Jimat Belanja Dapur Dengan Cara Kreatif???

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Suka ke? Tak suka ke? Mengeluh ke? Tak mengeluh ke? Luah ke? Tak meluah ke? Yang berlaku tetap berlaku. Harga barangan tetap tinggi. Nilai Ringgit Malaysia memang kecil sekarang ini. Belanja dapur tetap besar jumlahnya. Melainkan seseorang itu memang bukan jenis berbelanja barangan dapur. Hu hu hu. Yang membeli barangan dapur setiap bulan seperti beras, garam, gula, kopi, teh, susu dan segala bagai. Yang membeli barangan basah setiap minggu seperti ikan, ayam, sayur dan daging. Mati akal kadang-kadang memikirkan cara apa lagikah yang paling praktikal untuk menjimatkan lagi perbelanjaan dapur. Cara apa yang paling terbaik. 

Sekarang bukan zaman nak memilih sangat. Sekarang bukan zaman pengguna nak "demand" lebih-lebih. Melainkan... poket anda memang benar-benar lebat dan berkepok-kepok. Nak makan di luar pun fikir sepuluh dua puluh kali ok? Untuk orang-orang macam kakak ni lah. Kadang tu nama jer makan di kedai, ekekeke... yang benarnya menghabiskan makanan anak jer... Kebanyakkan pada masa memang beri anak yang makan, tak habis baru Mommy dia makan sisa anak tu. Orang kata tak elok makan sisa anak, membazir lagi tak elok kannn? Bukan degil atau melawan, tetapi keadaan kita tidak sama. Ada sebab dan alasannya kenapa sehingga begitu. 

Dengan segalanya meningkat macam manalah agak-agaknya kita ni dapat berjimat cermat dengan belanja barangan dapur yer? Owhhh mungkin kena jadi lebih kreatif kot? Macam mana nak jadi kreatif tu? Dah nama pun kreatif... kenalah biarkan sel-sel otak masing-masing bereksplorasi ... Ha ha ha... Ini cara Farah... Mungkin tidak serupa atau sama dengan anda... Mungkin juga sama atau serupa dengan anda... 

Nasi
Satu hari untuk makan berempat bercucu... Maksudnya, Atuk Ash, Nek Ma Ash, Ash dan Farah... 2 "pot" (cawan kecil sukatan beras) beras akan dimasak untuk makan tengah hari dan malam. Itupun banyak juga tu, kadang-kadang cuma satu "pot" setengah sahaja. Nasi memang hari-hari masak sebab Farah nak beri Ash makan nasi yang baru setiap hari, bukan nasi yang dipanaskan. Jika ada lebihan nasi tu, akan dikepal-kepalkan dan kemudiannya disimpan di dalam peti ais. Esoknya, kalau ada lebihan nasi lagi, akan lakukan perkara yang sama juga. Sehinggalah 2-3 hari, keluarkan, gaul dengan garam dan masak nasi goreng! 

Bila dah masak nasi goreng... tak perlu nak masak lauk-pauk. Makan jer nasi goreng tu. Kenyang juga kan? 

Lauk
Bergantung kepada jenis-jenis lauk juga. Contohnyalah kan? 

Sambal Sotong
Jika lauk sambal sotong tidak habis semalamnya, esok pagi masih elok lagi, sambal sotong itu akan dimasak bersama nasi berbentuk nasi goreng hasilnya. Ok jer? Boleh jer diterima tekak? Tak ada masalah di situ. Pokok pangkalnya, ko nak kena pandai "alter" masakan tu supaya bukanlah ia menjadi sesuatu yang pelik rasanya. Asas sambal sotong dan dicampurkan dengan nasi bukanlah sesuatu yang pelik pun. 

Ayam Goreng
Ayam kalau digoreng kemudiannya tak habis, boleh dimasak bersama nasi goreng yang mana ianya akan membentuk nasi goreng ayam. Hik hik hik... Kerja ko masak nasi goreng jerlah Farah oiii... oklah tu kannn? Dari terbuang macam tu ajer, dari tak dimakan. Kita kena ingat, lauk lebihan semalam kadang-kala tekak kita akan jadi tumpul seleranya nak makan sebab jemu, sebab semalam dah makan, kadang-kadang kita tak akan mahu menjamah lauk yang sama setiap hari atau dua hari berturut-turut. Mungkin... kalau digubah kepada sesuatu yang lain ianya akan membuka selera kita? Cubalah cuba dengan sebaik mungkin supaya makanan tidak menjadi hidangan tong sampah. Yang penting, makanan itu masih elok. Tidak basi serta tidak memudaratkan kesihatan. 

Tanam Sendiri
Bahan-bahan asas masakan yang boleh ditanam. Kalau ada ruangan tanah yang lebih, atau ruangan kawasan untuk bercucuk tanam. Bolehlah cuba bercucuk tanam. Farah ni namanya duduk di rumah teres... Ha ha ha... tanahnya nak bercucuk tanam nan hado sebab "porch" dah bersimen, belakang dapur dah di"extend". Solusinya? Farah bercucuk tanam di dalam pasu yang boleh diaturkan di "porch" dan di kawasan belakang dapur. Farah tanam pokok daun kari dalam pasu. Pokok daun bawang dalam pasu. Pokok daun sup dalam pasu. Pokok kunyit dalam pasu. Pokok limau kasturi dalam pasu. Pokok serai dalam pasu. Apa yang "possible" semua Farah tanam dalam pasu. Nak masak, nak gunakan, Farah ambil jer. Tak perlu pergi kedai untuk bahan-bahan ini. Cuma kadang-kadang jer kalau perlukan macam buah keras ke, buah pelbagai ke, bunga dengkil ke, bunga lawang ke... masa tu baru mencicit ke kedai... ekekeke...

Memanglah cara ni nampak macam tak membantu macam mana pun ataupun tak nampak macam boleh jimat banyak. Tapi sekurang-kurangnya Farah cuba sedaya mungkin untuk tidak membazir dengan memberikan tong sampah makan kannn? Bajet perbelanjaan dapur sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ia satu keperluan wajib harian kita. Tetapi apa kata mulai hari ini, kita gunakan cara bijak demi menjaga keharmonian seisi keluarga? Islam juga menggalakkan umatnya berjimat cermat di dalam menguruskan perbelanjaan.

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."(Surah Al-Israk: Ayat 27)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pcl n mamaD dah mula berkebun blkg rumah.. hobi lama dtg semula..hepi n jimat.

    ReplyDelete
  2. Kami pun mula berkebun dalam pasu dah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !