JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari SINI
Lepas ni akan melambak-lambaklah kereta baru di atas jalan raya...Semuanya nombor pendaftaran baru jer... Ihikss... Seperti yang dikhabarkan, tidak lama sahaja lagi JPJ akan mengharamkan semua kereta yang berusia 12 tahun dan ke atas dari berada di atas jalan raya. Yang mana-mana yang kereta dah berusia 5, 7 dan 9 tahun tu, yang dah habis membayar ansuran bulanan kereta tu, bolehlah mula fikir-fikir "what is your next ride?"... Pergi "survey-survey" kereta apa pula yang menjadi pilihan hati sekarang ini untuk dimiliki. 

Kalaulah membeli kereta itu semudah membeli ikan, ayam dan sayur di pasar kemungkinan memang ramai rakyat Malaysia yang tak akan memandu satu-satu kenderaan dalam tempoh yang lama sebelum bertukar ke kenderaan yang lain. Kalaulah pinjaman bank ke atas pembelian kereta tu pejam mata jer boleh lulus... Syurga! Ha ha ha... Syurganya seronok sewaktu nak dapat kereta baru jer...Selepas itu silalah bersiap sedia dengan yuran ansuran bulanan dan juga "maintenance" kereta. Kannn? Adatlah tu... 

Nak haramkan tu bolehlah kot, tapi turunkan dulu harga cukai kereta yang tinggi supaya harga kereta pun turut sama turun. Cuma apa yang Farah boleh nampak sekarang ni, kewangan dan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia adalah di dalam bahaya selepas ini, sepertimana yang dipersetujui oleh artikel di SINI

Menurut artikel tersebut:

Ibarat rakyat Malaysia selama ini hanya menyewa kereta milik sendiri (hutang 5,7,9 tahun), cukup tempoh kereta lama dilupus mula sewa kereta baru dengan buat hutang baru dan begitulah seterusnya sehingga ke akhir hayat"

Katanya, kereta lama tu bahaya. Ehem ehem...PUSPAKOM tu bukan tempat "inspection" untuk kereta? Apa fungsi PUSPAKOM diwujudkan? Ke Farah yang tak faham atau Farah salah faham...Hua hua hua...Maklumlah kadang-kadang boleh jadi tak terambil tahu sangat dan boleh jadi terlepas pandang yer tak? Kita manusia... Pendapat peribadi tidak semua kereta yang berusia 12 tahun ke atas tu berbahaya ok? Tengok siapa yang memandulah pun...Bagaimana pemanduan seseorang tu, bagaimana "maintenance" kereta... Ada orang kereta dah berpuluh tahun pun masih lagi tip top "condition"nya...Tak semua orang main lenjan jer pakai kereta, tak semua orang tak reti nak jaga kereta oiiii.... Ramai pandai jaga kereta dan jaga kereta kerana penting untuk bergerak ke sana ke mari sekarang ni... 

*Lepas ni apa pula ek? 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kereta lama lagi tahan dari kereta baharu. Malas nak hutang.

    ReplyDelete
  2. Kak.. Kete kita dh lbih 15thn tau. Elok je bila dijaga. Lagipun kereta lma ni ketahanannya berbeza dgn kereta bharu..

    ReplyDelete
  3. Macam ini gaya memang rakyat Malaysia asyik dok berhutang bank gamaknya. Asyik kena tukar kereta baru aje:(

    ReplyDelete
  4. juju wpun bawa kereta lain dah sekarang....kancil putih tu masih simpan buat koleksi jalan dekat2 pi pasar...huhhh umur dah 18 tahun ke atas dah farah kancil ju tu...aduyaiiiiii macam suh tambah hutang rakyat je ni...mcm2 kan farah...

    ReplyDelete
  5. adoi nak suh beli kereta baru la nie

    ReplyDelete
  6. nk tiru negara luar....tiru betul2...jgn seteng2 je..lupus...mmpu bli lain xpe..

    ReplyDelete
  7. erm..untung sebelah pihak je ni..

    ReplyDelete
  8. Kesian sangat...kesian pakcik makcik yang ada kereta lama masih elok..kalau itu saja kenderaan yang mereka ada...Allahu...ya muda muda bagaimana nak tambah aset...kalau asyik kena tukar kereta...sebolehnya nak zero hutang dan hero tabungan...yang berduit mungkin tiada masalah..cash pun senyum..yang biasa biasa ni...subhanAllah...sakitnya hingga hulu hati..

    ReplyDelete
  9. Sakit hati... Nak haramkan... Nak suruh pakai kereta baru... Turunkan harga kereta dan segala mak nenek.. . Rakyat nak kurangkan hutang... Nak kurangkan beban ... Tapi semakin terbeban ... Untung sebelah pihak... Tanggung lah kamu-kamu yang bertanggungjawab di akhirat nanti... Huwaaa... Sakit nyer tuh di sini... Oppsss, syukur Malaysia masih aman... Rakyat didahulukan... 2.6b dilenyapkan... ;(( ;(( ;((

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !