggunakan batang aiskrim seperti gambar di bawah:
Dan juga mengikut kreativiti anda masing-masing... Poket-poket bernombor mengikut corak serta warna kegemaran anda:
Tampalkan sahaja pada dinding rumah. Anak-anak di dalam proses perkembangan sebegini, memang kebiasaannya dinding rumah akan menjadi mangsa tampalan-tampalan yang seumpamanya. Tak perlu nak sayang dinding rumah sangat untuk perkembangan anak-anak. Tak apa dinding tu boleh diperbaiki semula di kemudian hari. Yang penting perkembangan anak tu kan?
Sangat mudah kan? Kemudiannya... Beri arahan kepada anak-anak untuk memasukkan nombor ke dalam poket-poket yang telah disediakan tadi. Latih anak untuk memasukkan nombor yang betul ke dalam poket yang betul. Inilah salah satu aktiviti di dalam melatih tubi anak-anak untuk mengenal nombor di usia awal tanpa gajet. Memang di dalam gajet terdapat aplikasi untuk membantu anak-anak mengenal nombor yang lebih interaktif. Akan tetapi sebenarnya sebagai ibu bapa kita juga mampu untuk melatih anak-anak mengenal nombor di usia awal melalui kaedah interaktif yang mampu menarik perhatian mereka selain dari gajet.
Ash? Alhamdulillah, di usia 2 tahun 5 bulan kini dia sudah mampu membaca nombor 1-10. Dan dia sudah kenal nombor 1-10. Peringkat yang seterusnya, Farah di dalam misi untuk memperkenalkan nombor 11-20 pula. Untuk ibu bapa di luar sana, jom kita sama-sama merajinkan diri kita dan menjadi kreatif dari hari ke hari untuk melatih tubi secara santai dan juga perkembangan positif anak-anak kita.
Kaedah yang sama juga boleh dipraktikkan untuk mengenal huruf-huruf Roman dan juga huruf-huruf Hijaiyah. :-).
Tip top dear, mesti cute Ash fikir sebelum lakukan.
ReplyDelete