![]() |
Sumber dari Google |
Pensil
Bibir atau di dalam Bahasa Inggeris (lebih dikenali di dalam Bahasa Inggeris di
kalangan wanita), Lip Liner. Bila ingat-ingat balik, lama juga Farah tak
ber-Pensil Bibir ni. Ha ha ha… Tak sempat! Kadang-kadang tu malas! Dulu kalau
tak pakai Pensil Bibir ni rasa macam tak lengkap jer hidup seharian kalau ke
pejabat atau keluar ke mana-mana. Sekarang ni? J . Lantak kolah kat situ. Sempat pakai, tak sempat kita cuba
“cover” dengan ayat nak sedapkan hati… “Tak apalah, untuk nampak lebih
“natural”…”…Konon! Taip-taip entri ni tiba-tiba rasa teringin nak pakai Pensil
Bibir balik. Hurmmm, kena tengok sama ada stok masih ada di rumah atau tidak?
Ke dah berkulat? #ehhh ada lahhh… Siapa kata tak ada? Pelupa betul!
Setiap
alat solekan ada cara pemakaiannya, yang mana kebanyakan pada masa Farah pakai
ikut suka hati Farah jer…Hua hua hua… Ikut suka kot mana nak pakai, cara mana
nak pakai, asalkan nampak elok, tak nampak pelik dan tak nampak macam pelawak
sarkis, itu dah cukup baik.
Serba
sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan… (bukanlah pakar, sendiri pun
suka-suka ikut mana nak pakai kan? tetapi berdasarkan logika dan juga
berdasarkan belajar sana-sini-sinun).
1. Pilihlah
Pensil Bibir dengan warna yang sesuai dengan warna gincu. Jangan memilih warna
yang terlalu terang atau gelap, kerana warna gincu tidak akan boleh
menyamarkannya. Contoh, warna hitam
untuk Pensil Bibir akan susah nak bercampur dengan gincu berwarna merah jambu.
2. Kena
pastikan Pensil Bibir tu diasah atau tajam sebelum dipakai. Pensil Bibir yang
tumpul akan mengakibatkan garisan yang anda buat di bibir tidak berapa nak
kemas.
3. Dah
dapat kriteria no.1 dan no.2, sekarang anda boleh mula untuk menarik garis dari
satu hujung bibir ke satu hujung bibir yang lain. Lakukan secara perlahan dan
dimulakan dari bibir atas terlebih dahulu.
4. Cara
memakai Pensil Bibir tidaklah sesusah mana seperti apa yang mungkin sesetengah
dari kita bayangkan. Ada beberapa trik sebenarnya untuk membentuk bibir. Untuk
buatkan bibir kelihatan tebal (manalah tau kot-kot ada yang berniat nak
kelihatan seperti Angelina Jolie kan? Ahaksss), anda boleh mengaplikasikan
Pensil Bibir ke arah luar bibir. Kalauuu, kalau anda tertarik dengan penampilan
bibir yang nampak lebih nipis, anda boleh menarik garis ke dalam bibir dengan
ditambahkan olesan bedak di sepanjang garis secara merata.
5. Bila
garis bibir dah terbentuk, sila aplikasi gincu dengan menggunakan berus gincu
(lip brush). Kalau nak nampakkan bibir tu lebih basah dan berkilau, bolehlah
tambah pakai “lip gloss” ok?
Pensil
Bibir berfungsi untuk:
1. Membuatkan
bibir anda lebih terisi.
2. Membuatkan
gincu yang anda pakai bertahan lebih lama.
3. Pemakaian
gincu lebih kemas.
Bagus
kalau jadikan rutin, cuma entahlah… Ha ha ha…Sejak jadi mak-mak ni, terkadang
tu timbul masa “MALAS”… Kadang rasa sayang nak pakai kalau sekadar nak ke
pejabat. Muahahaha….Dulu sebelum beranak pinak tak pula terfikir yer tak? La ni
pula terfikir…Adakah mungkin kerana faktor umur? Uhuksss…Janganlah jadi pemalas
nak bersolek sudahlah… Walaupun MALAS itu tiba sesekali…. Setakat ni masih lagi
rajinlah, cuma macam dikatakan tadi, kadang-kadang tu jadi MALAS. :-P. Nak
jimat penggunaan alat solekan pun yer…Ha ha ha… Mana boleh jimat kita jimat yer
tak? Zaman orang berlumba-lumba nak jimat sana sini….
Di bawah ni sedikit video tutorial yang dipetik dari YouTube untuk tatapan anda, alaaa... boleh jer cari di YouTube, melambak-lambak video tutorial pemakaian Pensil Bibir yang ada di gudang YouTube tu...Ini contoh asas...
Yang PC tak pernah guna..tapi suka tengok cousin pakai...hihi...syok juga...kalau kena gaya kombinasinya...memang cantik...nilah kun bibir...bukan baju je ada kun..kihkihkih..
ReplyDeletefrankly speaking farah, aida memang x pandai pakai pensel bibir gitu.
ReplyDeletesekadar colek kan lip balm aje.