Perkara Yang Anda Perlu Tahu Setelah Anda Hamil...

Farah Waheda Wahid
2

Ini jerlah gambar "baby bump" Ash yang ada dalam simpanan. #ehhh rasanya ada lagi kot? Ada-ada, ada 3-4 keping lagi. Memang tak simpan gambar sendiri ber"baby bump" sewaktu hamilkan Ash dan memang sangat-sangat jarang kongsi kot sewaktu Farah hamilkan Ash. Alaaa, perut yang muncit jer pun, bukannya sesuatu yang luar biasa dan tak ada apa yang nak dibanggakan. Bezanya muncit itu berisi dari muncit kosong. Ha ha ha... Kenangan... Sewaktu usia kandungan berusia 5 bulan. Memang tak besar perut Farah sewaktu hamilkan Ash. Kecik jerrr... Jalan pun laju jer... Rasa macam ada belon jer kat perut... 

Dah kenapa bercerita tentang hamil-hamil ni? Sajaaaa... Bukannya ada apa-apa pun, sebab terasa nak bercerita jer... Dan teringat tentang sesuatu perkara jer yang mungkin bermanfaat jika dikongsikan bersama. Pada yang nak ambil "input" silakan, pada yang rasa entri ni ibarat "sampah", abaikan... Farah sekadar berniat ingin berkongsi sahaja. 

Macam ni ceritanya, mengetahui dan disahkan diri hamil itu memang adalah satu perkara yang sangat membahagiakan perasaannya. Entri ni akan "apply" kepada mereka yang tidak ada "coverage" untuk kehamilan (ada majikan yang tidak "cover" pemeriksaan kehamilan dan ada yang ada), tidak ada elaun bersalin dari majikan ataupun bekerja sendiri. :-). Ngeee...Bagi yang "cover" serba-serbi tu, huntunglahhh... Tapi sampai anak no.5 jer yer? Lebih pada tu rasanya tak? Tapi kalau ada majikan yang "cover" serba-serbi sehingga anak ke sepuluh tu lagi huntunggg! 

Berbalik kepada topik dan kepada siapa entri ini "applies"... :-). Bila anda mengetahui atau disahkan anda telah hamil, sila ambil tahu beberapa perkara ini. 

YURAN PEMERIKSAAN KEHAMILAN
Biasalah bila dah hamil ni, setiap bulan akan ada pemeriksaan kehamilan. Rutin pemeriksaan kehamilan yang biasa dilalui oleh semua ibu-ibu hamil tu. Anda boleh memilih sama ada untuk pergi ke hospital kerajaan, klinik kesihatan ataupun hospital swasta. Macam Farah dulu, Farah telah memilih Hospital UMRA Shah Alam. Setiap bulan memang ke situ. Memang kena sediakan sekurang-kurangnya RM 150.00 sebulan untuk yuran pemeriksaan kehamilan. RM 150.00 di darabkan dengan kekerapan pemeriksaan. Lagi nak dekat tempoh waktu  bersalin, lagi kerap pergi pemeriksaan ok? Nak nak lagi macam kakak yang ada komplikasi nih...Phewww...Ha ha ha... Kalau tak silap dekat RM 2,000.00 juga hanya untuk pemeriksaan. Semua dari "own pocket money" yer... Syarikat tak "cover".

BUKU BIRU, BUKU "PINK"
Farah dulu sewaktu hamilkan Ash cuma ada buku biru sahaja. Tak ada buku "pink" dan tak buat buku "pink" pun. Langsung-langsung tak buat. Sebenarnya adalah lebih baik anda buat buku "pink" tu sebagai persediaan sekiranya apa-apa. Itu nasihat doktor. Cuma waktu tu Farah MALAS... Ha ha ha...Besar-besar Farah taip perkataan itu. Memang tak buat langsunglah. Tawakal jer lah kalau apa-apa pun. 

DEPOSIT BERSALIN
Jika anda dah tetapkan memilih untuk bersalin di hospital swasta dan anda tidak mempunyai sebarang "coverage" untuk itu dari majikan sepertimana di dalam kes Farah dulu, kerana majikan yang Farah bekerja pada waktu itu sememangnya tidak mempunyai polisi itu. Adalah diingatkan bahawasanya, anda perlu mula menyimpan deposit untuk bersalin seawal anda mengetahui anda hamil. Senang nanti nak uruskan urusan bersalin. Macam Farah dulu, bila tahu hamil jer, terus bertanya berapakah deposit bersalin di Hospital UMRA. Deposit yang Farah perlukan dulu adalah RM2,500.00 pada waktu dan ketika itu. Sekarang ni rasanya dah naik dah yuran deposit tu. Rasanya lebih lagi. Jadi eloklah bawa-bawa semak dengan hospital swasta yang anda dah pilih untuk bersalin itu, berapakah jumlah bayaran deposit yang diperlukan. 

DEPOSIT TABUNG DARAH
Owhhh, ini tidak "apply" kepada semua orang, cumanya adalah lebih baik sekiranya anda bersiap-sedia, biar lebih dari terkapai-kapai mencari sewaktu sibuk nak bersalin. Ini sebenarnya "apply" kepada Farah. Farah perlu membayar deposit untuk tabung darah sebanyak RM 300.00 disebabkan oleh komplikasi Farah. Degil kan? Orang suruh bersalin kat Hospital Sungai Buloh, berkeras juga nak kawan sendiri yang sambut dan nak juga bersalin di Hospital UMRA. Berkeras dan percaya kepada Allah dan percaya kepada kebolehan serta kepakaran kawan itu. :-). Alhamdulillah, Allah izinkan. Tu sebab kena bayar deposit untuk tabung darah supaya ada "supply" sekiranya berlaku apa-apa sewaktu proses kelahiran tu. Takut-takut kehilangan banyak darah. 

