
Gambar pinjammm dari Facebook...:-). Hari ni betul-betul kosong Bubblynotes.Com di hari bekerja. Kebiasaannya mana pernah? Kecuali kalau cuti dan berurusan lain. Itupun kadang-kadang curi-curi juga masa memuatnaik entri di Bubblynotes.Com. Percaya tak? Kalau Farah katakan yang hari sungguh-sungguh tak ada "mood" nak menaip entri? Ha ha ha... Bertahun-tahun lamanya cuba konsisten dengan entri blog sendiri yang mana cuba dipastikan sekurang-kurangnya 2 ketul entri sehari, akhirnya 25.03.2016, berehat juga seharian ko yer Farah?
Bukan tak ada benda nak bercerita. Ha ha ha... Seorang yang "bubbly" memang ada sahaja penceritaan yang nak disampaikan. Cumanya, "mood" itu tidak kesampaian dan tak ada rasa nak menaip entri pada waktu siang hari tadi. Letih gamaknya... Mungkin badan terlalu letih. Errr... Letih??? Ini kalau dapat pergi bercuti ni seronok juga ni. Ok, bercuti dalam mimpi jerlah buat sementara waktu ni. :-). In Shaa Allah, ada rezeki bercutilah nanti sepuas-puasnya. ;-) wink wink wink.
Sesekali senyap, sesekali diam apa salahnya yer tak? Ke ada yang mengharapkan Bubblynotes.Com terhenti di sini sahaja? In Shaa Allah tak. Walaupun sudah tiada siapa lagi yang bakal sudi membaca, selagi minat untuk menulis itu ada, ianya tak akan terkubur begitu sahaja. Akan diusahakan dan dijaga dengan sebaik mungkin. Mana boleh weiii!!! Kumenulis bukan kerana nama atau bajet-bajet nak jadi blogger retis. Daku menulis untuk diri sendiri dan sambil-sambil tu berkongsi ilmu, informasi dan pengalaman diri ini.
Manusia bukan mesin. Berjalan 24 jam sehari tanpa henti dan kemudiannya terus "breakdown" selama-lamanya. Mesin pun ada berhenti juga ok? Ha ha ha... Makanya kita ambil satu tempoh waktu bertenang untuk berehat seketika dan duduk berdiam diri seketika sehingga "mood" dan aura itu datang. Malas aihh nak menaip ketika "mood" tidak di situ. Nanti ayatnya jadi tunggang-langgang dan entah apa-apa pusing kot tu pusing kot ni nanti. Jadi diri sendiri pula rasa macam tak semengah nak membaca oiii... Bila diri sendiri tak suka dengan apa yang disampaikan apatah lagi orang lain yang membacanya kan?
Boleh jer kalau nak diikut-ikutkan kalau dah tak ada "mood" atau malas tahap langit ketujuh sekalipun paksa diri nak muatnaik entri. Tapi tulah, tak suka bila diri sendiri baca diri sendiri rasa ada unsur-unsur tangkap muat di situ. Asal ada... Ini Farah yer bukan cakap sesiapa dan Farah pun tak adalah sebagus mana pun. Tak bagus pun Farah ni dan Farah bukan sesiapa pun dalam dunia blog. Cuma seorang blogger yang "passion"nya menulis. Suka menulis. Suka berkongsi informasi serta cerita. Tu jer. Kalau bermanfaat pada orang lain. Syukur Alhamdulillah.
Itulah yang dikatakan if you get tired, learn to rest and not to quit. Ambillah seberapa banyak masa pun, kemudian harus kembali pada landasannya kembali. Manusia kan? Mana ada yang sempurna segala. Ada waktu, ada masa, ada ketika perlu berdiam juga seketika yer tak?
haa bahaya ne kalo suggest kat fae suruh berehat haha coz kalo fae berehat dari blogging memang berbulan lamanya. ne pun fae cuba aktif semula huhu.
ReplyDelete