TIPS | Anak Takut Makan Ubat???

Farah Waheda Wahid
5

Demam... Bermula dari hari Khamis sehinggalah ke hari ini... Semalam Mommy dia terpaksa ambil Cuti Kecemasan bila mana suhu sudahpun mencecah sehingga 39 bacaannya pada jam 3.57 pagi sepertimana yang dikongsikan di dalam entri sebelum ini iaitu:





Bab susah hati dan risau tu memanglah ada kan? Tak perlu nak berulang-ulang, Farah nak maklumkan kepada semua. Ha ha ha... Tapi apa pun keadaannya, dan apa pun situasinya tidak perlulah Farah nak meng"gempak"kan sangat ceritanya. Intipatinya, anak tidak sihat, "under medication" dan doa banyak-banyak pada Allah supaya anak cepat sembuh. Lagipun di dalam menghadapi serta mengendalikan anak yang tidak sihat, seharusnya bertenang (pengalaman mengajar). Tentu perlu risau kerana dia ada sejarah "fits"... sawan demam kerana selagi belum cecah usia 6 TAHUN ianya berisiko untuk berulang. Moga-moga dijauhkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah, Amin. 


Kebiasaanya dia tak ada masalah pun nak makan vitamin setiap pagi dan tak ada masalah pun nak makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak klinik. Namun, demam kali ini secara tiba-tiba merubah dia menjadi orang yang tidak sukakan ubat atau tidak mahu makan ubat. Ha ha ha, tak sedap ke ubat kali ini? Phewww... Memang agak mencabar juga bila berada di dalam situasi hendak menyuruh dia memakan ubat ok? Iyalah budak dah besar dan dah semakin berakal, maka macam-macam akalnya. 

Cubaan pertama, menggunakan pendekatan psikologi. Ohoooo... Psikologi sangat tau! Sewaktu ubat dibawakan kepada dia, puas dok pujuk... "Ash, orange Ash". Dia nganga lah mulut kan? Kerana mungkin sangkaan dia ianya adalah supplemen yang biasa dia makan setiap pagi. Ha ha ha... Bila dah masuk ke mulut? Dia keluarkan semula dan menepis-nepis dengan tangan di mulutnya. Ko rasa? Cara ini telah menemui kegagalan dan bermulalah episod kejar mengejar di dalam rumah. 

Jika masih bayi lagi, masih belum pandai membezakan (#ehhh tapi dia ni masa bayi pun pandai beza dah rasa yang lain)... Bolehlah dipertimbangkan untuk dicampur ke dalam susu yer tak? Sekarang kalau dicampurkan, pasti dia tolak dan pasti dia lihat atau tenung botol susu tu lama-lama. Ha ha ha... Cubalah? Tak payah cakap oiii... Kakak dah buat dah... Sebab tu boleh kongsi cerita! 

Jika masih bayi lagi, boleh letakkan di jari dan suruh dia hisap jari kita tu. Dah besar macam ni? Ha ha ha... Mau digigitnya kembali jari kita tu, lagipun dah pandai menepis kan sekarang? Cara ni pun dah tak boleh pakai dah... Boleh simpan tepi dah cara ni... 

Apakah lagi keterdayaan seorang ibu yang "juggling" nak pastikan anaknya memakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik supaya anak cepat sembuh? Haaa... Mungkin cara ni agak kasar tetapi untuk kebaikan anak kita terpaksa juga yer tak? Lantaklah orang nak kata apa pun, nak komen apa pun, nak ber-gossip apa pun tentang cara kita yang kelihatan kasar ketika memberikan anak kita makan ubat hanya semata-mata nak memastikan anak kita makan ubat... Anak kita kan? Kita pasti lebih tahu bagaimana cara untuk mengendalikannya dan mengaturnya dengan apa yang kita faham tentang mereka dan apa yang kita tahu tentang mereka. Cakap-cakap luar tu tolak tepi... Manusia mana pernah nak berhenti, ada sahaja yang tak kena pada pandangan dan mata... "When we think we know people inside out and we think we know what's best for them. Remember we don't even know what's best for ourselves..."... :-). 

Cara yang terpaksa Farah lakukan adalah dengan terpaksa memohon bantuan Nek Ma Ash untuk pegang kaki dan tangan dia, dalam posisi dia baring dan Farah terpaksa pegang mulut dia. Masukkan ubat dengan menggunakan pam ubat ke dalam mulut dia. Pegangan tangan di mulut tak akan lepas selagi dia tak telan ubat. Al-maklumlah dah pandai keluarkan semula kan? Kena pastikan bahawasanya ubat tu masuk kesemuanya. Phewww... Agak berperang jugalah. 

Selalunya memang tak ada masalah langsung untuk dia makan ubat. Entah kenapa kali ini semacam sukar untuk dia makan ubat. Apa pun itu penyelesaian yang terbaik pada waktu dan ketika itu. Bukan bermaksud selamanya perlu begitu. Memang kena secara perlahan-lahan didik dia untuk tidak mempunyai masalah untuk makan ubat lagi. Sebab dia bukanlah seseorang yang bermasalah untuk makan ubat sebelum ini. 

Kalau bayi agak mudah juga untuk memberikan mereka makan ubat, boleh juga rujuk entri lama Farah: 


Sekejap jer pun menangisnya sewaktu diberikan ubat tu, selepas tu? Macam biasa, terlompat-lompat, buat sepah main. Ha ha ha... Semoga cepat sembuh Ash... :-)

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sama macam naura..dah pandai kemam mulut bila nak masuk ubat..macam kakak fiyah,sangat senang makan ubat..

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sihat Ash....dah bujang la mommy...dah tak laku dengan tipu daya dan psikologi untuk pancing makan ubat...hihi..adik sepupu PC lagi lah ibu dia angin...bila demam suruh makan ubat...dia cakap ibu tolonglah makankan..ibukan sayang adik...hahaha....

    ReplyDelete
  3. Cuba trick yang dikongsikan. Memang berkesan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Si kakak mudah makan ubat.. Adik agak mencabar... Tapi kena byk psikologi..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ijat ok makan ubat.
    yg teruk, kakak-kakak ijat dulu kala.
    aduhai. perang dunia!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !