Sesekali Bila Ber-Bawal

Farah Waheda Wahid
8


Nasib bukan Tenggiri ke? Kurau ke? Jenahak ke? Senangin ke? Ha ha ha... Bawal jer... ;-). Sesekali kannn? Kita bertukar angin sedikit, bila mana "mood" itu sudah mari. Tapi pelik sekejap tengok muka sendiri! Iyalah setiap hari semenjak dari mula berhijab asyik dengan shawl ajer kan? Memang sekalipun tak pernah ber-bawal sejak mula berhijab lebih kurang 3 tahun yang lalu. 

Kali terakhir ber-bawal adalah sewaktu kuliah Asas-Asas Pendidikan Islam di zaman kolej dulu. :-). Entah kenapa hati tu tak terbuka nak ber-bawal lagi setelah itu walaupun ramai yang pantang nampak AidiJuma ada "sale" kannn? Minat masing-masing, selera masing-masing memang berbeza kan? Manakan sama... Kalau tersama pun selera dan minat pasti ada sedikit perbezaan ke atas minat tu kan? Ramai juga antara yang mengenali Farah dok cadangkan... Cuba pakai bawal wak? Cuba pakai bawal kak? 

Ha ha ha... Diriku ini kalau hati belum terbuka, cakaplah sampai berbuih mana pun mulut anda, memang taklah nak dibuatnya atau memakainya. Selagi tak ada rasa nak pakai, selagi tulah memang tak akan pakai. Ekekekeke... Habis tu tiba-tiba pakai sekarang kenapa? 

Ni yang nak cerita ni, sebenarnya secara kebetulan hati terpaut sangat dengan warna dan corak tudung bawal tu. Mula-mula memang tak perasan yang ianya adalah tudung bawal. Ingatkan shawl. Bila dah minat dengan warna dan corak terus lupa nak cek sama ada ianya adalah shawl atau bawal. Ha ha ha... Tak senonoh gelojohnya... Terjadi sewaktu nak beli barang dapur di TESCO. Owhhh ini bukan tudung bawal AidiJuma atau jenama apa-apa yer? Ini tudung yang sangat murah. Tanpa jenama. Harganya murah sahaja. Cuma RM10.00. 

Penting ke jenama? Penting ke tudung atau shawl mahal? Uhuksss... Tak dinafikan ada memainkan peranan. Akan tetapi jangan pandang sebelah mata pada tudung tanpa jenama ok? Jangan pandang enteng pada tudung murah ok? Sebenarnya konsepnya begini... Tak kiralah ko pakai tudung berjenama ke? Tak berjenama ke? Mahal ke? Murah ke? Kalau tak kena dengan gayanya tak menjadi juga... Kadang-kadang yang murah itu boleh nampak mahal jika kita pandai memilih material serta corak. Kadang-kadang yang murah itu boleh nampak mahal kalau kita tahu menggayakannya dengan betul. 

Yang berbeza pendapat tu, akan keluarlah maklum balas... Elehhh, tu dah tak mampu nak membeli lettew... Tapi ada hajat nak bergaya... Tudung murah pun sebat! Ha ha ha... Tak baik tau... Biarlah sesiapa nak pakai tudung murah ke? Mahal ke? Hak memasing ok? 

#ehhh termelalut pula dan termeleret pula... Bha ha ha... Ok sambung kembali cerita kita tadi... Bila dah minat terus minta pemilik kedai tu untuk beri Farah tudung tu. Bila buka, untuk cek jika ada apa-apa kecacatan, barulah terperasan yang itu adalah tudung bawal. Alaaa... Tapi minat dengan corak dan warna tuuu! Fikir punya fikir... Beli juga sudahnya... He he he... Itu yang terjadi insiden tiba-tiba ber-bawal tu... 

Oklah, "not bad", akan tetapi agak kepelikkan sedikit tengok muka sendiri dan masih cuba untuk pujuk hati. Ok ok ok... Cantik cantik cantik... Ahaksss, perasan ko... Perasan untuk motivasi diri sendiri takper, perasan untuk menyakitkan hati orang lain tu yang tak betul tu kan? Silap-silap boleh dapat penyakit hati tanpa sedar pula nanti... Minta dijauhkanlah kalau boleh... Amin... :-). 

*Sesekali ber-bawal, terasa ada kelainannya... Macam nak cuba kali kedua jer? La la la la la... Nak cuba AidiJuma pula lah kalau ada rezeki... In Shaa Allah... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sesekali berubah angin serinya lain...percayalah..

    ReplyDelete
  2. hehe... cantik sis... pakai tudung bawal nampak muda remaja.... yg ptg murahkan...

    ReplyDelete
  3. Tak semestinya mahal pada harganya...jika hati dah berkenan otometik akan mahal pada nilainya.. :)

    ReplyDelete
  4. AJ pon ada yg 10 hinggit.. hehee..kualiti nya pon okey jerk.. ok je farah pakai bawal.. ada awning cantik laa tuu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !