![]() |
Sumber dari Google |
Kesinambungan dari entri sebelum
ini iaitu Sudah Pandai Memilih Pakaian!!! Yang itu kisahnya bila si anak teruna
sudah mula pandai memilih pakaian sendiri dari almari. Yang ini pula kisahnya,
tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa dapat membantu anak-anak kecil kita
yang semuanya sudah mula pandai nak sendiri-sendiri ni… J. Kenalah beri dorongan, galakan dan bantu mereka
kan? Proses pembelajaran dan menuju ke usia yang lebih tinggi. Sampai bila pula
kita ni sebagai ibu bapa nak bukakan dan pakaikan pakaian yer tak? Rata-rata
bila sudah mula bersekolah rendah, kebanyakan kanak-kanak sudah mula menguasai
skil memakai pakaian sendiri.
Sedikit
perkongsian dari artikel di SINI
Kebiasaannya kanak-kanak yang sudah
berusia dua tahun ke atas mempunyai
keinginan untuk melakukan semua perkara sendiri. Contohnya; memakai baju,
stoking, seluar, kasut dan juga menyikat rambut. J. Ia adalah
keinginan semulajadi untuk mengikut orang dewasa. Biarkan anak anda cuba
berdikari. Biarpun sebenarnya cara mereka memakai salah atau lambat, sebaiknya anda beri sokongan kepada anak.
Mungkin anda boleh memperuntukkan masa untuk anak
mempraktiskan kebolehannya. Contohnya, membeli
baju yang mudah dikendalikan oleh anak anda dan membenarkan dia memakai dan menanggalkan pakaian tersebut sebanyak mana
yang dia mahu.
BAGAIMANA
CARA MEMBANTU ANAK MENGUASAI KEMAHIRAN???
- Ambil banyak masa. Sekiranya tidak tergesa-gesa, anda tidak akan menjadi terlalu marah disebabkan gerak-gerinya yang perlahan atau terkail-kail.
- Susun pakaiannya mengikut tertib pakaian yang perlu dipakai.
- Beli seluar panjang atau “skirt” dengan ikatan pinggang berelastik. Jangan sekali-kali memakaikan kanak-kanak lelaki prasekolah seluar panjang berzip. Ia mungkin berisiko menyebabkan kemaluannya tersepit.
- Cari pakaian dengan butang yang besar, butang kayu berikat tali (toggle), atau pelekat Velcro.
- Ajar anak cara memasang butang dari bawah ke atas.
- Elakkan penggunaan baju bertopi dengan zip dalaman.
- Apabila anda perlu membantu, buat permainan memakai pakaian dengan cara membuat “intai-bah” apabila anda meluncurkan pakaian melalui kepalanya.
- Setelah dia siap berpakaian, berikan pujian atas usahanya. Biarkan dia dalam keadaan tersebut, walaupun si manja kelihatan comot.
Yang penting, beri jer kebebasan yer tak? Kalau tak
beri kebebasan dan dok sekat-sekat-sekat, sampai bila pun lah tak akan ada
kemajuannya. Ihiksss…Walaupun baju tu terbalik ke? Apa ke? Nanti betulkanlah
yer tak? He he he….
ijat da pakai baju sendiri :)
ReplyDeletebut kekadang aida pakaikan.
rindu nak pakaikan dia baju.
nanti da bebetul besar takkan nak kita pakaikan, kan?