![]() |
Sumber dari Google |
Sehinggakan setelah berkahwin pun, masih lagi dengan hobi dan tabiat yang sama. Ha ha ha, banyak-banyak bersabar jerlah Abah Ash waktu tu kalau nak makan tengah hari ataupun nak makan malam. Errr, tetapi kebiasaannya kalau Abah Ash balik, pagi-pagi lagi dah masuk dapur oiii...Demi tak nak suami menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk Farah siapkan masakan. "Cover" sikit "cover"... tapiiiii, dia tau akan seberapa perlahannya Farah pun...Selalu dia senyum-senyum sambil menyakat jer lah... Masa tulah perlahan-lahan nak perbaiki diri supaya lebih cepat dan tangkas melakukan kerja-kerja di dapur. Oklah... adalah kemajuan sedikit...
Dunia berubah bila anda melahirkan seorang anak, dalam masa yang sama anda bekerja, dalam masa yang sama anda perlu memasak. Haaa...baru tau apa yang Nek Ma Ash tu bebelkan bersebab. Muahahaha...Masa nilah baru nak belajar jadi lebih cepat dan tangkas di dalam acara masak memasak di dapur. Baru tau masa tu senantiasa jer mencemburui. "Juggling" ko!!! Tapi oklah, mula-mula tu memang agak terkejar-kejar juga... Tetapi lama-kelamaan, alah bisa tegal biasa. Semakin lama, semakin boleh mengikuti rentak. He he he....
Menurut artikel di SINI, sebagai wanita bekerjaya, pasti masa di dapur semakin terhad. Kadang-kala seharian tidak menjenguk pun ke dapur untuk memasak. Kita lebih selesa membeli makanan di luar terutama lauk-pauk dan hanya memasak nasi di rumah. Iyalah, sebahagian besar masa diluangkan di pejabat, jadi apabila di rumah, tentulah masa yang tinggal, dihabiskan bersama keluarga tercinta. ~ ok, pengakuan jujur, setakat ini masih lagi didayakan memasak setiap hari dan sangat jarang membeli lauk-pauk di luar. Boleh kira dengan jari. Kadang-kadang tu ada juga tergelincir. Tapi akan cuba dan berusahalah sedaya mana. Kalau tak larat sangat, Nek Ma Ash akan tolong masakkan... :-P ...Manjanya dengan mak...
Kadang kala apabila memasak, masa banyak dihabiskan dengan menyediakan bahan-bahan seperti bawang dan cili. Dengan memoton, menumbuk dan mengisar, menyediakan makanan memakan masa sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bermula di kuali.
TIPS BAGAIMANA MAHU MENJIMATKAN MASA DALAM MENYEDIAKAN HIDANGAN DAN SEKALIGUS MENJIMATKAN PERBELANJAAN BULANAN:
- Pada cuti hujung minggu, sediakan sambal goreng dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti ais. Jadi anda hanya perlu menggoreng ikan atau ayam dan campurkan sambal tadi. Jika mahu menyediakan udang petai, hanya campurkan udang dan petai.
- Kupas bawang putih dan kisar. Letakkan di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Jadi setiap kali ingin memasak, hanya perlu ceduk dan masukkan dalam kuali. Jangan lupa lakukan yang sama untuk halia, cili dan bawang besar.
- Selepas membeli ikan atau ayam, terus siang dan bersihkan sebelum simpan di dalam peti ais. Jadi hanya perlu keluarkan apabila mahu memasak.
- Untuk setiap lauk seperti ikan, ayam atau daging, asingkan di dalam satu bekas untuk satu hidangan di peti sejuk beku. Jadi tidak perlu keluarkan semua untuk dinyahbekukan. Contohnya, jika setiap kali memasak, anda gunakan 5 hingga 6 ketul, asingkan dalam jumlah tersebut di dalam bekas.
- Potong kecil isi ayam dan daging dan letakkan di dalam satu bekas. Boleh digunakan untuk menyediakan nasi goreng atau mee goreng.
- Rancang menu selama seminggu dan sediakan bahan-bahannya pada hari minggu. Jadi pada hari bekerja, anda hanya perlu keluarkan bahan-bahan dan terus memasak. Tidak perlu pening-pening mencari bahan di dalam peti sejuk.
- Pada malam hari, letakkan ayam, ikan atau daging di peti sejuk bahagian bawah mengikut hidangan yang ingin dimasak pada keesokkan harinya. Jadi pada waktu bahan ingin dimasak, ia telah sempurna dinyahbekukan.
- Mulakan memasak dengan menggoreng terlebih dahulu dan akhiri proses memasak dengan hidangan berkuah. Jadi tidak perlu membasuh kuali dengan kerap.
- Basuh sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Jika mahu lebih jimatkan masa, sewaktu memasak, terus potong sayur di dalam kuali menggunakan gunting.
- Bagi sayuran berair seperti tomato, brokoli dan lain-lain, balut dengan aluminium foil mengikut jenis supaya lebih tahan lama dan simpan di dalam peti sejuk.
"All in all, it's all about organization and management"... Kena bijak merancang, kena bijak mencari jalan pintas bagi memudahkan kerja. Apa lagi? Kalau ada di dalam senarai yang masih belum anda lakukan, mak mak di luar sana tu, bolehlah mula lakukan...Ihikss...Kita perbaiki "method" atau kaedah kita agar kita semua dapat menjadi lebih efisien gittew...
good sharing farah.. tp kak Alycia rs kak alycia mmg cepat dan pantas jer kalau masak.. sbb kak Alycia ada sorg adik ipar yang perangainya sebiji mcm farah lemah lembut kat dapur.. dalam hati cakap alahai bilalah nak siap ni hahaha...
ReplyDeletenice sharing =)
ReplyDeletehahaha..Mase anak dara mmg melenggang je masak..Mmg kena pekik dgn mak..Skrg je pantas mcm tangan sotong..huhu
ReplyDeletetips yg bagus..masa ibu ngn anak kena set elok..masa dieog xtntu kekdg
ReplyDeletepantas d dapur tu perlu kalau da anak tiga!
ReplyDeletehih ihi if not tak terkelola umah tangga.