Topik
tentang Iman Firash hari ini, Semakin Hari Semakin Manja. Iya, terlebih-lebih
manja dah nih! Tapi tak adalah sampai peringkat tidak boleh dilarang atau tidak
boleh ditegur langsung. Masih “manageable”. Manja itu kan tidak salah? Asalkan
manja itu adalah bertempat yer tak? Kalau manja tidak bertempat itu, itu
bermakna adalah anda sedang merosakkan anak anda dan anda sedang menempah
perkara-perkara yang boleh buatkan anda susah hati dan tidak tidur malam di
masa akan datang. Manja memang perlu ada hadnya. Manja memang perlu ada
batasnya. Walaubagaimanapun, untuk Iman Firash, manja tetap manja, tetapi didik
tetap didik. Sama seperti ibu bapa lain di luar sana yang suka memanjakan
anak-anak masing-masing. :-). Yang tak
suka nak manja-manjakan tu, mungkin itu adalah cara anda mendidik. Iyalah, cara
dan corak didikan ibu bapa ni berbeza-beza, tidak sama, tidak serupa.
Apa
yang manja sangat ni Ash? Ermmm… Inilah ni, dah beberapa malam kalau dia nak
tidur, dia akan merengek-rengek manja tak bagi Mommy dia baring! Habis tu dia
nak apa? Dia nak Mommy dia duduk, pandang dia, usap-usap dahi dan rambut dia,
tepuk dia sampailah dia tidur. Ha kooo… Adoilahhh anak…”Not a chance ok?” untuk
Mommy luruskan pinggang atau terlelap. Memang kena betul-betul tunggu dia lena
baru boleh luruskan pinggang dan melelapkan mata. Dush dush dush…
Lagi
satu insiden, asal nampak muka Mommy jer, tak boleh berenggang… Sama ada duduk
di antara peha dan melembik-lembikkan badan (nak suruh Mommy pegang badan dia
yang dilembik-lembikkan tu) sambil memanggil… “Mommy…Mommy…” atau dengan
singkatan “Mee…Mee…”…. Mommy nak naik mandi, solat segala bagai, menangis… Kena
tunggu dia leka bermain, perlahan-lahan Mommy dia ni terjengket-jengket naik ke
atas dengan harapan dia tak sedar. Kalau dia sedar? Habislahhh…Kena turun anak
tangga balik… Kena buat cubaan yang seterusnya…
“Out
of sudden, out of nowhere”… “Mommy, ukungg…” ~ Mommy dukung??? Ha ha ha, tiada
alasan atau surat menyurat rayuan yang boleh diterimapakai oleh Ash. “When he
says… ukunggg”…Bermakna harus dukung “no matter what”. Salahkah ibu bapa
terlalu manjakan anak? Tidak salah memanjakan anak. Sebanyak mana pun nak
manjakan anak, manjakanlah… Cumanya jika kita terlalu memanjakan ianya kelak
akan memakan diri sendiri. Itu jer perkara yang harus diingat.
Menurut
satu artikel yang menarik perhatian Farah di SINI.
Sifat manja adalah sifat semulajadi dalam berkasih sayang. Ibu dan bapa secara
nalurinya akan memanjakan anak-anak dengan cara menimang-nimang, bergurau
senda, bermain-main, berkejar-kejaran dan sebagainya. Si anak-anak pula sejak
bayi lagi pandai merengek manja dan meminta dibelai. Apabila besar sedikit,
disondol-sondol pula ibu atau bapa dengan penuh manja. Ha ha ha…:-). Sangatttt… Apabila semakin besar, si anak
comel itu makin pandai memanggil ibu dan bapa dengan sungguh mesra dan
menggoda.
Maka
panggilan itu disahut pula dengan panggilan yang penuh manja. Macam dalam kes
Ash dan Farah… Ha ha ha… “Ya sayanggg…”… Gittew. Bahkan anak-anak ini
kadang-kadang menangis manja minta disantuni dan diberikan perhatian. “Attention
seeker” diaorang ni…Ha ha ha… Maka datanglah ibunya mendakap manja bagi memujuk
anak yang syahdu itu. Demikianlah sifat kemanjaan dalam cinta keluarga.
Sifat Manja Adalah Sifat
Manusiawi
Jika
tiada, maka gersanglah tabiat kemanusiaan. Ia perlu dipupuk dan digunakan untuk
membajai kasih dan merapatkan cinta dalam keluarga. Namun, manja memang indah tetapi dalam indah ada pahitnya. Kemanjaan akan
membawa punah jika ia keterlaluan. Tanpa disedari ibu dan bapa mungkin akan
merosakkan anaknya jika mereka terlalu memanjakan anak.
TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN
KEMEWAHAN MELAMPAU
Memberikan
apa sahaja yang diingini oleh anak-anak tanpa batas. Kesannya anak-anak akan
merasakan bahawa hidup ini terlalu mudah. Mereka tidak akan memahami keperluan
untuk berusaha gigih bagi mencapai sesuatu impian. ~ Ini memang taklah. Bak pesan Nek Ma Ash…Jangan biasakan!
TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN
TIADA DISIPLIN
Kasih
sayang sepatutnya tidak menjadikan ibu bapa alpa untuk mendisiplinkan anak-anak.
Apabila menyentuh soal disiplin, ibu bapa perlu bertegas dan tidak memanjakan
anak dengan menggadai prinsip. Bertegas tidak bermakna menggunakan cara keras
tetapi berprinsip dan jelas.
TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN
TIDAK MEMBERIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Kadang-kadang
terdapat ibu bapa yang terlalu kasihankan anak-anak sehingga enggan memberikan
tugas dan tanggungjawab kepada anak-anak. In Shaa Allah, tak…Ash akan ada tugas
dan tanggungjawab dia yang tersendiri nanti. Hik hik hik. Hatta, tugas-tugas
mudah seperti mengemas bilik, menyapu sampah dan membasuh pinggan tidak disuruh
anak-anak melakukannya. Padahal tugas sebegini penting kepada mereka untuk
berdikari. “It’s what you called as the life skills”.
Anak-anak
yang menginap di asrama sekolah biasanya akan terlatih dengan tugas dan
tanggungjawab seharian. Walaupun setiap ibu bapa terasa berat untuk melepaskan
anak daripada menghuni rumah sendiri, namun demi kebaikan anak-anak, perasaan
gusar itu perlu disingkirkan. Biar anak merasai sendiri, pengalaman mengemas
bilik, membasuh, melipat dan menyusun pakaian, menyusun meja belajar dan
menguruskan masa dengan berhemah.
TERLALU BERGANTUNG DAN TIDAK
MAMPU BERDIKARI
Semakin
anak membesar, semakin banyak yang perlu anak-anak berdikari, sama ada dalam
soal pendidikan, hubungan sosial, kewangan dan pengurusan diri. Kasih dan
sayang ibu bapa tidak seharusnya menyebabkan latihan berdikari ini diabaikan.
Anak-anak perlu didedahkan dengan reality sebenar kehidupan kerana cabaran dan
persaingan hidup masa depan tentu lebih hebat dan mencabar.
TIADA KETAHANAN JIWA
Anak-anak
perlukan ketabahan, keteguhan perasaan dan ketahanan jiwa. Jiwa kena kental tau
Ash! Sekali-sekala mereka perlu rasa kesusahan dan kesulitan yang biasa
dihadapi dalam hidup manusia. Sekali-sekala biarlah anak-anak merasai kesusahan
yang biasa dialami oleh orang lain. Galakkan anak-anak mengikuti
program-program seperti kem, tamrin atau kursus kepimpinan supaya keteguhan
jiwa anak semakin kuat.
Dan
sebenarnya, latihan ibadah dalam Islam juga mempunyai ciri-ciri yang dapat
membina kekuatan jiwa, agar anak-anak tidak terlalu lemah dan manja. Contohnya
ibadah berpuasa satu latihan hebat yang menjadikan anak-anak teguh semangat,
punya keyakinan diri, membara keazaman dan sanggup menggendong amanah. Keazaman
anak-anak untuk menahan diri daripada makan dan minum serta kesanggupan mereka
untuk menanggung keletihan secara sukarela merupakan satu latihan yang efektif.
Tidak
terlalu memanjakan pula bukan bermakna anda boleh mengabaikan kebajikan
anak-anak. Tidak juga bermakna mereka perlu dimarahi dan diabaikan. Hakikatnya,
mereka amat perlukan belaian dan kasih manja. Cuma kasih manja itu biarlah
sesuai dan tidak melampau-lampau. Bahkan sebaliknya sikap sesetengah ibu bapa
yang terlalu keras, tegas tidak bertempat dan tidak mempamerkan kasih sayang
juga boleh menyebabkan anak-anak hilang keyakinan diri. Hal ini berlaku kerana
mereka berasa tidak selamat dan hilang tempat untuk bergantung harap.
Binalah
kekuatan jiwa anak-anak dengan menguatkan jiwanya dengan disiplin,
tanggungjawab dan kemampuan berdikari dan usah terlalu memanjakan mereka,
kerana kemanjaan yang melampau akan merosakkan masa depannya.
*Memang
Ash seorang sahaja, memang Ash tunggal, tetapi itu bukan bermakna Ash
dimanjakan dari segala segenap segi sampaikan tidak boleh ditegur atau
diperbetulkan. J. In Shaa
Allah, kasih, sayang dan manja itu memang akan Ash dapat sentiasa dari Mommy
tetapi??? Tetapi ada batasnya yang Mommy sendiri tetapkan… Semakin Hari Semakin
Manja, Semakin Hari Semakin Mommy Sayang… Gittew… Anak kan? Siapa yang tak
sayang anak yer tak?
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.