“Trustworthy, Reliable &
Fast!!!”. Ini bukan “statement” untuk membodek atau mengah-gahkan tetapi ini
adalah “statement” berdasarkan pengalaman sendiri. :-).Sebab tu orang kata, kalau
nak mencari laman web jual beli di atas talian, carilah yang sudah sememangnya
terbukti diyakini ramai. Bukan apa, jika silap pilihan boleh jadi macam-macam
kes. Banyak dah yang kita baca dan tonton di televisyen, di mana, beli barangan
dari satu-satu laman web jualan atas talian selepas itu barangan tak kunjung
tiba.
Farah jenisnya kalau tak
betul-betul yakin, memang tidak akan membeli dari satu-satu laman web jualan
atas talian. Farah boleh jadi berfikir 20-30 kali macam tu. Suka membeli-belah
jika poket tebal sedikit (pssstt… kalau tebal sedikit jer…kalau tak tebal
langsung, cuci mata jer…ahaksss…) akan tetapi cerewet bila membeli-belah di
atas talian. Sangat-sangat cerewet. Bukanlah jenisnya yang pantang nampak terus
klik sana, klik sini, klik sana, klik sini, sampaikan tiba-tiba tau-tau jer…akaun
bank dah susut… Huwaaaa, nangis oooo kalau macam tu.
Cantik tak? 2 pasang jam tangan
yang didapatkan dari ZaloraMY??? 15.03.2016 menghabiskan
masa semalam suntuk “browse” apa yang Farah nak berbekalkan RM100.00…:-). Akhirnya mengambil
keputusan untuk menambah 2 pasang jam tangan di dalam koleksi Farah. Sebabnya?
Farah kan seseorang yang “fond to accessories”? Tidak kira sama ada jam tangan,
gelang tangan, rantai aksesori…Memang Farah suka sangat kumpul, ooopsss
termasuk beg tangan dan kasut serta baju semenjak dari sebelum kelahiran Ash
sehinggalah Ash dah berusia 2 tahun 3 bulan nih. :-).
15.03.2016, mencari apa yang nak,
menempah dan dengan sepantas kilat semalam 16.03.2015 pihak ZaloraMY telah
melakukan penghantaran. Memang pantas! “Thumbs up!”… Macam nilah servis yang
baik…Ha ha ha…Sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang lara menanti dokumen
yang tak kunjung tiba sepertimana yang telah diceritakan di dalam entri
baru-baru ini… Entri mana tu? Ha ha ha…Boleh rujuk di SINI.
Apa pun terima kasih pihak ZaloraMY
di atas servis yang memuaskan hati pelanggan yang cerewet dan mementingkan
kecepatan ini…:-)...Ngeee…
Nak beli sesuatu di atas talian? Carilah ZaloraMY! ;-).
cik akak baru je beli jam kat lazada farah,,,zalora memang tempat cik akak berbeli barangan online..
ReplyDeleteWahh..cantik Farah :))
ReplyDeletecantiknya!
ReplyDeleteCantik jam tu farah..
ReplyDeleteMmg kena cari yg dah stabil di online baru berani beli..
cantik..pandai farah pilih ye
ReplyDeletecomei..
ReplyDeletebanyak rm100 tu!! bestnye kalau dpt voucher.. hehe
ReplyDelete