Kepelbagaian Gaya Mewarna Ash...

Farah Waheda Wahid
6

Selang dua malam sekali, jadual Ash sememangnya adalah aktiviti mewarna. Waktu tu, Mommy dia memang tak boleh nak bergerak buat apa pun dan kena duduk depan dia perhatikan dan pantau. Manalah tau kot-kot pensel warna tu boleh menimbulkan kecederaan ke? Al-maklumlah budak baru nak belajar memegang pensel, takut dok terhentak-hentak atas lantai pensil warna tu, tercucuk pula kat mata...Tak ke naya? Ha ha ha...nampak sangat Mommy dia jenis yang "overprotective" dan tak boleh nak biarkan dia sendiri. 

Cumanya dia ni, kalau sedang mewarna, sedang buat apa-apa jangan diganggu. Bila diganggu, akan "tantrum"... mulalah nanti itu tak kena ini tak kena. Di situ kita dah nampak dah permainannya di situ...Ash jenis yang tidak suka diganggu ketika dia sedang melakukan sesuatu. Fokus nau nih... Errrr, macam menurun gaya Mommy jer? Bila sedang lakukan satu perkerjaan memang cukup pantang dan cukup tak suka bila orang datang kacau. Lebih-lebih lagi bila orang tu dok berdiri jer tengok apa yang kita buat. Tak selesa weiii! Jadi, Farah faham akan perasaan Ash itu... 


Ash boleh jer mewarna dengan kedua-dua belah tangan, tidak kira sama ada tangan kanan ataupun tangan kiri. Cumanya apa yang diperhatikan, Ash lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri dan jika dia menggunakan tangan kanan memang nampak dia agak sedikit kekok untuk menyesuaikan diri dia. 


Haaa, tu dia, kedua-dua belah tangan sekali jalan ko... Farah biarkan jer dia buat apa yang dia suka pada buku mewarna dia. Biar otak dia bekerja mengikut apa yang dia fikirkan. Sambil-sambil cuba mengajar dia untuk memegang pensel warna dengan betul dan cuba untuk mengajar dia mewarna mengikut bentuk bukannya sesuka hati sampai "border line" pun dok langgar...Ha ha ha... Tidaklah mengharapkan "perfection" di usia 2 tahun 3 bulan, akan tetapi cuba mendidik secara perlahan-lahan dari awal. Pendidikan awal dari rumah itu kan penting? 


Gaya guna kedua-dua belah tangan begini pun boleh... Motif? Ikut suka Ash-lah walau apa pun motifnya itu... Asalkan hati gembira sudah. Ada lagi gayanya... 


Dia ambil tiga pensel warna sekaligus, pegang ketiga-tiga pensel warna tersebut dan warnakan...Ini nak cepat siap ke apa ni? Ataupun teknik campuran warna? ;-) Mengikut kreativiti sendiri? Dan hasilnya yang telah dihasilkan adalah... 


Yang comel-comel tu Mommy tolong warnakan... Yang berterabur sana sini sinun tu, Ashlah punya hasil kreativiti tu. Kira oklah tu...Jadilah kan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun 3 bulan... "Can't expect too much until pressuring them". 

Salah satu usaha Farah untuk perkembangan kreativiti dan nilai estetika Ash. Kanak-kanak kan kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif? Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi  mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti mewarna. 

Kreativiti itu merupakan proses yang berterusan dan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri anak-anak dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Nak tambah sedikit lagi...aktiviti seni juga dapat membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

Yang jelas intipatinya mudah, Farah nak beri Ash peluang membuat pelbagai kesan, corak dan garisan pada sesuatu permukaan, supaya dia mampu memahirkan motor halus dia lagi. Untuk Ash kenal warna dan membezakan warna apabila secara berterusan Farah melibatkan Ash dengan aktiviti mewarna. Dalam masa yang sama, konon-kononlah, konon-kononlah ni... nak bantu Ash mencurahkan idea ke saluran tertentu, supaya dia boleh mencurahkan perasaan dia tu dalam bentuk bagaimana dia mewarna. 

*Nampaknya dia semakin hari semakin seronok mewarna... Cumanya, dia cuma akan warna gambar yang dia rasa dia minat jer... Terutamanya kucing! Pecinta kucing sungguh... Kemudiannya selain dari itu, gambar kereta bomba, kereta... Itu ajerlah kerjanya kannn? Macam mana pun, tetap Mommy dia suakan gambar-gambar lain juga... He he he... Mommy pula semakin kerap cetak gambar-gambar untuk Ash mewarna sekarang...Balik jer mesti singgah kafe siber sebentar dalam 20 minit macam tu, semata-mata nak cetak gambar-gambar mewarna dan bahan-bahan proses pembelajaran Ash... Rutin dah... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !