TGV Cinema | Pawagam Dengan Konsep “Kids Friendly”

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan ingin menonton wayang sebagai aktiviti keluarga! He he he… Menari-nari dalam hati Mommy Ash kan? Al-maklumlah sejak melahirkan dan sejak ada Firash ni memang boleh bilang dengan jari ber”dating” menonton filem di pawagam. Adalah, bukan tak ada, beberapa kali yang jumlahnya tak lebih dari sepuluh filem dalam setahun. Diulangi, tidak lebih dari sepuluh filem dalam setahun. Uhuksss, itu dah kira sikit sangat dah tu bagi seseorang yang memang rajin keluar masuk panggung selama ini. Wakakakaka… Aktiviti masa senggang yang semakin kurang dilakukan setelah mempunyai anak seorang. Iyalah, saat anda buat UPT dan mendapati diri anda telah hamil, anda tahu ianya akan merubah kehidupan anda seketika sehinggalah ke satu-satu saat. He he he… (tunggu sikit hari lagi bila dah besar lagi sikit).

Tiba-tiba hari ni, kesiannn…baru hari ni tau nih… Agaknya orang lain dah lama tau…He he he… Melalui sumber di SINI 

Seperti yang kita tahu, anak-anak sangat sukar untuk duduk diam, berlari ke sana-sini apabila bebas dibawa berjalan keluar rumah. Gusar keletah mereka boleh mengganggu orang lain, ramai ibu bapa yang tidak dapat bersantai menonton wayang di pawagam dan memilih untuk melupakan hasrat ke panggung wayang.

Mengambil kira kehendak ibu bapa yang mahu menikmati bersama keluarga ke pawagam dan masih boleh membawa anak kecil mereka, TGV Cinema telah memperkenalkan pawagam khas untuk keluarga anak-anak kecil untuk meluangkan masa menonton filem di panggung wayang. Anda tidak perlu takut sekiranya anak-anak anda mahu menjerit, berlari, bertanya dan membuat apa sahaja, kerana inilah keistimewaannya yang diberi oleh TGV Cinema. Selain dari itu, TGV Cinema juga turut menyediakan tempat untuk menukar lampin di dalam pawagam bagi ibu bapa yang datang bersama bayi.


Sesi untuk bersama keluarga ini dibuka setiap hujung minggu pada jam 11 pagi di TGV One Utama, Sunway Pyramid, Encorp Strand Mall, Jaya Shopping Centre, AEON Cheras Selatan, AEON AU2 Setiawangsa, AEON Bukit Raja dan AEON Rawang.


Peraturan Yang Perlu Ibu Bapa Patuhi Bagi Memastikan Kesejahteraan Bersama Adalah:
  • KANAK-KANAK DIBENARKAN UNTUK BERTANYA “KENAPA”?
  • KANAK-KANAK BOLEH MENJERIT DAN BERTERIAK SEPUAS-PUASNYA.
  • KANAK-KANAK BOLEH BERKENALAN DENGAN KAWAN BARU. 
  • KANAK-KANAK DIBENARKAN BERKELIARAN DI DALAM PAWAGAM.
  • IBU BAPA DIMINTA UNTUK TERUS KE TANDAS UNTUK SEBARANG PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BENDA-BENDA BASAH KECUALI AIR MATA.

Harga Tiket:

RM5.00 untuk kanak-kanak dari 3 hingga 12 tahun (percuma bagi bawah 3 tahun).

RM10.00 untuk dewasa (maksimum 2 orang anak untuk seorang dewasa)

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari:


*Kalau bawa Firash ni kannn...he he he...Entah macam mana reaksi dia...Entah tenang entah tidak nak menonton... Nanti filemnya ke mana, Ash ke mana... Muahahaha...Sedar-sedar jer dah habis dah... ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alamak.. cambest je..tp cam menganggu jugak x concerntrate nak tengok..hahaha... cite kartun boleh laa kot

    ReplyDelete
  2. Huhu..Sy dh pergi...Kalo Ash suka tgk movie boleh try pegi...X gelap..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !