Karya hebat
terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion
Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20
Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia.
Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang
menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang
ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan
memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada
17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.
“The Lion Guard”
menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie
Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu
Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan
Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon
alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer
sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.
Berlatar
belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan
bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The
Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”.
Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara
amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri
daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau
yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor
badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang
baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan
bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi
cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.
Sempena pelancaran
filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput
untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman
Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video
mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel
semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!
“The Lion Guard:
Return of the Roar” dan siri “The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran
Disney Junior pada masa akan datang tahun ini.
Ford Riley
(“Special Agent Oso”) telah membangunkan
filem dan rancangan bersiri ini dan menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif.
Howy Parkins (“Jake and the Never Land Pirates”) pula merupakan pengarahnya.
Wah.lion king.cerota kartun yang ada 1001 pengajaran. Tak sabar nak tengok new episode of lion king.
ReplyDeletemenarik je citer nie .. bukan setakat budak je suka ... mak budak pun suka
ReplyDelete