![]() |
Sumber dari SINI |
Tahun
depan kot kalau tak silap nak kena daftar Iman Firash untuk sesi Tahun 1. Haaa,
tu masalah juga tu, tengah terfikir-fikir nak menghantar ke sekolah yang mana
satu… #ehhh ko ingat boleh main pilih-pilih? Muahahaha… Bukan dia akan dihantar
ke sekolah yang paling berdekatan dengan alamat kediaman ke? Al-maklumlah tak
tau menahu tentang hal ini kerana masih belum berpengalaman lagi. Shhhh…tengah
belajar-belajar ler ni…Ha ha ha… Tak apa-tak apa, kalau tak tahu kita boleh
bertanya, boleh belajar yer tak? Bukan tak tahu tetapi buat-buat macam tahu… Hu
hu hu…Ok, lupakan tentang masalah lokasi Sekolah Rendah yang bakal Firash
pergi. Itu kita cerita bila tiba masa nanti.
Sekarang
ni, nak berkongsi tentang cara mudah nak tampal lencana sekolah anak. Kui kui
kui… Dah mula nak belajar-belajar dah…Kalau masa sekolah dulu semua Nek Ma Ash
yang buatkan… Uhuksss… Kita nak buat dia tak bagi, dia nak buat juga dan kalau
tak silap Farahlah masa tu kami tak ada main jahit-jahit lencana nih… Semuanya
main tampal pakai seterika. Basahkan tempat nak letak lencana tu, basahkan
lencana yang memang dah ada gam siap-siap kat situ, kemudian letakkan
elok-elok, alas dengan sapu tangan dan kemudiannya seterika bagi sampai
melekat. Pap…Siap dah!!!
Tapi
tak silap sekarang ni ada “requirement” kena jahit kan? Ada sekolah-sekolah
yang mewajibkan lencana dijahit. Akan tetapi kalau sekolah tu tak kisah, boleh
main tampal-tampal, meh sini nak kongsi sesuatu yang menarik dari artikel di SINI.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/sapu tangan yang
dibasahkan
Kertas tebal/kadboard/manila
kad
Seterika
Langkah-Langkah:
1.Letakkan kertas keras dalam
poket, atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam
bawah lencana. Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan
yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian
belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada
kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambil kain basah tadi dan
letakkan di atas lencana.
6. Seterika kain tadi, pastikan
ia kena pada lencana. Gosok beberapa kali. Pada ketika ini seterika mungkin
berasap hasil tindak balas menggosok kain basah, namun jangan bimbang.
7. Angkat kain dan alihkan kertas
keras di bahagian dalam.
8. Siap!
Menurut Puan Akmar Laily,
lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk
menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana
yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20
minit. Selain itu, ia juga kekal lam. Berdasarkan pengalamannya, lencana akan
melekat lebih daripada 10 bulan walaupun kerap dibasuh menggunakan mesin basuh.
Sama-samalah
kita selamat mencuba! Ha ha ha, untuk diri sendiri, untuk informasi pada waktu
akan datang…
Sumber: Facebook
Akmar Laily Omar
teringat pulak masa zaman saya dulu,,lencana siap berpelekat,,tinggal iron je nak bagi lekat..lekat je sampai hujung tahun
ReplyDeletedulu basahkan dan iron je..tapi kalau nak lama lekatnya,jahit je tepi tu..hehe
ReplyDeleteacik PC dulu jahit Firash...sekolah rendah pakai namtag yang ada pin tu..bila dah sekolah menengah..dah pandai jahit..jahit sendiri...setiap hari isnin mesti cikgu periksa kat perhimpunan...
ReplyDeleteSally dulu pun jahit tapi guna mesin laaa...sebab tak tau plak ada cara ni...
ReplyDeletekalau macam tu nak cuba juga la nanti..
ReplyDeleteWah...bagus ni...
ReplyDeleteAah la..LeYa pun teringat dulu2 lencana kita pakai pelekat kan.. lepas tu baru tukar jahitan sehingga kini..