MILKISSIMO | Yummeh Hokkaido Gelato!!!

Farah Waheda Wahid
6

Gelato???  Secara mata kasarnya, ada yang menyangka yang gelato adalah nama yang lebih "kelas" atau nama yang lebih sofistikated untuk ais krim dan sebenarnya gelato itu adalah ais krim. Akan tetapi, SALAH tanggapan itu yer? Ada perbezaannya di antara gelato dan juga ais krim. 

Gelato sebenarnya adalah berasal dari perkataan Itali yang bermakna "beku" dan ianya adalah merupakan makanan pencuci mulut yang sihat. Gelato amat digemari kerana kepelbagaian rasa, rupa yang menarik, kandungan nutrisi dan tekstur yang lembut serta likat. Di Eropah sendiri, sebenarnya terdapat sehingga 100 perasa gelato. Berbeza dengan ais krim konvensional, gelato tidak menggunakan lemak mentega. Sebaliknya diperbuat daripada bahan-bahan seperti susu, gula dan dalam sesetengah jenis dicampurkan dengan buah-buahan. 

Tiada pemanis atau perasa tiruan dalam gelato, manakala susu yang digunakan adalah susu rendah lemak dan kurang kalori daripada ais krim. Apa yang lebih penting ialah Sub 18 Gelato adalah HALAL dan merupakan aiskrim premium yang tidak mengandungi alkohol atau gelatin. Bahan-bahan utamanya adalah seperti tepung, pes dan buah-buah beri. ~ sumber  rujukan dari SINI.

Farah mula gemar memakan gelato ni sejak-sejak aktiviti makan-makan di pejabat. Cerita tentang itu boleh rujuk di BBQ Grill-On-Site By Chef Teddy. Bermula dari situ sudah mula "craving" nak makan gelato. Rasanya pada Farah memang sedap jika dibandingkan dengan ais krim konvensional yang Farah dah biasa makan atau yang dah kita semua biasa makan. Macam tak cukup jer rasanya...

Bila dah namanya rezeki, muncul undangan untuk mencuba Hokkaido Gelato yang istimewa yang terletak di Damen, USJ. He he he...Macam tau-tau ajer yang sememangnya Farah "hunger for more gelatos"... Apa lagi, tanpa melepaskan peluang yang ada, Farah pun berkunjunglah ke kedai gelato yang diberi nama MILKISSIMO yang terletak di aras G, Damen, USJ. Tak jauh pun dari pejabat Farah. Dekat jerrr...Lagilah "double, triple" suka kannn??? Bila-bila masa nak makan boleh jer terus "drop by" ke Damen. Jauhnya sejengkal kail jer... Takkan lah tak boleh pergi kannn???

Memandangkan Farah dah berpeluang menikmati gelato segar yang "super duper yummy" ni, nak juga kongsi-kongsi dengan anda semua kan? Mana tau, kalau-kalau anda-anda-anda ni semua tersesat di Damen, USJ, bolehlah singgah di MILKISSIMO untuk mencuba gelato yang sangat sedap nih!!! 


Pilihan gelato yang terdapat di sini sememangnya lain daripada yang lain dan menarik! Sampaikan Farah tak tau nak pilih yang mana satu nak rasa, kalau boleh nak rasa yang itu satu sudu, yang ini satu sudu...Semua nak rasa! Ha ha ha... Antara perasa yang ada, adalah seperti pumpkin, cherry blossom, caramel macchiato, tiramisu, purple sweet potatoes, white peach, almond chocolate, hokkaido strawberry milk, yogurt, biscuit, green tea milk, coconut and passion fruit, vanilla, mellow melon, sicily pistachio, banana yogurt, white chocolate, black sesame milk dan northern hascup. Farah ingatkan mula-mula nak merasa gelato yang berperisa northen hascup, akan tetapi mungkin tiada rezekinya di situ. Perisa northern hascup sememangnya sangat popular dan disukai ramai. Kira-kira ala-ala "best seller gelato" lah ni di situ. 


Corak dan bentuk hidangan yang anda mahu juga boleh anda pilih sendiri, sama ada "single scoop", "double scoop", "triple scoop" dan juga berbentuk kon. Untuk hidangan sesi pembuka rasa yang pertama, Farah memilih untuk menikmati... 


Hidangan gelato "double scoop" iaitu gabungan di antara cherry blossom dan juga mellow melon. Kenapa Farah memilih dua perisa ini? Pertama, selalunya Farah gemar sangat dengan bedak Baby Johnson's yang berbau Cherry Blossom... Baunya memang sangat sedap dan ianya adalah bedak talkum yang paling Farah gemari dari dulu sehingga kini. Tiba-tiba boleh timbul idea nak merasa pula, kalau Cherry Blossom ni boleh dimakan bagaimanakah rasanya? Ha ha ha...Pelik! Memang pelik-pelik jer keinginannya sejak kebelakangan ini. Dan bagi pilihan Farah yang kedua adalah mellow melon yang secara terang dan nyata Farah sukakan buah rockmelon. :-). "As simple as that". Ternyata pilihan yang Farah lakukan pada hari tersebut tidak mengecewakan. "I'm loving it!"



Bukan sekadar buta-buta makan gelato begitu sahaja tau... Ada banyak lagi variasi gelato yang boleh dihidangkan oleh pihak MILKISSIMO. Semuanya boleh dilihat di dalam gambar di atas dan Farah kongsikan melalui gambar-gambar di bawah dengan lebih jelas lagi. 


Ini adalah parfait yang diberi nama, Matcha Lover. Rasanya? Tidak perlu dipertikaikan lagi lah kannn? Sememangnya menyejukkan tegak dan memang kenyang. Sewaktu Farah menikmati segala bagai jenis hidangan gelato yang terdapat di MILKISSIMO ni sebenarnya kannn, Farah belum lagi menikmati hidangan makanan tengah hari. Akan tetapi ini pun dah terasa cukup sangat dah pada Farah...He he he... Selain Matcha Lover, terdapat beberapa variasi parfait yang lain seperti Caramel Coffee, Teddy Chocolate dan Berry Berries. Bergantung kepada kehendak tekak anda masing-masing... :-)


Yang Farah paling suka? Yang Farah rasa tak cukup satu? 


Signature Waffle dari MILKISSIMO yang dilengkapi dengan gelato berperisa caramel macchiato kegemaran Farah. Yummeh!!! Memang tip top meletopsss! Rasanya kalau kali kedua Farah ke sini pun, Farah akan memilih Signature Waffle dengan "topping" yang sama juga. Memang sedap sangat-sangat nih!!! Ha tengokkk!!! Menaip entri ni pun dah rasa "drooling". Hu hu hu... Alamakk, waktu rehat ni nak kena singgah lagi ke? He he he... 

Selain Signature Waffle ada beberapa lagi jenis waffle yang boleh anda pilih sebagai hidangan penyejuk tekak anda... Seperti:


Tuna Waffle, yang boleh dijadikan pilihan kedua, dan juga waffle seperti Smoked Salmon Waffle dan juga Potato Salad Waffle. 

Menarik tak? Bagi Farah ianya sesuatu yang menarik dan Farah suka! Sesekali menikmati hidangan sebegini, kita dapat lari dari kebiasaan makan makanan berat di waktu tengah hari dan cuaca panas sekarang ni memang sangat seronok jika dapat menikmati sesuatu hidangan sejuk yer tak? Jika berminat untuk mencuba... Bolehlah cuba-cuba singgah di MILKISSIMO yang terletak di pusat membeli-belah Damen, USJ ataupun di Gurney Plaza, Penang. Hanya 2 tempat ini sahaja yang ada di dalam Malaysia. 


MILKISSIMO
GF-31, Ground Floor, Da:men USJ 1
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

No. Tel:
+603 8081 9837

E-mel:
info@da-men.com

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam

Peta Lokasi:


MILKISSIMO
170-01-K5, Plaza Gurney
Persiaran Gurney
10250 Penang

No.Tel:
+604 4228 8837

E-mel:
info@da-men.com

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam

Peta Lokasi:

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sedappppppp tengok gelato ni .... telan ailio dari jauh hehe

    ReplyDelete
  2. menangis tersedu² kalau dapat makan ni...memang tempting habis!♥

    ReplyDelete
  3. Meleleh air liur tengok ice-cream tu! Nakkk!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum farah...wah nampak sedapnya ice-cream tu...:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !