Susah payahlah Mommy dia ni bawa pinggan yang berisi nasi dan lauk dari dapur...Susah payahlah Mommy dia ni berkejar-kejar masak sebab takut dia lapar... Alih-alih, bila dah siap segala semua dan tiba masa untuk makan, dia boleh sebut "no" nasi??? Sobs,
Firash ni, kalau sekali dia dah kata tak nak, dua kali dia kata tak nak, tiga kali dia kata tak nak, itu bermaksud memang dia betul-betul tak nak. Maka janganlah dipaksa-paksa lagi ok? Ini tak taulah ni sama ada "so the Mommy attitude" atau "so the Abah attitude". Bha ha ha, rasanya dua-dua pun sama jer. Menurun ke anak nampaknya. Sesetengah perkara, makan masa sedikit nak lembut hati.
Errr, seakan masih tak percaya lagi perkataan itu yang terpacul dari mulut Ash untuk memberitahu bahawasanya dia tidak mahu makan nasi. Selalunya kalau tak nak, menggeleng-geleng sambil sebut "no" sahaja. Tiba-tiba ada penambahan perkataan pula yer? Ha ha ha...
Bila dah kata "no" tu, tidaklah nak memaksa benar. Itu keputusan dia bahawasanya dia tidak mahu makan nasi pada ketika dan waktu itu. Maka, hormatkan keputusan dia buat sementara waktu. Ada masanya, kita perlu mendengar apa yang anak ekspresi, apa yang anak luahkan, apa yang anak sampaikan. Situasi begini sebenarnya sedikit sebanyak mengingatkan Farah, bahawasanya kita sebagai ibu bapa juga perlu menghormati keputusan anak di dalam beberapa situasi, keadaan dan perkara sebagaimana kita mahu mereka menghormati diri serta keputusan kita. :-).
Menghormati keputusan anak berdasarkan relevan sesuatu perkara, situasi dan keadaan. Bukan bermaksud, menghormati setiap keputusan anak dan ikutkan sahaja kehendak mereka. Sebelum mengambil keputusan untuk menghormati keputusan anak, kita perlu berfikir dan perlu menimbal baik buruk terlebih dulu. Kemudian, jika kita rasa kita patut akur dengan keputusan anak itu, kita belajar untuk hormati pendirian serta keputusan mereka juga. Kerana? Anak-anak kita juga manusia yang mempunyai suara hati serta pendapat mereka yang tersendiri. Sesekali kita perlu mendengar, sesekali kita perlu menghormati untuk elakkan masalah yang lebih besar berlaku seperti contohnya anak-anak berperang dengan jiwa mereka serta memberontak di dalam hati.
Fikirkan dari pelbagai aspek dan sudut sebelum membenarkan emosi diri kita untuk menghormati keputusan anak-anak. Kena ingat, tidak semua keputusan anak-anak itu positif. Kena lihat kesan jangka panjang. Bak kata orang, jangan sampai mereka memijak kepala ibu bapa mereka sendiri. Selagi ia tidak memudaratkan kita wajar untuk menimbal keputusan mereka sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima. Di dalam masa yang sama, sebenarnya kita melatih anak untuk membiasakan diri untuk membuat keputusan diri sendiri sejak dari kecil untuk masa akan datang kelak. Jika lelaki, mereka bakal menjadi pemimpin dan ketua keluarga. "Well, I just see it as a point of lifeskills learning process".
Ganti dgn mknn lain yg mengenyangkan..
ReplyDeletePandai Ash cakap no nasi yer...
ReplyDelete