![]() |
Sumber dari Google |
Berita baik untuk ibu bapa
yang mempunyai anak kecil dan ingin menonton wayang sebagai aktiviti keluarga!
He he he… Menari-nari dalam hati Mommy Ash kan? Al-maklumlah sejak melahirkan
dan sejak ada Firash ni memang boleh bilang dengan jari ber”dating” menonton filem
di pawagam. Adalah, bukan tak ada, beberapa kali yang jumlahnya tak lebih dari
sepuluh filem dalam setahun. Diulangi, tidak lebih dari sepuluh filem dalam
setahun. Uhuksss, itu dah kira sikit sangat dah tu bagi seseorang yang memang
rajin keluar masuk panggung selama ini. Wakakakaka… Aktiviti masa senggang yang
semakin kurang dilakukan setelah mempunyai anak seorang. Iyalah, saat anda buat
UPT dan mendapati diri anda telah hamil, anda tahu ianya akan merubah kehidupan
anda seketika sehinggalah ke satu-satu saat. He he he… (tunggu sikit hari lagi
bila dah besar lagi sikit).
Tiba-tiba hari ni, kesiannn…baru
hari ni tau nih… Agaknya orang lain dah lama tau…He he he… Melalui sumber di SINI…
Seperti yang kita tahu,
anak-anak sangat sukar untuk duduk diam, berlari ke sana-sini apabila bebas
dibawa berjalan keluar rumah. Gusar keletah mereka boleh mengganggu orang lain,
ramai ibu bapa yang tidak dapat bersantai menonton wayang di pawagam dan
memilih untuk melupakan hasrat ke panggung wayang.
Mengambil kira kehendak ibu
bapa yang mahu menikmati bersama keluarga ke pawagam dan masih boleh membawa
anak kecil mereka, TGV Cinema telah memperkenalkan pawagam khas untuk keluarga
anak-anak kecil untuk meluangkan masa menonton filem di panggung wayang. Anda tidak perlu takut sekiranya
anak-anak anda mahu menjerit, berlari, bertanya dan membuat apa sahaja,
kerana inilah keistimewaannya yang diberi oleh TGV Cinema. Selain dari itu, TGV
Cinema juga turut menyediakan tempat untuk menukar lampin di dalam pawagam bagi
ibu bapa yang datang bersama bayi.
Sesi untuk bersama keluarga
ini dibuka setiap hujung minggu pada
jam 11 pagi di TGV One Utama, Sunway Pyramid, Encorp Strand Mall, Jaya Shopping
Centre, AEON Cheras Selatan, AEON AU2 Setiawangsa, AEON Bukit Raja dan AEON
Rawang.
Peraturan Yang Perlu Ibu Bapa Patuhi Bagi Memastikan
Kesejahteraan Bersama Adalah:
- KANAK-KANAK DIBENARKAN UNTUK BERTANYA “KENAPA”?
- KANAK-KANAK BOLEH MENJERIT DAN BERTERIAK SEPUAS-PUASNYA.
- KANAK-KANAK BOLEH BERKENALAN DENGAN KAWAN BARU.
- KANAK-KANAK DIBENARKAN BERKELIARAN DI DALAM PAWAGAM.
- IBU BAPA DIMINTA UNTUK TERUS KE TANDAS UNTUK SEBARANG PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BENDA-BENDA BASAH KECUALI AIR MATA.
Harga Tiket:
RM5.00
untuk kanak-kanak dari 3 hingga 12 tahun (percuma bagi bawah 3 tahun).
RM10.00
untuk dewasa (maksimum 2 orang anak untuk seorang dewasa)
Untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari:
*Kalau bawa Firash ni kannn...he he he...Entah macam mana reaksi dia...Entah tenang entah tidak nak menonton... Nanti filemnya ke mana, Ash ke mana... Muahahaha...Sedar-sedar jer dah habis dah... ;-)
alamak.. cambest je..tp cam menganggu jugak x concerntrate nak tengok..hahaha... cite kartun boleh laa kot
ReplyDeleteHuhu..Sy dh pergi...Kalo Ash suka tgk movie boleh try pegi...X gelap..huhu
ReplyDelete