![]() |
Sumber dari Google |
Aduh…duh…duh…duh… Sewaktu
mula-mula membaca mengenai berita ini, terus terbayang, ouchhh sakitnya!!! Dahlah
yang kena kerat lidah tu kanak-kanak baru berusia 8 tahun. Darjah 2 baru… Terus
terbayang keseriauan akan bagaimana berlakunya perkara ini dan terus teringat
anak kecil yang berusia 2 tahun 4 bulan di rumah tu. Adoilahhh haiii… Tiba-tiba
terus rasa risau yang amat dan bimbang yang amat tentang anak kecil di rumah
tu. Hu hu hu…Moga-moga dijauhkanlah dan dilindungi oleh Allah SWT akan
kejadian-kejadian yang tidak diingini sebegini.
Menurut berita awal yang
dibaca dari sumber di SINI,
media tempatan melaporkan, murid itu yang bersekolah di sebuah sekolah di
Bukit Tinggi, Klang cedera pada lidahnya selepas dikatakan dibuli oleh 5 murid
sekolah tersebut. Aduhaiii, sekarang ni memang ramai kanak-kanak kaki buli ke
apa? Inilah yang merisaukan ibu bapa semua bila anak dihantar ke sekolah. Nak
tak nak kena hantar bersekolah juga kan? Perkara-perkara sebegini sehingga ke
tahap ini, ada kalanya di luar jangkauan dan di luar jangkaan.
Ada juga terbaca yang mangsa,
iaitu Muhammad Alif Shukran dipaksa, disuruh potong lidah dia sendiri dan
disebabkan dia ketakutan dia pun potonglah… Sebab dia takut ditumbuk. Hurmmm…
Tengah membayangkan… Dan terbaca juga yang mak dia, nak dia cepat-cepat
dipindahkan sekolah, serik dan takut kalau berulang kembali. Siapa tak serik
oiii? Siapa tak takut berulang oiii? Dah kena sekali, tak mustahil terkena dua
kali kan? Dahsyat kanak-kanak sekarang ni…
Farah pernah berkongsi satu
entri mengenai Bagaimana
Untuk Mengenal Pasti Jika Anak Anda Dibuli pada tahun 2014 yang lalu…
Dan sukalah kiranya Farah nak berkongsi sekali lagi dengan anda yang membaca
Bubblynotes.Com tentant apa yang dikupas oleh entri ini.
Langkah
Perhatikan Anak-Anak Kita Secara Rapat
- Perhatikan anak-anak kita sewaktu balik dari sekolah, sama ada ada kesan luka, lebam ataupun baju yang koyak.
- Anak-anak kita sangat lapar, berjalan kaki balik ke rumah yang mana berkemungkinan sama ada duit belanja diambil dari mereka ataupun duit tambah bas (kalau naik bas awamlah) dirampas.
- Anak-anak mahu kita yang menghantar mereka setiap hari sehingga ke dalam kawasan sekolah atau sehingga ke kelas setiap hari.
Perhatikan tanda-tanda ke atas sikap dan kelakuan mereka…menyendiri…”moodiness” yang mana anak-anak kita senang bergaduh sesama sendiri dengan adik-beradik lain di rumah ataupun memberontak atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Berkomunikasi Dengan Guru-Guru Anak-Anak
- Prestasi serta pencapaian anak-anak kita mula merudum sedikit demi sedikit.
- Anak-anak kita mengelak untuk pergi ke sekolah.
- Anak-anak kita mula menipu dengan mengatakan mereka sakit dan duduk di rumah, tidak pergi ke sekolah atas alasan sakit tadi.
Tanda-tanda di atas tidak
semestinya tepat, tetapi boleh menjadi sebab dan tanda-tanda di atas juga boleh
disebabkan oleh perkara-perkara lain. Akan tetapi, sekiranya anak-anak kita
dibuli, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah hubungi pihak sekolah dan
ambil tindakan dengan sesegera mungkin! Ingat, tiada sesiapa pun yang “deserves
to be bullied”…hatta kita sekalipun, kalau orang nak buli kita jangan bagi
ruang dan peluang ok? Balas jer balik… Muahahaha…supaya dia berhenti buli kita…
Ahaksss… #ehhh, jangan-jangan …kita doakan yang terbaik buat mereka dan
sedekahkan Al-Fatihah jer…
Akan tetapi yang melibatkan
anak macam ni, haruslah ambil tindakan sehingga ke akar umbi. Tindakan untuk
menghentikan perlu diambil dan diberikan pengajaran kepada murid-murid lain
yang suka sangat membuli murid lain nih. Haihhh… Kenapalah wujud budaya macam
ni dan semakin menular sekarang ni… Semakin ekstrem pun hado… Zaman-zaman dulu
ada juga kes buli, tetapi tidaklah menular seperti sekarang ni…Ni nak salahkan
siapa ni? Ermmm… Tak apalah, yang penting kita cuba didik anak-anak kita semua
dengan cara yang terbaik semoga tidak terlibat di dalam kes membuli anak orang
lain! Moga-moga anak-anak kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak
diingini sebegini… In Shaa Allah..Amin…
Akan tetapi yang melibatkan
anak macam ni, haruslah ambil tindakan sehingga ke akar umbi. Tindakan untuk
menghentikan perlu diambil dan diberikan pengajaran kepada murid-murid lain
yang suka sangat membuli murid lain nih. Haihhh… Kenapalah wujud budaya macam
ni dan semakin menular sekarang ni… Semakin ekstrem pun hado… Zaman-zaman dulu
ada juga kes buli, tetapi tidaklah menular seperti sekarang ni…Ni nak salahkan
siapa ni? Ermmm… Tak apalah, yang penting kita cuba didik anak-anak kita semua
dengan cara yang terbaik semoga tidak terlibat di dalam kes membuli anak orang
lain!
sedihnya...
ReplyDelete