Sumber diubahsuai dari Google |
Home »
motherhood
,
note to self
,
parenthood
,
parenting
,
parenting chat
,
parenting info
,
parenting knowlegde
,
parenting readings
,
parenting talk
» Jangan Tegur Anak Sehingga Menjatuhkan Air Mukanya
Jangan Tegur Anak Sehingga Menjatuhkan Air Mukanya
Manusia
bila dah marah, adakalanya boleh hilang kawalan. Mana-mana manusia pun, tidak
terkecuali sesiapa akan mempunyai potensi untuk hilang kawalan diri akibat
terlalu marah bila sudah tidak memikirkan apa-apa lagi. Termasuk juga ibu bapa,
bila marah adakalanya boleh jadi hilang kawalan tanpa disedari. Bahaya kalau
mengekspresikan rasa marah yang tidak terkawal ni… Adakalanya boleh menjatuhkan
air muka orang lain termasuklah anak sendiri tanpa kita sedari ataupun sebenarnya
kita sedari.
“Panggg!!!”
Bunyi pinggan pecah di meja berhampiran menarik perhatian saya. Bukan sahaja
saya, tetapi hampir kesemua pelanggan restoran kecil tersebut. Kelihatan
seorang kanak-kanak lelaki sekitar usia 4 tahun berdiri tegak, wajahnya penuh
ketakutan. Langsung tidak ada pergerakan. Saya melihat ayahnya dalam keadaan
yang amat marah.
“Kan
aku dah kata! Kenapa kau ni degil sangat haaa??? Bodoh!!!”. Bagaikan halilintar
ayahnya memarahi anaknya di hadapan orang ramai. Saya tergamam. Pelanggan yang
lain juga kelihatan begitu. Sejurus kemudian, semua menghadap makanan
masing-masing, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tidak
lama kemudian, kelihatan keluarga tersebut beredar keluar dari restoran. Saya
hanya sempat melihat kelibat budak tersebut yang masih ketakutan. Entah apa
yang bakal dihadapinya selepas ini. Saya tidak mahu bersangka ataupun
memikirkannya. Peristiwa tersebut bermain-main di fikiran saya selepas saya
keluar dari restoran. Kasihan dengan anak kecil itu. Kasihan juga kepada kedua
ibu bapanya.
Dalam
perjalanan pulang ke rumah, saya berfikir-fikir. Walaupun saya mungkin tidak
akan sampai ke tahap itu dalam memarahi anak-anak, tetapi kadang-kadang
terbabas juga tanpa sempat menekan butang “pause”. Kadang-kadang akibat malu
dengan rakan-rakan dan orang sekeliling dan khuatir dikatakan ibu bapa yang
tidak pandai mendidik anak, anak-anak menjadi mangsa kemarahan kita di khalayak
ramai. Astaghfirullah.
Moga
Allah mengampunkan dosa-dosa saya akibat kelalaian.
Anak-anak
adalah anak-anak. Walaubagaimana lurus dan berjurus mereka sekalipun, tetap
akan ada tindakan mereka yang pasti tidak kena pada mata orang dewasa.
Menjerit, menangis dengan kuat tidak kira masa, berlari-lari, terlanggar itu
ini, tertumpah air, berebut-rebut, terpecahkan pinggan dan seribu satu macam
karenah lagi adalah perkara biasa, kerana mereka adalah kanak-kanak bukan orang
dewasa yang mampu berfikir, bertindak matang dan mengawal segala tingkah
perbuatan.
Itu
bezanya mereka dengan orang dewasa. Namun, amat tidak wajar jika orang dewasa
juga bertindak dengan tidak rasional terhadap anak-anak berusia bawah 5 tahun
yang masih belum mengerti dengan sempurna banyak perkara, yang melakukan
kesalahan tanpa sengaja, bahkan tidak pun tahu apa yang dilakukannya adalah
satu kesalahan.
Jika
ingin menegur anak-anak, elakkanlah dari melakukannya di khalayak ramai, kerana
anak-anak juga punya perasaan malu dan maruah diri. Apatah lagi dengan
menggunakan bahasa-bahasa kesat yang bukan sahaja menjatuhkan air mukanya malah
kalam-kalam kesat itu mungkin bertukar menjadi doa yang dimakbulkan oleh Allah
SWT. Anak-anak perlu diluruskan, perlu dididik dengan adab dan akhlak, perlu
didisiplinkan, perlu diingatkan agar sentiasa tertib, namun untuk melakukannya,
lakukanlah dengan cara yang baik juga dan jangan mengharapkan dengan sekali
teguran, anak-anak akan terus berubah.
Ceritakan
kepada anak, mengapa tindakannya adalah satu kesalahan, tunjukkan kepadanya
cara yang lurus tanpa perlu menyindir atau memarahinya dengan bahasa sumpah
seranah atau dengan bahasa yang amat melukakan jiwa. Sebelum menegur anak juga,
siasat dulu kesalahannya. Jangan menghukum dengan semberono dan jangan memarahi
anak atas kesalahan yang tidak dia lakukan. Kelak dia akan melihat kita sebagai
ibu bapa yang zalim dan tidak boleh dipercayai.
Jika
ingin meluruskan anak, lakukanlah dengan berperingkat-peringkat, bukan terus
memarahi atau memukulnya dengan rotan. Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam
bukunya Tarbiatul Aulad, rotan adalah kaedah terakhir selepas segala kaedah
teguran telah dilaksanakan, bukan kaedah pertama bila anak melakukan kesalahan.
Banyak lagi perkara yang kita sama-sama perlu pelajari dalam mendidik anak.
Moga Allah memberikan kita petunjuk. In Shaa Allah. Amin.
Oleh:
Hisham Sharif, Penulis Buku, Begini Sayang! Dan 43 Inspirasi Mendidik Anak
Terimakasih telah membaca artikel Jangan Tegur Anak Sehingga Menjatuhkan Air Mukanya. Jangan lupa share ya
Share
3 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Betul.Sebelum nk bertindak WAJIB tgk keadaan sekeliling dulu. Segarang2 saya ni, WAJIB tgk keadaan sekeliling sebelum nk tegur che mek.Nnt bukan anak je malu..Saya pun malu...huhu
ReplyDeletenice post...kadang-kadang ada terbabas juga dalam segi marah anak ni.
ReplyDeleteAda cara untuk menegur anakII... nice post :)
ReplyDelete