PERBELANJAAN TAMBAHAN UNTUK SUNTIKAN TAMBAHAN
Siapa yang ambil suntikan epidural tu mungkin telah dimasukkan sekali di dalam pakej bersalin tu kot? Entah? Farah tak pasti, sebab Farah tak diberikan epidural, "gynae" memang tak "encourage" dan memang tak bagi pada waktu itu. Farah cuma diberikan bius biasa sahaja. Cumanya, ini kalau-kalau berlaku kes di mana anda perlu mendapatkan suntikan tambahan seperti suntikan Dexamethasone ke? Untuk mematangkan paru-paru bayi seperti Ash dulu yang mana Mommy dia dua hari berturut-turut sebelum masuk bilik bedah kena ambil suntikan ini di peha kiri dan peha kanan. Siap sediakanlah lebih kurang dalam RM500.00 ke? 

BARANGAN BAYI
Dah hamil, tentu-tentulah nak kena siap sediakan barangan bayi kan? Takkan bayi lahir tak ada apa-apa persiapan. Dari baju, botol susu, alat mandian, kelengkapan segala bagailah. Macam Farah dulu, disebabkan awak tak mampu kan? Setiap bulan beli sedikit, setiap bulan beli sedikit. Tergodek-godeklah dengan Nek Ma Ash setiap akhir bulan pergi ke kedai barangan bayi dan beli sedikit-sedikit. Bulan ni beli 3-4 barang, bulan depan beli lagi 3-4 barang. Beli berperingkat-peringkat. Alhamdulillah, "by the time" lahir tu dah lengkap kelengkapan Ash, cuma sikit-sikit jer yang tak lengkap dan ditambah kemudian. :-). Rezeki Ash. Yang itu, Lebih kurang RM300.00 sebulan sehingga waktu kelahiran. Cincai kita kira RM 2,400.00 lah semuanya. Lebih kuranggg... Tapi taklah sebanyak itu. Itu anggaran. Iyalah anak pertama, bukannya boleh pakai barang turun temurun dari adik-beradik sebelumnya yer tak? Jadi perbelanjaan tu terlebih sedikit. 

Errrr... Ni cerita tentang duit ek? Haaa, yerlah, tentang perbelanjaan kehamilan... Bha ha ha... Sambung lagi... 

YURAN TUKANG URUT DAN MANDIKAN BAYI
Dulu-dulu tak pasti berapa, tetapi sewaktu kelahiran Ash, sehari RM50.00. Boleh pilih sama ada nak 3 hari berturut-turut atau nak 7 hari berturut-turut atau nak 14 hari berturut-turut. Farah dulu mana boleh nak urut sangat oiii, nama pun belah perut. Makanya, cuma 3 hari tempohnya. RM150.00. 

SUPPLEMEN TAMBAHAN ATAU JAMU
Siapa yang makan set jamu bersalin tu, makan set jamu bersalinlah yer tak? Macam Farah, jujur tak... Ha ha ha, makan jeli gamat jer. Pati ikan haruan pun idak. Uihhh idak lerrr teman lalu, walaupun dah ada yang moden. Memang makan jeli gamat. Yang ini kena siap sediakan lebih kurang "more or less" RM200.00. 

Semua sekali kosnya adalah adalah lebih kurang RM8,050.00 secara pengiraan kasarnya... untuk kos-kos yang telah dinyatakan di atas. Tapi kalau kira kali kedua, dengan yuran bersalin secara kasar pengiraannya adalah RM9,250.00 semuanya. Ha ha ha, nilai nak mendapatkan Iman Firash tuh... Nak mengeluh ke? Taklah...In Shaa Allah, jangan anggap perkara itu membebankan atau menyusahkan...Allah akan tunjukkan jalannya dan rezeki anak itu pasti ada... :-).... Cumanya, perkongsian ini bukanlah untuk menakut-nakutkan ataupun memeningkan kepala anda di luar sana...Ia sekadar perkongsian supaya realitinya anda tahu yang anda perlu bersedia dengan beberapa amaun sekiranya diri anda didapati hamil atau isteri anda hamil sekiranya majikan tidak "cover" ataupun anda bekerja sendiri... Tu jerrr.... Tak ada niat lain yer...Jangan salah anggap... 

*Itu Hospital UMRA, hospital swasta lain mungkin lebih tinggi... :-)... Kos adalah berbeza-beza kan di setiap hospital swasta.... Sekarang ni, "since GST" dan zaman serba naik, Farah percaya kos perubatan juga telah naik kan? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ya betul...Lepas dpt tau pregnant dulu..baik yg 1st / 2nd..Semua tu kena amik kira kecuali deposit tabung darah.Sy x amik kira..huhu..WAJIB menyimpan setiap bulan smp la hari kelahiran.

    ReplyDelete
  2. kalau ditakdirkan teman pregnant.. confirm blog Farah menjadi rujukan.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !