Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah Anak

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari SINI
Tahun depan kot kalau tak silap nak kena daftar Iman Firash untuk sesi Tahun 1. Haaa, tu masalah juga tu, tengah terfikir-fikir nak menghantar ke sekolah yang mana satu… #ehhh ko ingat boleh main pilih-pilih? Muahahaha… Bukan dia akan dihantar ke sekolah yang paling berdekatan dengan alamat kediaman ke? Al-maklumlah tak tau menahu tentang hal ini kerana masih belum berpengalaman lagi. Shhhh…tengah belajar-belajar ler ni…Ha ha ha… Tak apa-tak apa, kalau tak tahu kita boleh bertanya, boleh belajar yer tak? Bukan tak tahu tetapi buat-buat macam tahu… Hu hu hu…Ok, lupakan tentang masalah lokasi Sekolah Rendah yang bakal Firash pergi. Itu kita cerita bila tiba masa nanti.

Sekarang ni, nak berkongsi tentang cara mudah nak tampal lencana sekolah anak. Kui kui kui… Dah mula nak belajar-belajar dah…Kalau masa sekolah dulu semua Nek Ma Ash yang buatkan… Uhuksss… Kita nak buat dia tak bagi, dia nak buat juga dan kalau tak silap Farahlah masa tu kami tak ada main jahit-jahit lencana nih… Semuanya main tampal pakai seterika. Basahkan tempat nak letak lencana tu, basahkan lencana yang memang dah ada gam siap-siap kat situ, kemudian letakkan elok-elok, alas dengan sapu tangan dan kemudiannya seterika bagi sampai melekat. Pap…Siap dah!!! 

Tapi tak silap sekarang ni ada “requirement” kena jahit kan? Ada sekolah-sekolah yang mewajibkan lencana dijahit. Akan tetapi kalau sekolah tu tak kisah, boleh main tampal-tampal, meh sini nak kongsi sesuatu yang menarik dari artikel di SINI.

Bahan-bahan yang Diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/kadboard/manila kad
Seterika

Langkah-Langkah:
1.Letakkan kertas keras dalam poket, atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana. Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.

2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.

3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.

4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.

5. Ambil kain basah tadi dan letakkan di atas lencana.

6. Seterika kain tadi, pastikan ia kena pada lencana. Gosok beberapa kali. Pada ketika ini seterika mungkin berasap hasil tindak balas menggosok kain basah, namun jangan bimbang.

7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam.

8. Siap!

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15  hingga 20 minit. Selain itu, ia juga kekal lam. Berdasarkan pengalamannya, lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun kerap dibasuh menggunakan mesin basuh.

Sama-samalah kita selamat mencuba! Ha ha ha, untuk diri sendiri, untuk informasi pada waktu akan datang… 

Sumber: Facebook Akmar Laily Omar 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. teringat pulak masa zaman saya dulu,,lencana siap berpelekat,,tinggal iron je nak bagi lekat..lekat je sampai hujung tahun

    ReplyDelete
  2. dulu basahkan dan iron je..tapi kalau nak lama lekatnya,jahit je tepi tu..hehe

    ReplyDelete
  3. acik PC dulu jahit Firash...sekolah rendah pakai namtag yang ada pin tu..bila dah sekolah menengah..dah pandai jahit..jahit sendiri...setiap hari isnin mesti cikgu periksa kat perhimpunan...

    ReplyDelete
  4. Sally dulu pun jahit tapi guna mesin laaa...sebab tak tau plak ada cara ni...

    ReplyDelete
  5. kalau macam tu nak cuba juga la nanti..

    ReplyDelete
  6. Wah...bagus ni...

    Aah la..LeYa pun teringat dulu2 lencana kita pakai pelekat kan.. lepas tu baru tukar jahitan sehingga kini..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !