Mula Pandai Ekspresi Rasa

Farah Waheda Wahid
4

Bermacam cerita hari demi hari, bermacam perkembangan hari demi hari. 2 tahun 3 bulan, kini sudah mula pandai mengekspresi rasa diri kepada mereka yang berada di sekelilingnya.

SAKIT
“Akit…Akit”…yang bermaksud sakit sambil menunjuk-nunjuk sama ada tangan yang sakit atau kaki yang sakit atau mana-manalah yang sakit. Sudah pandai mengekspresi rasa sakit dan sebenarnya ada kelegaan di situ. Bila anak sudah pandai mengekspresi rasa sakit itu, sekurang-kurangnya jika mereka berada di dalam kesakitan, kita akan tahu di mana sakitnya. Sedikit sebanyak membantu ibu bapa untuk tahu punca jika anak-anak berada di dalam kesakitan.

Perkataan sakit ni pun jadi modal Iman Firash untuk meraih perhatian juga ni.J. Ha ha ha… Selepas mandi dan bermain air, tangan sedikit kecut. Dia akan menunjukkan jari jemari dia kepada Farah kemudiannya mengatakan sakit. Sebenarnya tangan tu main air sampai kecut jer…. Apa yang sering Farah lakukan adalah meniup-niup dan mengelap lembut tangannya. Lepas tu ok dah! Ha ha ha…Pandai tarik simpati dan perhatian sekarang nih!

UUUUU DAN YEKKK
“Uuuu…”… Sebenarnya kalau difahami perkataan yang sebenarnya adalah “Uuuu… Sedapnya”…Seperti gambar yang anda lihat di permulaan entri ini. J. Sudah mula pandai jadi hakim sama ada makanan itu kena dengan tekak dia ataupun tidak. Jika sedap begitulah ekspresi dia. Jika tidak dia akan keluarkan sambil mengatakan… “yekkk” sambil mengeluarkan semula makanan yang telah dimasukkan ke mulut… Phewww… “Demand” ni tentang makan ni…Nak yang sedap-sedap ajer…

FUHHHH… FUHHHHH (HEMBUS MAKANAN)
Jika makanan baru di masak dia akan meniup-niup dengan lagak gaya untuk menyejukkan makanan yang baru sahaja dimasak dan sememangnya panas. Dia tahu makanan itu panas dan jika dimasukkan juga ke dalam mulut itu akan menyakitkan mulut dan lidah. J.

Ekspresi diri adalah aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting. Penting untuk anak-anak sepatutnya boleh meluahkan perasaan, emosi, fikiran dan kreativitinya dengan bebas dan selamat. Menyediakan persekitran yang dipenuhi rasa hormat, kasih sayang dan belas kasihan merupakan cara terbaik untuk membantu anak-anak mengekspresikan dirinya, kerana tanpa ini adalah amat sukar untuk anak-anak meluahkan perasaannya.


Sedari kecil, memang Farah ajar Ash untuk belajar ekspresi diri supaya dia tidak menjadi seseorang yang “always holding something back” dan tidak bersikap keterbukaan dengan Farah di dalam sebarang masalah dia. Didikan hari ini, untuk akan datang. Macam tulah… Sebab? Sebab Mommy nak apa jua yang Ash hadapi, apa jua masalah Ash, Ash jadikan Mommy sahabat baik dan kongsi dengan Mommy “instead of” berkongsi dengan orang lain. Ihiksss… Sebab, Mommy bertanggungjawab ke atas Ash! Sebab? Sebab Mommy kan Mommy Ash? Jadilah Mommy-lah orang yang sepatutnya tahu sakit pening, susah senang, gembira duka Ash… 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hahaha.. swweet je bahasa budak2 kan..

    ReplyDelete
  2. Seronok melayan anak2 yg baru belajar bercakap nih..Silap2 kite pun join dieorg punya language..huhu

    ReplyDelete
  3. Budak kecik yang baru belajar bercakap, ohhh geramnyaaaa... Lagi2 yang petah bercakap.. Nak peluk kuat2 je rasa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !