Sudah Pandai Memilih Pakaian!!!

Farah Waheda Wahid
2
Orang dah besar… Orang dah pandai memilih apa yang dia mahu… Macam tulah gayanya yer tak? Ekekekeke… Cerita bila anak sudah pandai memilih pakaian. J. Bukan Farah saja yang mengalami situasi ini sewaktu di dalam proses anak membesar, ada juga ibu bapa lain yang melalui situasi serta pengalaman yang sama atau yang hampir serupa kan? Kadang-kadang anak-anak ni ceritanya lebih kurang jer, cuma yang itu mungkin terlebih ceritanya bahagian yang ini, yang ini mungkin terlebih ceritanya bahagian yang itu. Macam tu lah. Salah satu perkara yang tidak mustahil dialami oleh ibu bapa.

Kadang-kadang tu bukanlah tidak mahu memberi kebebasan kepada dia untuk memilih pakaian sendiri kan? Cumanya kalau dah terjadi seperti video di bawah ni? Baju warna coklat air, seluar warna biru laut… Uhuksss…Kan tak kena gayanya tu? Nak ditukar dah tentu-tentu dia akan “Ashooooo!”… Bunyi suara dengan nada khas dia tu, sambil mulut menjuih boleh diikat riben dan juga jari telunjuk menunjuk ke arah yang entah mana-mana… Maksud perbuatan atau perlakuan itu adalah… “Amboiiii!”… Menuju kepada kita balik…Ha ha ha… Ash oh Ash…


Sebenarnya kannn? Ni nak cakap ni, biar jer anak-anak nak pilih pakaian mereka sendiri sebab perkara ini memberikan impak yang positif kepada perkembangan anak-anak secara tidak langsung. Kenapa? Meh sini nak cerita sebab musababnya. Nak dijadikan asbab:

Menandakan Anak Berani Untuk Mengekspresikan Diri

Jika anak lebih senang memilih sendiri pakaian yang hendak dipakai, itu adalah hal yang POSITIF. Diulangi, ianya adalah satu perkara yang POSITIF. Ini disebabkan dengan memberi kebenaran anak-anak kecil untuk memilih dan menggayakan pakaian mereka sendiri, ianya secara tidak langsung mendorong anak-anak  untuk berani mengekspresikan diri bersesuaian dengan karakter mereka. Anak yang kebiasaannya memilih baju sendiri dan menentukan baju pilihannya mempunyai rasa percaya diri yang tinggi.

Membantu Anak Untuk Mengembangkan Diri
Anak akan merasa disayangi (salah satu caralah nak buat anak-anak rasa disayangi) kerana kita sebagai ibu bapa mereka fikirkan boleh menerima mereka apa adanya. Yang membantu perkembangan adalah, bila mana kita memberikan kebebasan untuk mereka memilih pakaian mereka sendiri, kita secara tidak langsung mendorong mereka untuk belajar membuat keputusan sendiri. Mungkin bukan sekarang untuk mereka membuat keputusan sendiri tetapi di masa akan datang. Di masa depan.

Belajar Untuk Berunding
Sewaktu kita membenarkan anak-anak untuk memilih dan menentukan pakaian yang mereka ingin pakai atau gayakan, anak juga boleh belajar untuk berunding (negotiation skills). Ketika anak menolak pakaian yang kita pilihkan untuk mereka, tanyakan kepada mereka apakah alasannya mereka tidak mahu memakai pakaian yang kita pilih? Kalau memang terbukti alasan mereka cukup relevan atau boleh diterima pakai, biarkan saja mereka memakai baju pilihan mereka, kalau tidak… runding dan runding sehingga berjaya membuat mereka ingin memakai baju yang kita pilihkan. Kemahiran untuk berunding dapat diasah sejak awal supaya anak berani mengeluarkan pendapat sendiri.

Membantu Anak Untuk Berdikari
Bila kita dah biasa melatih mereka atau membiarkan mereka memilih pakaian mereka sendiri, kita juga membantu anak untuk jadi lebih berdikari. Yakni, biarpun kita tiada di sisi sewaktu mereka sedang memilih pakaian, mereka tahu pakaian mana yang harus mereka pilih dan pakai mengikut apa yang mereka mahu. Kadang-kadang kita ada kerja rumah lain lagi yang nak diselesaikan kan?

Video dari laman Instagram Farah tu satu contoh, Ash pilih pakaian dia sendiri. Gambar di bawah ini pula pun, adalah satu contoh di mana Ash memilih sendiri pakaian dia. Yang kedua ni oklah sikit kan “taste” dia…Ha ha ha… J.


Bab belajar memakai pakaian sendiri? Haaa, tu nanti ada juga cerita tu…Sebab rasanya dah boleh mula dah perlahan-lahan ajar dia cuba untuk memakai pakaian sendiri. J. Dah besar kan? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Qaisara pun dh pandai pilih baju sendiri..Nak cantik katanya..huhu

    ReplyDelete
  2. ohhh dah bujang dah Ash yer.. pandai nak pilih baju sendiri..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !