Home »
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting info
,
parenting news
,
parenting sharing
» DRYPERS KEMBALI LAGI DENGAN KEMPEN ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN KINI BERSAMA PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’
DRYPERS KEMBALI LAGI DENGAN KEMPEN ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN KINI BERSAMA PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’
Tiada ikatan yang lebih erat berbanding ibu dan anak. Ini dapat dilihat pada setiap interaksi dan detik
yang dikongsi bersama. Peneraju jenama lampin pakai buang, Drypers meneruskan
komitmen dalam usaha menyerlahkan ikatan istimewa itu menerusi pelancaran
semula kempen Moms of Malaysia (MOM) yang mengalakkan kaum ibu supaya
menghargai setiap detik yang bermakna tersebut. Drypers juga menyeru ibu-ibu
yang pengasih supaya mengambil bahagian dalam Share A Little Comfort, iaitu
satu program inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyasarkan
transformasi ke atas empat buah rumah anak yatim menjadi sebuah kediaman yang
lebih selesa buat insan istimewa di situ.
Setiap detik yang dikongsi oleh seorang ibu bersama si kecil ialah saat
cukup berharga - walaupun ia sekadar
perkara-perkara remeh seperti membuatkan si kecil ketawa ataupun perkara yang membuatkan
si ibu tersenyum bangga ketika melihat mereka berguling buat kali pertama. Sesungguhnya
kesibukan rutin harian sebagai seorang ibu mudah membuatkan kaum ibu terlepas
pandang setiap detik bermakna bersama permata hati mereka.
Kempen Moms of Malaysia anjuran Drypers menyasarkan
untuk memberi kesedaran kepada kaum ibu di seluruh negara mengenai betapa
pentingnya setiap detik yang dilalui mereka bersama si kecil. Ibu-ibu dari
seluruh Malaysia digalakkan supaya berkongsi gambar detik manis mereka dengan
si kecil secara memuat naik gambar ke laman Facebook dan Instagram dengan
hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Semua gambar akan dipaparkan
semasa pelancaran rasmi pada Mei nanti.
“Hasrat kami adalah untuk menegaskan kepada ibu-ibu bahawa hubungan
unik dengan anak mereka adalah sesuatu yang perlu diraikan setiap hari. Tugasan
keibuan adalah kerja sepenuh masa dan setiap hari yang dilalui amat berbeza -
anak-anak kecil begitu pantas membesar dan mereka berkembang baik menerusi
interaksi harian dengan ibu bapa. Drypers sentiasa mengambil berat mengenai ikatan
yang sangat bernilai ini. Sehubungan itu, pelancaran semula program tahunan,
Moms of Malaysia dilihat sebagai satu kempen yang bertepatan dan bermakna,”
kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.
“Apa yang baru dalam kempen tahun ini ialah matlamat kami untuk
memberikan keselesaan kepada anak-anak di rumah anak yatim menerusi program
CSR. Kami percaya adalah amat penting untuk mereka membesar dalam suasana
kediaman yang selesa dan menggembirakan. Justeru, kami benar-benar komited
untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya mereka dapat menikmati
keselesaan dan kasih sayang yang sepatutnya,” tambah Chan.
Bersempena pelancaran kempen MOM 2016, Drypers turut menganjurkan
program CSR, Share A Little Comfort dengan matlamat menyediakan kediaman yang
lebih selesa kepada anak-anak istimewa itu. Justeru Drypers mengalukan ahli
Drypers Baby Club supaya menderma sebahagian mata ganjaran untuk program CSR
ini. Mata ganjaran (yang dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh
didermakan dalam amaun 100, 300 atau 500 menerusi akaun keahlian online dan
Drypers akan memadankan jumlah mata ganjaran itu dengan setiap sumbangan.
Matlamat utama ialah mencapai mata ganjaran keseluruhan sebanyak 1 juta yang
menyamai nilai RM100,000, di mana sejumlah besar akan disalurkan kepada program
pengubahsuaian menjadikan sebuah kediaman yang lebih selesa.
Sebagai permulaan, Drypers akan melakukan renovasi dan meningkatkan
keselesaan untuk rumah pertama, iaitu Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf
As-Solihin Kanchong Darat di Banting yang beroperasi sepenuhnya daripada dana
penyumbang-penyumbang berhati mulia. Dana akan digunakan untuk melakukan
pelbagai pembaikan ke atas ruang kediaman yang menempatkan 120 anak-anak yatim
berusia 2 hingga 18 tahun. Renovasi melibatkan kerja baik pulih, mengecat dan
menambah perpustakaan. Akemi dan Favorita ialah rakan kongsi Drypers
dalam inisiatif CSR kali ini.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi
petugas sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY . Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari
http://bit.ly/1TCGkOE.
Terimakasih telah membaca artikel DRYPERS KEMBALI LAGI DENGAN KEMPEN ‘MOMS OF MALAYSIA’ DAN KINI BERSAMA PROGRAM CSR ‘SHARE A LITTLE COMFORT’. Jangan lupa share ya
Share
5 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
dryper pun tahan lama berbaloi dgn harga
ReplyDeleteWahhhh..best..Ammar pun pakai drypers..
ReplyDeleteanak2 ena pakai drypers juga
ReplyDeletedrypers terbaik..
ReplyDeleteLama dah tak beli drypers Farah.... mahal tak harga drypers sekarang ni
ReplyDelete