![]() |
Sumber dari Google |
Kakak betul-betul tengah marah nih! Grrrr... Tak sempat tunggu esok ke tulat ke bila ke... Hari ni memang betul-betul mencabar kesabaran betul! Dari semalam lagi kakak ternanti-nanti dokumen penting untuk sampai. Dari semalam jugalah kakak ni dok semak "tracking" secara atas talian. Sepatutnya jika betul-betul boleh jer sampai semalam! Tapi ini tidak... Ko main tolak-tolak! Dari Kapar ke Kuala Selangor, dari Kuala Selangor ke Kapar semula, dari Kapar ke Kuala Selangor, Kuala Selangor ke Kapar! Tak percaya? Nak tengok nih!!!
Dari 11.03.2016 sampailah membawa ke 15.03.2016... Kalau di peringkat awal tu lewat sehari atau dua hari tu faham juga... Sebab ada masalah di peringkat awal. Ini? Dah sampai ke Kapar, kemudian ke Kuala Selangor. Korang main tolak sana tolak sini. Semalam tak sampai, kakak boleh faham lagi oiii... Tapi hari ni masih lagi main tolak sana tolak sini ko rasa? Marah bersebab! Ko ingat murah nak telefon pakai telefon bimbit no bebas tol tu? 3 kali panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan dibuat pada tarikh hari ini.
Pukul 12.00 ++ Tengah Hari
Panggilan pertama dibuat dan semua maklumat telah disahkan betul, siap tinggalkan nombor telefon lagi untuk dihubungi. Ok, tak apa, pertama kali kan? Cakap masih dalam nada bertenang dan bersopan lagi. Dijanjikan PENGHANTARAN AKAN DIBUAT SELEWAT-LEWATNYA HARI INI!
Pukul 5.27 Petang
Sekali lagi panggilan dibuat dan semua maklumat disahkan lagi sekali. Untuk "follow up"... Dan dimaklumkan bahawasanya PENGHANTARAN AKAN DIBUAT SELEWAT-LEWATNYA HARI INI DAN WAKTU PENGHANTARAN ADALAH SEHINGGA 6.30 PETANG! AKAN DIPASTIKAN AKAN DIHANTAR HARI INI JUGA! Amboiiii, janji manismu betul!
Pukul 6.20 Petang
Sepertimana yang disemak di laman web "tracking" yang telah disediakan, dinyatakan PENGHANTARAN TIDAK BERJAYA DILAKUKAN. "What do you mean???". 2 kali kot kakak dah telefon dan "follow up".... Senang-senang ko kata pukul 6.20 petang penghantaran tidak berjaya dilakukan. Ko tau tak dah berhari-hari dah dokumen tu terapung-apung entah mana? Kakak dah maklumkan yang dokumen tu sangat penting dan mesti sampai hari ini juga... "By hook or by crook"... Memang menguji kesabaran betul!
Pukul 6.45 - 7.30 Petang
Dengan rasa bengang tahap gaban... Telefon lagi sekali ke Pusat Khidmat Pelanggan POSLAJU... Haaa, bahagian ni mulalah kakak bebel kan? Kali ini memang agak lama... Melambunglah bil telefon kakak nih telefon talian bebas tol tu! Dahlah rakyat marhaen! Korang ni betul-betul menduga tau tak?
Diberitahulah yang memang gagal lakukan penghantaran hari ini... POSLAJU pun dah tutup. Yer tau dah tutup! Tapi dah bagi tau dari awal dan korang pun dah berjanji sebanyak 2 kali kan? Senang-senang 6.20 ko kata penghantaran gagal. Siap tanya dokumen apa... PENTING, SULIT, "URGENT", "IMPORTANT" faham ke idak? Korang rasa apa yang perlu korang lakukan bila kegagalan di pihak korang siap dengan main tolak sana tolak sini?
"Do you think that you should extend your operation hours, the delivery hours to longer hours? In order to be really responsible for your job? Especially on URGENT documents or parcels?"...
Akhir sekali jawapannya... ESOK PAGI, "FIRST THING IN THE MORNING!" KATA KO, 16.03.2016 PENYERAHAN AKAN DILAKUKAN DENGAN NOTA SERAHAN TANPA GAGAL.
Tak telefon tak apa, tak ada makluman tiba-tiba ko pergi kemaskini status SERAHAN GAGAL... Amboi-amboi senang jer yer? Dah lah korang pengap lama sampul tu! Ha kan dah royan dah!
*"Well" royan macam mana sekali pun memang takkan dapat sampai hari ni...Tapi "this is more towards frustration" kepada tahap servis yang disediakan dan "you know the thingy when you are expecting something REALLY REALLY URGENT?" kalau tak "urgent" tak apa, ko ambillah selama mana pun... Tapi mana ada orang yang tak nak barang atau dokumen mereka sampai kan?
"Dearie POSLAJU... I should really think that you should do something about your service and you should have a contigency plan when such things like this happen as you are the service provider. You are exist because the people need you, and the people rely on you to do your job. So, in this kind of circumstances you should have a backup plan on how to solve this issue in the most speedy manner for the sake of your customer satisfaction towards your service!"...
*Bukan niat memburukkan tetapi sekurang-kurangnya lakukanlah penambahbaikan terhadap tahap servis yang ada... Kita tidak tahu betapa pentingnya sesuatu yang dihantar itu dan betapa sesuatu yang dihantar itu sangat-sangat diperlukan oleh penerima... Jadi tolonglah jangan bagi "this kind of service"... haihhhh.... Tunggu esok pagi dengan sabar...
Memg btl2 mguji kesbrn tu sis..kat semenanjung yg dkt pun berhari2 diorg nak hntr padahl poslaju katanya.aduii klau lya pun dah sah2 naik angin
ReplyDeleteuih..jauh tu barang tu berjalan ek,,,
ReplyDeletehaishhh...lamanya ni...memang poslambat! huk huk
ReplyDeletesama lah saya kak..barang xsampai rumah lagi,,nk dekat seminggu..last2 kena amik barang tu kat poslaju kuala selangor. sabar jela.
ReplyDeletememang stress kalau tunggu barang lambat sampai. nak2 kalau document penting
ReplyDelete