![]() |
Sumber dari SINI |
Ciki ciki boom boom... Ciki ciki boom boom! Wahhh, menarik! Ada satu tempat baru yang sekurang-kurangnya tak adalah mati akal Mommy-nya ini nak bawa anak berjalan di hujung minggu. Al-maklumlah, Iman Firash sekarang memang sudah pandai... Hari Sabtu selepas mandi dan bersiap, automatik dia akan ke para kasut dan ambil kasut ataupun "sandal" dia dan kemudiannya cuba untuk pakai sendiri. Itu tandanya dia nak ajak berjalan! Naik "car"... Bukannya Mommy dia ajar dia jadi kaki jalan dan tak reti lekat di rumah pada setiap hujung minggu...Tak jugaaa!!! Ada juga masa-masanya kami duduk sahaja di rumah dan tidak ke mana-mana serta menghabiskan masa bersama-sama... Mungkinlah mungkin secara psikologinya dia bosan duduk terperap sahaja sepanjang minggu dan nak juga merasa melihat dunia luar kan? Bagi dia kalau dapat keluar sekejap pun itu sudah memadai...
Masalahnya...Mommy dia ni dah kehabisan akal dah! Dah tak tau dah nak bawa dia berjalan ke mana. Kalau asyik-asyik berendam di i-City Water World, Shah Alam pun boleh jadi membosankan juga... Kalau asyik-asyik ke pusat membeli-belah kalau poket tak tebal pun, boleh jadi telan air liur juga...Ha ha ha....Gittew... Kalau dah jejak mesti nak membeli tak banyak sikit pun kan? Makanya, mata Mommy dia ni ibarat bersinar-sinar sedikit bila dapat tau baru-baru ni, ada tempat menarik yang tidaklah jauh mana pun dari rumah kami. Dekat jerrr!!! Tiket masuk ke tempat ni pun, masih mampu dibayar lagi...Tak adalah mahal mana pun!!! Cuma RM10.00 sahaja ok??? Tempat yang bakal menarik perhatian Ash dan semestinya Ash akan menjadi sangat-sangat suka! Sebab dia kan pencinta kucing!!!
Bayangkan...
![]() |
Sumber dari SINI |
![]() |
Sumber dari SINI |
Kucing secomel ini!!! Alangkan Farah yang sememangnya penakut kucing itu pun rasa teruja nak bawa Ash dan redah rasa ketakutan terhadap kucing tu, inikan lagi para pencinta kucing kannn??? Kan kan kan? Hik hik hik... Memanglah Farah ni penakut kucing!!! Anaknya pula suka kucing...Tapi Farah suka pula tengok...Moga-moga diberikan keberanian yang utuh untuk masuk ke tempat ini dan bertahan demi anak... Tulah kannn??? Ibu-ibu ni demi anak apa pun sanggup "uolsss"...Walaupun rasa takut melampau terhadap sesuatu tetapi masih sanggup nak redah...
![]() |
Sumber dari SINI |
![]() |
Sumber dari SINI |
Bila tengok gambar-gambar yang Farah pinjam dari laman Facebook Johan And His Cats ni... Farah dapat bayangkan bagaimana seronoknya Ash kalau dapat masuk ke sini... Tersenyum-senyum sendiri dibuatnya... Haihhhlah anak... In Shaa Allah, Ash, dengan apa jua cara Mommy akan cuba gembirakan Ash dan ceriakan Ash... Hati ibu mana sanggup nak lihat anak bersedih kan?
Nak cerita lebih-lebih masih belum jejak kaki lagi... In Shaa Allah, tunggu entri seterusnya yang bakal menyusul tentang Studio Kucing Pertama Di Dunia ini apabila kami bakal menjejakkan kaki nanti... Sementara itu...bagi yang berminat juga nak meluangkan waktu hujung minggu bersama keluarga atau yang tersayang... Ini sedikit maklumat untuk anda...
Peta Lokasi:
Alamat:
JOHANANDHISCATS STUDIO
No.16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No.Tel:
+6017-6779137
+603-33626816
E-Mel:
admin@johanandhiscats.com.my
*Tak sabar ok? Nak tengok reaksi anak teruna tu bila dapat bermesra dengan kucing-kucing yang comel...He he he...
Mesti ash teruja..wow..
ReplyDeleteTak sabar nak pergi dalam dua minggu lagi.. Huaaaa bestnyaaa
ReplyDeleteCOMELNYA LAHAIII...MATA KUCING TUU
ReplyDeletedekat ngan rumah iera..iera stay setia alam jugak
ReplyDeleteYa Allah comelnyaaa. Boleh ni jalan jala ke sana :)
ReplyDeletetunggu somi balik nak ajak dia pegi hehe.. tak sabar ni!
ReplyDeletebestnya kalau dapat pi ek
ReplyDeletenik dah booking pun. ahad ni pegi.hihi
ReplyDelete