A Superstitious Story : Gunting, Peniti Dan Pisau

Farah Waheda Wahid
5

Baru nak bercerita tentang kisah-kisah "superstitious" ni, dah bunyi guli pula dia bantai berbunyi... Baru pukul 11 malam kot sewaktu entri ni nak mula ditaip... Walaupun hati dup dap dup dap... Tapi fikir positif jerlah... Pinjam tablet Firash, pasang surah Yassin... Taklah mengatakan diri ni percaya yang bunyi guli tu mistik ke apa ke... Tapi, dalam percaya tak percaya tu cuma rasa "suspicious" lah pula kan? Nak kata terlalu mempercayai benda-benda gini pun tak juga... Hakikatnya susah nak percaya tetapi hati tak menafikan wujudnya alam mistik tu... 

Kasi canlah kakak ni nak bercerita kisah genre seram sikit di Bubblynotes.Com yer tak? Sesekali kita bagi warna lainlah pula kan? Kalau "monotonous" saja pun cerita, pun bosan juga... Ha ha ha... Ok lupakan guli tu... Lantakkan dia nak main guli ke apa... Teruskan dengan kerja berceloteh secara maya yang "neverending" ni... :-). Nanti asyik fikirkan hal guli, apa pun tak boleh yer tak? 

Jap jap jap... Nak tanya andalah kannn... Pernah tak dengar atau anda sendiri yang melaluinya sewaktu anda sedang hamil? Wanita hamil kena bawa benda tajam kalau ke mana-mana? Macam gunting, jarum peniti dan pisau lipat? Kononnya nak lindung dari gangguan? Ermmm... Yang lindung kita Allah SWT kan? Betul tak? Tak adalah, cuma sewaktu menonton satu filem seram dari Indonesia tadi, nampak wanita hamil tu bawa gunting. Ke mana-mana dia pergi bawa gunting. Hu hu hu... Faham tu kepercayaan sesetengah pihak. 

Dulu kannn... Tu diaaa dah keluar dah cerita dulu punya dulu punya dulu... Sewaktu hamilkan Firash... Makcik sebelah rumah ni selalu dok sebut... "Farah, nak keluar rumah bawa gunting dalam beg, simpan gunting dalam kereta, bawa pisau lipat dalam beg... Jangan tinggal... Nak tidur malam, letak gunting bawah bantal... Awak tu dahlah sorang-sorang... Balik kerja malam-malam pula tu...". Hari-hari makcik ni pesan. Mungkin niat makcik tu baik. Tapi kannn... Psssst... "Instead of" simpan semua benda-benda tu, kita "carry" Yassin jer walau ke mana-mana kecuali tandas... Hu hu hu... Tidur malam pun letak Yassin bawah bantal. Bukan memperlekehkan kepercayaan atau amalan sesetengah pihak tetapi kakak lebih percaya Allah dan surah-surah suci Allah. Tu je... Tak lebih tak kurang... 

Bila teringat... Rajin pula mencari informasi tentang perkara ni di jaringan internet... Ngeee... Dan terbaca sesuatu sekadar untuk informasi sahaja... Dari sumber di SINI...

Mitos tentang ibu hamil yang harus membawa gunting, peniti, atau pisau memang berasal dari Indonesia, tepatnya dari pulau Jawa. Konon dengan membawa benda tajam sewaktu hamil, hal tersebut akan membuat ibu hamil terhindar dari gangguan hantu, seperti kuntilanak. Namun apakah memang benar hantu takut dengan gunting ataupun peniti?

Biasanya orang tua dulu sering menyarankan ibu hamil agar selalu membawa gunting kecil atau peniti, bahkan hingga pisau kecil yang disimpan dalam pakaian agar bayi dalam perut ibu hamil tersebut terhindar dari bahaya. Katanya agar bayi tidak diculik oleh kuntilanak.

Namun ternyata hal tersebut tidaklah sepenuhnya benar. Justeru dengan membawa benda-benda tajam tersebut akan menyebabkan sang ibu memiliki risiko bahaya seperti tertusuk olehnya. Secara logik pun tidak masuk akal apabila makhluk halus takut dengan benda tajam seperti gunting, peniti, ataupun pisau kecil.

Tapi memang menurut kepercayaan orang tua zaman dahulu yang menyebar secara turun temurun, perempuan yang memiliki aroma harum sangat disukai oleh makhluk halus. Dan disinilah peranan gunting dan peniti ini digunakan untuk menangkal gangguan hantu pada sang ibu hamil.

Jika ingin mengikuti tradisi orang tua zaman dahulu untuk menjaga kehamilan, pastikan memilih tradisi yang tidak membahayakan dan cenderung merugikan baik bagi sang ibu mahupun janin. Dan juga tidak melanggar syarak. 

Dah macam tangkal pula ek? Bukanlah mengecam atau memperlekehkan, diingatkan sekali lagi yer. Cuma memang Farah tak buat, dan tak rasa nak buat atau ikut macam tu kot? Sebabnya... Allah kan ada? Allah lah sebaik-baik Pelindung dan hanya pada Allah kita memohon kan? Sudah semestinya! Allah Maha Berkuasa! 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul Farah, masing2 ada pendapat sendiri kan. Masa SB pregnant dulu, makcik2 selalu pesan, jalan sana sini bawa air. Minum air selalu takut nanti badan kurang air, boleh demam dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. Bab bawa senjata tu klu percaya dah jatuh khurafat pula..

    ReplyDelete
  3. kadang2 bende2 macam ni boleh jatuh syirik..maksdunya ena kalau kita percaya la

    ReplyDelete
  4. tak tau pulak pasal petua pasal bawak gunting and jarum jarum ni..tapi totally agree with you la, belum sempat benda lain nak ganggu kita, gunting dengan jarum tu dah pergi tusuk our body before time :D better turn to Allah je la :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !