![]() |
Sumber dari Google |
Entri gaya dan "mood" Tahun Baru Cina lagi nih! Walaupun sudah 2 hari berlalu... Tak apalah kan? Tak ada salahnya punnn... Sekadar berkongsi informasi dan berkongsi cerita untuk pengetahuan umum bagi diri sendiri dan juga semua... Walaupun agak terlewat memaparkan entri ini tetapi asalkan maklumat yang ingin disampaikan sampai sudah ler...Ha ha ha...Al-maklumlah, cuti panjang dan "mood" cuti tu masih lagi bernafas.
Belum terlewat lagi nak mengucapkan "Happy Chinese New Year!" kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya... dan kalau Tahun Baru Cina ni memang sinonim dengan konsep "makan besar". Masyarakat Cina percaya kalau makan Yee Sang, kehidupan seseorang itu akan aman dan panjang umur. Menurut sumber di SINI.
"Yee" maksudnya ikan, dan juga melambangkan kekayaan. "Sang" pula maksudnya mentah atau hidup/kebangkitan. Asal usul makanan ini secara ringkasnya bermula kira-kira 1500 tahun yang lampau di wilayah Chaozhou dan Shantou iaitu semasa pemerintahan Dinasti Song. Menurut sejarahnya, menu Yee Sang bermula apabila terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, hali dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.
Disebabkan mereka tidak mahu membazir, makanya mereka pun campurkanlah saki-baki makanan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos plum, lada hitam dan putih serta minyak untuk membangkitkan rasa. Maka, terhasillah hidangan unik yang mereka percaya akan membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.
Sewaktu menggalul hidangan Yee Sang, mereka berkumpul di meja bulat dan digalakkan untuk menjerit perkataan "Lo Hei". "Lo" bermaksud mengaul, dan "Hei" pula bermaksud kebangkitan. Jadi mereka percaya semakin tinggi Yee Sang itu diangkat, maka semakin banyaklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati seseorang sepanjang tahun.
Best pulak baca pasal Yee Sang ni...
ReplyDeletemcm kerabu dh..huhu
ReplyDeleteBaru tau Lo Hei tu sambil angkat yee sang tinggi2...
ReplyDeletesuka Yee Sang Salmon... emmm sedapnya
ReplyDeleteWahh.. Bagus juga eh.. Tak nak membazir campur je semua... Tapi makanan melayu tak boleh gitu.. Mau senak perut jawabnya.. Hehe
ReplyDelete