Mudahnya Berurusan Dengan Bfab.My... Muka Ada Senyum...

Farah Waheda Wahid
2
Masih ingat lagi? Farah ada berkongsi tentang Bfab.My ? Tentang bagaimana mudahnya untuk menetapkan temujanji rawatan kecantikan anda? Semua cerita tentang itu ada di dalam entri BFAB | Find. Book. Be Fabulous By Booking Beauty Salon And Spa Near You!!!

Pada mulanya, Farah telah memilih untuk mendapatkan khidmat menggunting rambut di salon rambut yang berhampiran dengan pejabat Farah, kerana pada hemat pemikiran Farah, ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya ianya adalah di dalam jarak dekat dari pejabat dan kemudiannya selepas waktu kerja, Farah akan terus ke sana untuk menggunting rambut. Akan tetapi, disebabkan pada waktu itu adalah musim cuti perayaan Tahun Baru Cina, makanya temujanji tersebut terpaksa dibatalkan. Sedeyyy...Ha ha ha... 

Bila perkara seumpama ini berlaku, pihak Bfab.My, sememangnya tangkas di dalam menangani masalah yang timbul. Mereka sememangnya "alert" dengan tempahan temujanji setiap pelanggan mereka. Tidak sampai 10 minit, mereka terus memaklumkan kepada Farah bahawasanya temujanji tersebut tidak dapat dipenuhi dan mereka akan berusaha untuk mencari serta menggantikan dengan salon rambut yang lain yang paling hampir selain dari salon rambut yang telah Farah pilih. 

Dan inilah gantiannya yang telah diberikan oleh pihak Bfab.My kepada Farah tempoh hari. :-). Sangat efisyen dan cekap di dalam menggembirakan hati para pelanggan. Farah terus terang mengatakan bahawasanya Farah sangat berpuas hati dengan servis dari pihak Bfab.My


"So, here I am!" Code Six Hair Studio yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya pada hari Sabtu yang lalu. Temujanji Farah adalah pada jam 3.30 petang dan Farah sampai awal! Haruslah awal kannn? Tak sabar-sabar nak gunting rambut dah...Panjang sangat dah, dari kali terakhir Farah menggunting rambut pada akhir bulan November 2015 yang lepas. Dah rasa tak selesa sangat dah... Ecewahhh...Alasannn... 




Inilah serba sedikit persekitaran Code Six Hair Studio...Menenangkan dan ada satu "cosy feeling" bila Farah melangkah masuk ke Code Six Hair Studio. Kakitangan di situ pun mesra dan sangat suka membantu. Mereka professional di dalam bidang mereka. Dan khidmat yang ditawarkan pun ada beberapa peringkat. Untuk Farah, tempoh hari, Farah memilih khidmat Director's Cut inclusive of Hair Wash & Blow.... Dia punya cucian rambut, memang sangat menyeronokkan dan merehatkan pemikiran. Urutan di kepala memang ohsem!!! "Ok, I do seriously need that" kannn??? :-). 

Tempoh masa pengguntingan rambut itu adalah selama 2 jam. Dari 3.30 petang sehinggalah membawa ke 5.30 petang. Selesai gunting rambut terus lapar weiii... Yang menariknya di Code Six Hair Studio suasana dalam memang tak semak... Sebabnya pelanggan yang datang adalah berdasarkan temujanji terlebih dahulu. Hasil? Tentulah yang terbaik dari ladang!!! Guntingan rambut yang sangat kemas dan sememangnya berbaloilah... Berbeza dari kebiasaan...Jika anda yang alaminya, anda boleh rasa sendiri perbezaannya.


Terima kasih Russell!!! Farah memang sangat berpuas hati dengan hasil kerja Russell. Sangat professional. Sebelum apa-apa siap ada perbincangan pendek mengenai gaya dan kesesuaian guntingan rambut. Russell memang pakar di bidangnya dan dia memang tau mengikut apa yang pelanggan mahukan tanpa menjadikan pelanggan sebagai "victim" akibat ketidaksesuaian sesuatu potongan dengan pelanggan. 

Kedua-dua servis, Bfab.My dan Code Six Hair Studio memang mantap dan terbaik. Efisyen dan juga sangat menjaga keselesaan serta kebajikan pelanggan. "Even" selepas selesai mendapatkan khidmat guntingan rambut pun, pihak Bfab.My masih lagi "follow-up" mengenai servis ok? Sama ada pelanggan berpuas hati ataupun tidak. Tiba-tiba terasa kebajikan diri terjaga pula...Ha ha ha... Dan tidak perlu takut serta ragu-ragu jika tertipu dengan harga yang diiklankan ataupun harga sebenar. 

Find. Book. Be Fabulous.

Book Beauty Salon And Spa Near You via Bfab





Customer Сare:

Mon-Fri: 10am-8pm

Jika anda pentingkan kualiti, mahukan rawatan kecantikan anda lebih teratur, lebih mudah diuruskan? Hanya tinggalkan sahaja segalanya pada Bfab.My, apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke laman web mereka, log masuk dan tetapkan temujanji anda. Itu sahaja. Semudah itu. ;-) ...Cuba tau jangan tak cuba... Kalau kurang jelas, boleh rujuk entri Farah sebelum ini seperti pautan yang telah diberikan di awal entri. 

*Pssttt, gambar rambut baru tak boleh ler nak kongsi di blog kannn? Kan kakak berhijab...Takkan lah pula nak buka hijab tu dan kemudian tunjukkan kan? Tak manis gittew... dan tidak sepatutnya begitu... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !