Malam
semalam dah “tempting” sangat nak makan, tetapi sibuk jer tahan diri untuk
tidak makan jeruk malam-malam. :-). Lama juga tak layan makan jeruk jeruk ni. Tiba-tiba pagi tadi,
serasa memang dah tak boleh tahan sangat dah…Ha ha ha…Akhirnya menjadi sarapan
pagi! Sambil memandu, sambil melayan Jeruk Madu Pak Ali ni. Mana dapat ni?
Owhhh… Atuk Ash bawa balik semalam, ada penduduk di Cahaya SPK tempat Atuk Ash
bekerja pergi ke Pulau Pinang dan bawa balik buah tangan. Alhamdulillah, rezeki
itu ada di mana-mana. Syukur pada Allah.
Bercerita
tentang Jeruk Madu Pak Ali ni…Ni nak kongsi sedikit informasi mengenai Jeruk
Madu Pak Ali yang sememangnya terkenal terutama-tama di Pulau Pinang.
Pak Ali Food Industries Sdn Bhd
merupakan pengeluar jeruk
buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya
yang istimewa di bawah jenama Pak Ali. Jeruk-jeruk
ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari lading.
Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi
tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI).
Produk
Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat
pengiktirafan Sijil HALAL dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Sijil MESTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil “1 Malaysia
Best” dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA). Sempena
MAHA 2014, Jeruk Madu Pak Ali telah
dianugerahkan sebagai pemenang Industri Asas Tani Jaya peringkat kebangsaan
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan
oleh Perdana Menteri Malaysia.
Penghasilan
jeruk ini diusahakan di kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian IKS Perda
Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semenjak dari tahun
2009. Dikilang ini juga para pelancong dan pelanggan dapat melihat sendiri
industry pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli-belah
barangan keluaran Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. dan produk-produk usahawan
tempatan lain dari Pulau Pinang di Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali.
Jeruk
Madu Pak Ali kini semakin terkenal sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Sudah
menjadi kemestian bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang mendapatkan
Jeruk Madu Pak Ali sebagai cenderahati kepada sanak saudara dan sahabat handai.
Nak lihat wajah Allahyarham Haji Ali Bin Haji Omar. (gambar kanan).
![]() |
Sumber dari SINI |
Jeruk Madu Pak Ali |
![]() |
Kuah Rojak Pak Ali |
![]() |
Produk Berasakan Buah Pala |
![]() |
Kuih Tradisional : Peneram & Dodol |
Untuk Maklumat Lanjut:
Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.,
Lot 420-421, 652-655,
Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.
Tel/Fax : +604-588 3781
Email : pakalifood@gmail.com
ya ampun..time petang2 ni, perut tengah lapau, mmg win la tgk makanan kudap2an gini..hahaha..nangis tepi bucu meja tengok ;((
ReplyDeleteYa Allah.sedapnya..terasa kerangupan dan manisnya...tak ada pulak yang nak ke sana..kalau tidak boleh kirim.. :)
ReplyDeleteSINGGAH PETANG ~ http://jmbelog.blogspot.my/
ReplyDeleteadikkkk..agak2 la tyang jeruk petang2 ni...aduhai...merecik dah ni...
ReplyDeleteKalau pi alorsetar, mesti singgah kedai dia kat penang tu. Sedappp! Ena suka jeruk. Jeruk betik paling ena sukaaa
ReplyDeleteSy pun ada beli.. Kirim kat kawan yg balik kg hari tu.. Beli jeruk kelubi.. Kalau kat sini kena hati-hati sebab ada yang tiruan. Kalau makan boleh sakit tekak..
ReplyDelete