Za'faran | Saffron Dari Timur Tengah

Farah Waheda Wahid
1

Jauh import ni haaa... Siapa yang kenal apakah ini? Dan siapa yang tak kenal apakah ini? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula yer tak? Walhal, terang-terang nampak di tajuk entri ini bahawasanya entri ini adalah mengenai Za'faran | Saffron. Mungkin sememangnya ada yang sudah mengetahui tentang Za'faran | Saffron dan mungkin juga ada yang masih lagi belum mengetahui. Tak apa, tak apa, meh sini kakak nak kongsi serba sedikit mengenai Za'faran | Saffron dan juga khasiat Za'faran | Saffron ni. Lengkap sekali dengan informasi di mana anda boleh mendapatkan Za'faran | Saffron ni. Manalah tau kan? Setelah membaca entri ini ada yang berminat nak mendapatkan Za'faran | Saffron yang dibawa khas dari Timur Tengah ni. 

Owhhh, sebelum tu, minta maaf, minta ampun banyak-banyak untuk "shipping" bulan Februari 2016 sudah ditutup, kalau berminat dan jika anda lakukan tempahan ataupun pesanan dari Februari 2016 sehingga Jun 2016, bulan Julai 2016 anda akan dapat Za'faran | Saffron yang anda tempah. :-). Untuk bulan Februari 2016, ramai yang sudah menempah sehingga mencapai limitasi "shipping" oleh pihak yang menguruskan. Untuk tahun 2016 ini, "shipping" pertama adalah pada bulan Februari 2016, "shipping" yang kedua adalah pada bulan Julai 2016, yang ketiga? "To be confirmed and to be advised"...

Serba sedikit informasi mengenai Za'faran | Saffron:

Sumber dari Google
Saffron atau juga dikenali sebagai bunga kumkum/koma-koma di Malaysia merupakan sejenis bunga/rempah (Crocus Sativus) yang termahal di dunia yang mampu mencecah harga sehingga ribuan ringgit sekilo. Saffron mempunyai 1001 khasiat dan manfaat yang menjadikanya sebagai antara bahan yang amat bernilai di dunia. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. 

Istilah saffron atau safron adalah perkataan pinjaman Bahasa Inggeris yang berasal dari perkataan Arab za'faran, yang bermaksud kuning, sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar "Emas Padang Pasir" (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai "Spice King", "Spice Queen", "Vegetable Gold" dan "Flower of Love". Ianya memang cukup terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Justeru itu, di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan. 

Sumber Rujukan: SINI

Saffron memiliki rasa khas sedikit pahit dan berbau harum seperti iodoform atau rumput kering yang disebabkan zat kimia bernama picrocrocin dan safranal. Safron mengandungi crocin, salah satu bahan pewarna karotenoid yang membuat makanan menjadi kuning keemasan. Warna kuning terang safron menjadikannya sebagai rempah-rempah yang paling banyak dicari orang di dunia. Dalam pengubatan tradisional, safron digunakan sebagai ubat pelbagai macam penyakit. 

Dan ini pula adalah sedikit informasi tentang KHASIAT SAFFRON MENURUT KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM:
  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
  • Sakit kepala atau migraine dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.
  • Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).
  • Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.
  • Bengkak hati atau hepatitis A dan B. 
  • Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut. 
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul di dalam perut. 
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin. 
  • Masalah mati pucuk dan sembelit. 
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing. 
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi. 
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li, muka surat 381, Saiyidina Ali menyatakan:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Saffron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

Secara jujurnya Farah sedang menunggu "shipping" pada bulan Februari 2016 ini sebab Farah ingin mencuba untuk Ash. :-). Apa yang baik, kita cubalah yer tak? Kita cuma berusaha dan selebihnya Allah SWT yang menentukan. Akan tetapi, Za'faran | Saffron sememangnya diakui sangat-sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecerdasan minda. Ramai yang telah mengakui dan ramai juga yang cuba untuk mendapatkan. Bagaimana caranya untuk Ash, In Shaa Allah, jika ada rezekinya untuk berpeluang mendapat Saffron ini nanti, satu helai akan direndam di dalam air masak 1 liter kemudiannya, air rendaman Saffron ini akan dicampurkan kepada susu Ash untuk Ash minum. :-). 

Anda berminat untuk mendapatkan Za'faran | Saffron yang asli dari Timur Tengah tak? Jika ada keinginan itu, bolehlah sekiranya anda What's App pada 013 288 2428 dan nyatakan bahawasanya anda berminat untuk membeli Za'faran | Saffron Asli Dari Timur Tengah ini. Tapi ingat! "Shipping" adalah pada bulan Julai 2016. Harga bagaimana? Didatangkan dengan 2 pilihan untuk anda:

1.5 gram : RM 42.00

3 gram :  RM 57.00

*Tumpu pada Ash dulu kegunaannya, kalau boleh selit-selit, nak suruh Nek Ma dan Atuk Ash minum juga dan diri sendiri pun nak mencuba...Ha ha ha...Mahal ooo, nak kena berjimat...Sesuatu yang baik, kita kongsi-kongsikan yer tak? Sama-sama merasa manfaatnya... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !